Sebuah kedai runcit dari Kuantan, Pahang, Cikniey Maju Enterprise diuruskan oleh Zaini Binti Said yang ingin membantu orang ramai mendapatkan barang keperluan seharian yang sentiasa penuh dengan pelbagai barang. Sayur-sayuran juga dijamin sentiasa fresh kerana penjagaan kualiti barang. Kedai runcit ini beroperasi sejak tahun 2017.
Tidak serik berniaga macam-macam, keinginan Zaini untuk memiliki rumah dan kereta sendiri menjadi dorongan kepada usaha tanpa penat walaupun usia semakin meningkat. Bermula dengan pengalaman membuka restoran, bisnes tersebut hanya mampu bertahan selama 3 tahun sahaja.
Beliau kemudian bertukar arah menjual santan di sebuah kedai kecil. Sedikit demi sedikit, Zaini menambah barang-barang runcit seperti rempah ratus. Sejak itu, Cikniey Maju Enterprise semakin dikenali di mata penduduk Kuantan terutamanya di Taman Kempadang. Daripada tiada staff, beliau sudah ada 7 orang staf termasuk seorang admin dan seorang bahagian operasi.
Kini, Cikniey Maju Enterprise bukan sekadar kedai runcit biasa. Ia menjadi mercu tanda kejayaan Zaini dalam membangunkan perniagaan dengan hasil jualan beliau pada tahun 2023 yang mencatatkan sebanyak RM 1.8 Juta.
1.Monopoli kawasan
“Kiri dan kanan kawasan tiada jual gas. Saya ambil peluang untuk jadikan sebagai sumber utama selain menjual barang runcit lain”
Cara paling mudah untuk prospek lebih tertarik akan sebuah bisnes adalah dari perbezaan yang ketara. Apa yang ada pada bisnes tersebut yang tiada pada bisnes lain? Bukan sahaja ia memberi nilai eksklusif malah meletakkannya sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan yang ada.
Zaini, sebagai usahawan peruncit mengambil peluang untuk meningkatkan value kepada Cikniey Maju Enterprise dengan menyediakan perkhidmatan menjual gas memasak. Seperti makanan, bagaimana kita ingin makan kalau tiada gas? Oleh itu, permintaan produk ini akan sentiasa ada. Sebagai contoh, sewaktu pandemik covid-19 berlaku, pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana kedai runcit masih buka untuk menyediakan barang keperluan asas manusia.
Zaini juga bijak dalam mengaturkan perkhidmatan delivery kepada rumah-rumah yang memesan tong gas untuk pelanggan yang tiada masa ke kedai runcit sekaligus meningkatkan nama jenama.
Meskipun ada kedai runcit lain yang akan menyediakan perkhidmatan sama pada masa hadapan, Cikniey Enterprise akan tetap berada dalam ingatan penduduk setempat kerana menjadi lokasi yang sudah dikenali lama dengan penyediaan gas memasak.
2.Kualiti oleh pembekal
“Beza sayur kami dengan pasaraya adalah jarak. Kami sediakan sayur kualiti. Pada masa sama, kita jimat masa pelanggan”
Kebanyakan pelanggan membeli sayur-sayuran di pasaraya kerana jaminan yang diberi iaitu penyediaan sayur-sayuran yang segar. Walaupun kadang kala jauh dari rumah, pelanggan sanggup datang semata-mata kerana mementingkan kualiti, kebersihan dan kesegaran sayur.
Zaini, menyelesaikan masalah ini kepada penduduk Kempadang dengan menyediakan kualiti sepertimana yang boleh didapati di pasaraya. Kalau boleh dapat produk di lokasi yang dekat, buat apa ingin ke lokasi yang jauh? Beliau mengambil bekal sayur terus dari pekebun yang menanam sayur demi mendapatkan produk yang tahan lama untuk kepuasan pelanggan.
Perkebun pasti akan menjaga kualiti sayur yang dibekalkan kerana mereka sendiri mempunyai pelanggan-pelanggan berlainan. Dari sini, Zaini tidak perlu risau tentang kerosakan sayur yang dibekalkan kerana mempunyai mata yang memantau kualiti tersebut.
3.Telefon khas di kedai
“Setakat ni, kami hanya menyimpan database di telefon kedai.”
“Apa yang ada, kami gunakan dulu untuk simpan info customer”
Menyimpan database dalam telefon bukanlah sesuatu yang luar biasa. Tapi baik ada dari tiada langsung. Inilah perkara yang dilakukan oleh Zaini yang percaya akan ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’.
Info-info pelanggan seperti nama dan nombor telefon mereka sudah cukup untuk membantu bisnes berkembang dari pelbagai aspek seperti pemasaran, pengurusan pelanggan, dan penyelidikan produk.
Dengan mewujudkan telefon pintar khas di kedai runcit, Zaini menepis stigma masyarakat bahawa kedai runcit tidak boleh maju di era digital. Dengan setiap info, Zaini membina database yang penuh dengan maklumat berharga yang membenarkan Cikniey Maju Enterprise berhubung dengan pelanggan tentang barang-barang terbaru yang boleh didapatkan.
Pelaburan dalam penyimpanan data walaupun dengan hanya mewujudkan sebuah telefon pintar membuktikan nilai dalam meningkatkan hubungan dengan pelanggan.
Biografi Zaini Binti Said
Zaini datang daripada keluarga biasa-biasa. Sejak kecil, beliau telah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan membantu membuat penjualan kuih kerepek yang dihasilkan oleh ibunya, seorang surirumah. Ayah beliau dahulu merupakan seorang driver di sebuah syarikat swasta.
Zaini, walaupun hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai latar belakang pendidikan, bangga kerana memiliki bisnes sendiri. Jiwa beliau yang kuat ke arah berniaga telah mengubah nasib untuk memperoleh pendapatan. Beliau juga mendapat sokongan kuat daripada kedua ibu bapa untuk meneruskan kerjaya dalam bidang perniagaan.
Menjadikan Datuk Wira Dr. Azizan Osman sebagai inspirasi, Zaini mula menyertai program-program bersama RichWorks International Sdn Bhd bermula dengan program mentorship Elite-X pada Julai 2022. Cukup 3 bulan, beliau terus naik ke SPIRE sehingga berjaya menjadi seorang usahawan yang berada di program mentorship TITANIUM.