Bright Hill Islamic Montessori (Norlinda Daud)

Bright Hill Islamic Montessori menawarkan pengajian dan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak prasekolah iaitu pelajar berumur tiga hingga enam tahun dan membantu mereka berkembang menjadi individu yang pintar dan berdaya maju. Bright Hill juga mengutamakan pengajian Islam dan aktiviti pembinaan sahsiah yang beroperasi di Johor dan kini telah mempunyai 6 cawangan termasuk di Bandar Dato’ Onn. 

Puan Norlinda Daud, Director kepada Bright Hill Islamic Montessori bermula dalam bidang pendidikan dengan mengajar anak-anak di sekitar kawasan kejiranan beliau. Kini, terdapat 500 pelajar yang berada di bawah bimbingan institut pengajian ini. 

  1. Ketabahan mengharungi rintangan 

“PKP tu adalah orang kata satu pengalaman yang semua orang tak pernah melalui jadi termasuk juga dengan diri saya so bila saya melalui pengalaman PKP tu, it’s really-really tough situation yang I nak kena go through then kita masa time tu tak tahu nak buat apa. Kawan-kawan saya banyak tutup tadika.”

“Tetapi bila saya dapat advice daripada Doc every week, bercakap dengan kita, masalah kita pun kita dapat sharing daripada CAM, dan Doc advice us know what to do. And Alhamdulilah ketika itu saya bukan sahaja boleh sustain bisnes saya, in fact saya expand bisnes saya, saya beli 2 bji kedai untuk bukak new branch.”

Berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, ramai yang jatuh tersungkur termasuk usahawan yang terpaksa menutup bisnes mereka. Pendapatan yang terputus membuatkan mereka buntu bagaimana untuk bertahan dalam menjalani kehidupan seharian pada masa yang akan datang. Ada yang mengharapkan pertolongan daripada kawan sedangkan kawan sendiri pun nyawa-nyawa ikan ingin membantu diri sendiri. 

Satu waktu yang amat sukar bagi Puan Norlinda tetapi beliau sedaya upaya tidak membiarkannya mempengaruhi beliau agar berputus asa. Beliau sebaliknya berterusan mengambil dan mendengar nasihat daripada mentor beliau, Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Ketika orang lain menutup bisnes, beliau membuka cawangan baru. Ketika pemilik bisnes lain buntu, beliau melihat peluang untuk bukan sahaja dapat mengekalkan bisnes beliau untuk bertahan malah untuk mengembang lebih lagi seperti mempunyai 6 cawangan dengan lebih 500 pelajar di bawah Bright Hill Islamic Montessori. 

Sekiranya beliau membuat keputusan untuk tidak sabar dalam menuntut ilmu untuk menaikkan semula bisnes beliau, adakah anda rasa beliau dapat membina cawangan-cawangan bisnes beliau seperti yang sedia ada sekarang? 

  1. Mengambil berat tentang team 

“Ni paling best, sebab bila kita nak grow our bisnes, kita ni bukannya kita sorang. Mungkin masa kita awal2, kita sorang. Bila kita nak grow besar, kita perlukan team yang lebih besar dan lebih strong team. Jadi siapakah yang nak coach pulak. The best thing is, in RichWorks and even dengan Dr Azizan, dia siap-siap coach kita punya key leaders, bagaimana key leaders ni nak ada mindset yang betul, align dengan kita punya mission, vision so setiap minggu RichWorks bagikan latihan ataupun coaching punya leaders ni untuk lebih berilmu, lebih berimpian, ada mindset yang betul. 

“The bigger, the better”, suatu kata-kata yang setiap usahawan pasti akan setuju terutamanya dalam membina team. Tiada bisnes yang dapat melonjak cepat tanpa team yang mempunyai ilmu, mindset, dan alignment yang sama. 

Puan Norlinda mengaku, walaupun beliau dahulu bukanlah seorang leader yang baik, tetapi beliau belajar untuk menjadi yang lebih baik sehingga mempunyai team hebat yang mengikuti di belakang beliau. Setelah mengasah kemahiran kepimpinan dalam diri, beliau juga tidak kedekut untuk berkongsi ilmu sehinggakan mereka sendiri memperoleh pandangan yang jauh untuk merealisasikan visi dan misi syarikat. 

Usahawan berjaya adalah usahawan yang mempunyai pengikut yang memandang tinggi terhadap mereka. Seperti Puan Norlinda yang mempunyai team yang semakin bertambah, hal ini kerana kempimpinan beliau yang semakin menyerlah dan pandai menjaga team, membuatkan mereka bersemangat untuk membina bisnes Bright Hill Islamic Montessori bersama-sama. 

Team yang besar memainkan peranan tetapi tidak tanpa pemimpin yang dapat membimbing ke arah yang betul dan sama.  

3. Bantu membina kehidupan orang lain

“Jadi saya nampak key leaders saya ni amazing. Kerana saya grow harini pun adalah sebabkan key leader saya, team-team saya ni, mereka ni dah berubah. Daripada dulu asyik follow, now dah ada mindset yang boleh berfikir, yang boleh plan lebih baik. Jadi itulah orang kata team sangat penting dan mempunyai team yang ada knowledge dan strong team itu memang advantage lah.

“Jadi saya transform, daripada dulu leader yang tak selalu mendengar, tak selalu recognise team but now saya jadi lebih better handling my team. And my team pun sekarang lebih suka bekerja dengan kita sebab kita pandai jaga mereka so ada yang kerja macam lebih 5 tahun, lebih 7 tahun, jadi di situlah kekuatan bisnes tu sendiri. Bila you ada team yang still lama dengan you dan you punya bisnes boleh grow faster.”

Puan Norlinda, di sini bangga akan team beliau yang menjadi cerminan kepada kepemimpinan beliau sendiri. Beliau juga pernah berada di situasi mereka di mana beliau rasa keliru dan tidak tahu bagaimana untuk meningkatkan lagi ilmu di dada. Dengan ajaran dan bimbingan cara baru yang Puan Norlinda peroleh daripada RichWorks, beliau menggunakannya untuk membantu staf-staf beliau untuk menaiktararkan bukan sahaja dari segi ilmu, malah gaya hidup mereka juga. 

“Ada yang tiada kereta, dapat beli kereta Honda City, ada yang dapat membahagiakan family mereka dengan building kerjaya di Bright Hill”

Staf-staf di Bright Hill dapat merasa untuk mempunyai kehidupan yang selesa dengan penjagaan kebajikan pekerja yang diberi kerana Puan Norlinda tahu betapa pentingnya kehidupan setiap individu yang mempunyai matlamat hidup masing-masing. 

Sebagai seorang usahawan, menjaga hak kebajikan pekerja dapat membantu dalam memajukan taraf hidup mereka dan juga memberi jalan untuk mencapai matlamat dalam hidup masing-masing. Adakah anda sudah memastikan mereka mencapai matlamat ini? 

Biografi Norlinda Daud

Norlinda Daud yang bermula sebagai pengajar tuisyen, mengambil peluang daripada rumah yang diberikan oleh ayah beliau untuk menjadikannya sebuah tadika pertama pada tahun 1999. 

Walaupun mempunyai lebih 10 tahun pengalaman berniaga, beliau tidak nampak perkembangan yang berlaku pada tadika beliau sehinggalah beliau diajak rakan untuk menghadiri kelas Advanced Marketing Power bersama RichWorks dan kemudian membuat keputusan untuk mengikuti Program Platinum sehingga tahun 2013. 

Pada tahun 2017, 3 dari 5 cawangan tadika beliau terpaksa ditutup kerana kekurangan pelajar dan sukar untuk mengawal kos operasi. Beliau kemudian kembali menuntut ilmu bersama RichWorks dan berjaya membuka lapan cawangan ketika itu namun membuat keputusan untuk tidak meneruskan pembelajaran beliau sebagai pelajar RichWorks. Sekali lagi, beliau melalui zaman kejatuhan apabila terpaksa menutup 5 buah cawangan tadika beliau. 

Berani bangkit semula, Norlinda Daud menuntut ilmu sekali lagi bersama RichWorks dan menghadiri Program 10X Bina Bisnes Berjaya dan Intensif Magnet Kejayaan dan Kejayaan (IMKK) dan kini merupakan seorang ahli Titan melalui Program Mentorship Titanium sejak tahun 2019. 

Artikel terbaru

Leave a Reply