Klinik Haiwan CT Vet ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Dr Siti Nadzirah atau lebih dikenali sebagai Dr Naz dan bertempat di Gelang Patah, Johor Bahru.
Kepakaran CT VET GROUP Sdn. bhd adalah membantu pemilik haiwan menyelesaikan masalah kesihatan haiwan kesayangan mereka agar terjalinnya kasih sayang yang berpanjangan.
Selain memberi konsultansi terhadap haiwan kesayangan, CT Vet Group juga menyediakan perkhidmatan dalam perawatan, pembedahan, diagnostik dan dandanan untuk mereka.
Kini, CT Vet Group telah mempunyai cawangan di Ulu Tiram dan Pulai Mutiara dan akan membuka lagi rantaian cawangan klinik di Malaysia di masa hadapan.
Pada tahun 2021, CT Vet Group Sdn Bhd mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 1.2 Juta dan sebanyak RM 1.6 Juta pada tahun 2022 dan kini Rm2.05 juta pada tahun 2023.
1.Tujuan baik mendatangkan perniagaan baik
“Sebaiknya memilih untuk betul betul nak bisnes tu grow. Sebab melalui memberi manfaat pada orang lainla, kita juga akan dapat selesaikan komitmen kita. Apabila kita ada niat untuk grow bisnes tu, mindset akan berubah 360 darjah sebab apa apa problem yang dapat kt akan cuba capaikan solusi dan yang paling penting juga.”
Perniagaan yang fokus pada membantu orang lain dengan niat baik memiliki reputasi yang lebih baik.
Ini dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan kerana keseluruhan perniagaan tersebut dari pemilik hingga ke staf ikhlas untuk membantu dan menjalankan tugas.
Sambil itu, tujuan baik mampu menjadi pendorong inovasi agar perniagaan berupaya membantu orang lain dengan penciptaan solusi baru yang bermanfaat. Seperti Dr Nadzirah yang menyediakan kepelbagaian perkhidmatan agar klinik haiwan beliau dapat menjadi ‘one stop pet health center’ mudah untuk pelanggan mendapatkan semuanya sekaligus untuk keselesaan haiwan kesayangan.
Dengan tujuan dan niat baik, perniagaan dapat memberikan kontribusi positif pada masyarakat dan lingkungan tempat mereka beroperasi dan memberi kepuasan peribadi yang menjadikan pekerjaan sebagai tempat untuk memberi manfaat kepada orang lain.
2. Setiap masalah mempunyai solusi
“Sebab saya dah nampak macam mana jika kita bina bisnes kita dengan baik, ketika orang lain takde kerja, tapi pekerja saya semua ada kerja malah dapat bonus lagi boleh simpan wang.”
Keinginan untuk membantu harus menjadi dorongan untuk terus menyediakan bantuan kepada pekerja dalam perniagaan adalah sangat penting. Tindakan ini menunjukkan komitmen dan kepedulian terhadap kesejahteraan pekerja, yang pada gilirannya mempunyai kesan positif terhadap keseluruhan perniagaan. Meskipun dilanda masalah global, kita sebagai usahawan perlu fikir bahawa mungkin ada lagi yang lebih susah seperti tiada kerja, tiada tempat tinggal dan sebagainya.
Sebagai majikan, usahawan mempunyai tanggungjawab sosial terhadap pekerja dan menyediakan bantuan kepada pekerja dalam masa krisis membina hubungan yang kukuh antara majikan dan pekerja yang boleh meningkatkan moral pekerja, meningkatkan produktiviti, dan mewujudkan persekitaran kerja yang positif.
Jadi, walaupun dunia sedang mengalami krisis global, keinginan untuk membantu pekerja dalam perniagaan adalah tindakan yang bermakna kerana membina hubungan yang berterusan dan mencipta kesan positif dalam perniagaan dan masyarakat secara keseluruhan.
3. Menthor dan suami sebagai sokongan
“Tanpa bimbingan dari Guru saya, saya yakin saya tidak akan berada di tahap ini. Guru saya banyak ajar saya tentang kepimpinan dan paling penting ajar juga saya tentang cara saya patut jalani hidup dengan lebih baik dan bermanfaat.”
Cabaran perniagaan datang dari pelbagai sudut. Jadi, ia menjadi faktor penting untuk seorang usahawan mendapatkan bimbingan dan sokongan yang padu ketika sedang membina bisnes yang berjaya. Seorang guru yang lebih kuat menghadapi cabaran memberikan Dr. Siti Nadzirah perspektif yang berbeza. Dari situ, beliau dapat berfikir dengan lebih mendalam tentang situasi yang dihadapi. Pada masa yang sama, beliau dapat melawan cabaran yang ada dengan lebih bijak.
Sokongan yang beliau dapat daripada suami juga penting buat Dr. Siti Nadzirah kerana membantu dalam perniagaan beliau. Apabila kita mempunyai orang terdekat yang sering mengingatkan kita tentang kesilapan yang dibuat, lagi cepat untuk kita sedar perkara betul yang perlu diaplikasikan.
“Saya dan suami banyak ‘alignkan ‘diri kami bersama dan bersama Menthor saya.”
Dr. Siti Nadzriah percaya, sekiranya pasangan atau keluarga tidak ‘align’ dengan beliau dan guru yang ada, ia juga akan mengganggu proses dalam membina bisnes berjaya.
Biografi Dr Siti Nadzirah Zulkiffle
Dr Siti Nadzirah pada mulanya, melihat kekurangan klinik veterinar di Gelang Patah, Johor dan memutuskan untuk memanfaatkan peluang ini dengan membuka klinik veterinar sendiri yang juga berlokasi dekat dengan rumah beliau. Tujuan awal beliau adalah untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga kerana gaji yang tidak mencukupi.
Namun, perjalanan membuka klinik tidaklah mudah. Dr. Siti Nadzirah terpaksa menjalankan semua aspek klinik sendiri. Selama tiga tahun, beliau tidak dapat menyambut Hari Raya dan bekerja hingga larut malam, kadang-kadang hingga tengah pagi.
Pada Julai 2019, nasib buruk menimpa Dr. Siti Nadzirah kerana beliau mengalami kemalangan yang mengakibatkan tangan kanan lumpuh selama enam bulan. Klinik yang tidak memiliki staf atau doktor haiwan lain yang dapat menjalankannya, terpaksa berhutang sebanyak RM 200 ribu dan beliau pernah digertak oleh pembekal barang untuk membawa kes ke mahkamah.
Tidak habis di situ, staf-staf beliau berhenti meninggalkan klinik, dan hanya satu staf yang sahaja yang tinggal. Ini membuatkan beliau merenung nasib sekiranya beliau patut melanjutkan atau berhenti dari menjalankan perniagaan. Dengan tekad yang kuat, Dr. Siti Nadzirah menyambung perniagaan dan perlahan-lahan berusaha untuk menjadikannya stabil semula. Kisah Dr. Siti Nadzirah adalah bukti ketekunan dan bimbingan yang tepat dapat mengatasi berbagai halangan dengan harapan yang lebih besar untuk masa depan.