BPE ENERGY SDN. BHD. (Datuk Ir. Ts. Dr. Hj. Mohd Isnari & Nur Atiqah)

BPE ENERGY SDN .BHD. adalah sebuah syarikat terkemuka yang telah berkecimpung dalam bidang penyelenggaraan dan penyelesaian kejuruteraan elektrik secara komprehensif sejak tahun 1994. Pada 2002, legasi BPE Energy dilanjutkan oleh Datuk Ir Ts Dr Hj Mohd Isnari Idris setelah kehilangan bapa mertuanya. Kejayaan syarikat ini tidak hanya terlihat dari segi kewangan, malahan Datuk Isnari berazam baru apabila beliau membetulkan niat untuk mengembangkan perniagaan yang sedia ada kepada yang lebih baik adalah untuk memberikan manfaat dan kebaikan kepada orang-orang yang berkepentingan di dalam syarikat, terutamanya kakitangan syarikat BPE Energy Sdn Bhd sendiri.


Pada tahun 2024, generasi ketiga, diwakili oleh Nur Atiqah binti Mohd Isnari, Pengarah Pegawai Operasi BPE Energy Sdn Bhd. Penglibatan beliau secara tidak langsung memperkukuhkan kepimpinan kedudukan wanita yang positif dalam industri kejuruteraan. Dengan hampir empat tahun pengalaman, Nur Atiqah menunjukkan keupayaannya dalam mengemudi operasi harian syarikat dengan keberanian dan kecekapan. Kisah BPE Energy dari tahun 1994 hingga 2024 mencerminkan ketangguhan dan kemampuan untuk beradaptasi dengan perubahan. Dengan kepimpinan generasi ketiga yang bersemangat, BPE Energy dijangka terus menjadi pemain utama dalam industri, memberikan manfaat kepada komuniti dan pelanggan.

ISNARI: SUATU MASA DAHULU


Anak kelahiran Maran, Pahang ini memulai perjalanan hidupnya dalam keluarga yang serba kekurangan dan dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan dan kemiskinan. Dibesarkan oleh seorang ketua kampung dan seorang suri rumah di Kampong Senggora, dia harus berbagi tanggungjawab dengan sembilan adikberadiknya yang lain.

“Saya datang dari keluarga yang kekurangan dan kehidupan kami sangat susah. Bagi menampung keperluan keluarga, abah saya yang merupakan ketua kampung turut melakukan kerjakerja menoreh getah dan menanam padi. Ibu saya pula merupakan seorang suri rumah.”


Namun, kehidupannya yang penuh liku tidak berhenti di sana. Isnari kehilangan ibunya pada usia 11 tahun, Sebagai seorang kanak-kanak, perginya seorang ibu merupakan detik yang paling sukar.

“Kepergian ibu saya pada usia 42 tahun adalah pengalaman yang sukar saya terima, tersulit di dalam hidup saya. Saya masih jelas mengingat pesan terakhirnya, yang menyuarakan harapannya agar kami, adik-beradik, dapat melanjutkan pendidikan hingga ke tahap menara gading, dengan harapan kami mampu untuk mengubah nasib keluarga untuk menjadi yang lebih baik.”


Pesan ibu itu merupakan titik tolak kejayaan saya sehingga kini. Menggenggam erat pesan dan harapan ibunya, Isnari menghadapi dunia dengan tekad untuk belajar dengan sungguh-sungguh. Dedikasinya terbayar ketika ia meraih keputusan cemerlang dan mendapatkan biasiswa dari Kementerian Pertahanan Malaysia, dan mendapat peluang menyambung pelajaran di Maktab Tentera DiRaja Malaysia.

Kisah perjalanan pendidikannya tidak berhenti di sana. Isnari melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal, Elektronik, dan Komunikasi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Keputusan ini dipengaruhi oleh abangnya yang berkecimpung dalam bidang kontraktor elektrikal.

“Abang saya seorang kontraktor elektrikal, namun perniagaan bahawa tidak bertahan lama. Itulah yang mendorong saya untuk membuktikan bahwa memupuk nilai-nilai kepimpinan, pengalaman, disiplin, komitmen, dan sikap positif di dalam dirinya.”


“Kemampuan memimpin dan menginspirasi orang lain telah menjadi ciri khas, dan pengalaman hidup yang membentuk asas disiplin dan komitmen yang kuat terhadap tujuan hidup saya. Sikap positif yang kuat membantu saya mengatasi tentangan dan menjadikan setiap rintangan sebagai peluang untuk menjadi lebih baik, dan ia juga buktikan kepada abang saya dengan pendidikan dan kemahiran yang betul, saya pasti boleh berjaya dalam bidang yang beliau gagal. Itu menjadi sumber motivasi saya.”

PETRONAS CARIGALI SDN BHD


Setelah tamat pengajian, Isnari memulakan langkah ke dunia pekerjaan apabila beliau mendapat tawaran pekerjaan di PETRONAS CARIGALI SDN BHD. Bekerja dengan sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka negara memberi peluang kepada Isnari untuk memperoleh kemahiran dan pengetahuan beliau dan secara tidak langsung membina reputasi dan kecekapan beliau dalam bidang kejuruteraan elektrikal.


“Saya memulakan kerjaya saya sebagai Project Engineer di PETRONAS pada tahun 1992, di mana pekerjaan saya terlibat dalam aspek perniagaan seperti designing, purchasing, designing, construction, testing, commissioning and testing, untuk pelantar minyak.”


“Saya bersyukur kerana saya diberikan rezeki untuk bekerja dan membina kerjaya di PETRONAS. Saya banyak disediakan dengan pelbagai latihan yang membantu saya sepanjang kerjaya. Syarikat PETRONAS juga sudah banyak melatih graduan kejuruteraan seperti saya untuk menjadi pakar dalam bidang kejuruteraan.”


PEMBINAAN BPE ENERGY SDN. BHD


Isnari bekerja di Petronas selama 10 tahun dan dari pengalaman beliau yang terlibat secara menyeluruh dalam proses designing, purchasing, construction, testing, commissioning dan maintenance di dalam dan luar negara, serta Isnari juga banyak mengendalikan projek-projek yang membantu beliau melihat beberapa sudut pandang dalam perniagaan yang melibatkan kejuruteraan elektrikal.


Perkara ini membuatkan beliau tertarik untuk membina perniagaan sendiri. Mulanya Isnari mahu membantu arwah ayah mertua beliau untuk mengembangkan perniagaan di mana sebelum ini hanya menumpukan kepada projek bukan oil and gas untuk Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada industri oil and gas. Melalui perniagaan ini, Isnari dapat membuktikan kepada abang beliau yang dahulunya merupakan kontraktor elektrikal tetapi perniagaannya tidak bertahan lama.

AWAL PERKENALAN BERSAMA RICHWORKS


Sewaktu beliau sedang sibuk menguruskan syarikat beliau ketika syarikat sedang bergelut, Isnari diperkenalkan dengan RichWorks apabila anak beliau, Atiqah Isnari menyatakan hasrat untuk menuntut ilmu dalam bidang hartanah dan ingin belajar dengan lebih lanjut dengan Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Pada ketika itulah, beliau terus mendapatkan konsultasi dan menyertai RichWorks pada tahun 2020 dalam program Titanium. Program pertama yang beliau hadir adalah dalam Inner Circle Meeting Titan.


“Atiqah introduce saya pada Datuk Wira bila mana dia berhasrat ingin mencari ilmu bidang hartanah. Pada ketika itu, pandemik lagi. Semasa di dalam ICM, saya jatuh cinta dengan cara penyampaian dan ilmu Datuk Wira. Saya jadi bertambah yakin apabila Datuk Wira dapat membuktikan Crescent Engineering berjaya walaupun semasa pandemik.”


BPE BANGKIT


Selepas selesai sahaja program pertama beliau iaitu di Inner Circle Meeting, Isnari sedar bahawa banyak perkara yang beliau perlu belajar. Bukan sahaja dari segi jualan dan pemasaran tetapi dari segi pengurusan perniagaan secara menyeluruh, pengurusan kewangan dan kepimpinan. Menurut Isnari, setelah selesai sesi 1 On 1 kali pertama beliau bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman, beliau demam panas.


“Pengalaman bila mana saya demam 2 hari setelah selesai coaching 1 to 1 bersama Datuk Wira, oleh kerana ilmu yang diberikan telah memberikan tamparan dan kesedaran terhadap saya.”


Krisis pandemik yang melanda BPE pada ketika itu, Isnari dan team berjaya mencari jalan keluar. Beliau membuat keputusan untuk menghantar pekerjanya ke luar negara bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka serta kecekapan mereka supaya dapat memenuhi keperluan yang diperlukan oleh pelanggan.


“Pada saya, it was value creation, designed to solve our clients’ problems. Dengan melengkapi kakitangan kami dengan set kemahiran yang diperlukan, ia membolehkan BPE terus menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kami pada tahap yang mereka jangka.”


“Disebabkan krisis pandemik ini berlaku dan cabaran yang kami hadapi, kami berjaya mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran luar negara dengan mencipta bakat tempatan. Melalui inisiatif ini, bukan sahaja kami dapat bergerak dengan lebih cepat dan mengurangkan masa tidak beroperasi, tetapi juga menyediakan kepakaran dan perkhidmatan pada kadar persaingan tempatan.”

BPE’S BREAKTHROUGH

Tidak hanya berhenti di situ, anak beliau juga, Atiqah Isnari bersama-sama berganding bahu dalam membangunkan BPE Energy Sdn Bhd dan menyertai Titanium RichWorks. Menurut Isnari, beliau mula sedar bahawa kemahiran dan pengalaman sahaja tidak mencukupi untuk membawa syarikat beliau ke tahap yang lebih tinggi.


“Kemahiran, pengetahuan dan pengalaman sahaja tidak cukup. Saya sedar bahawa kami perlukan orang yang tepat dalam syarikat untuk mencapai kejayaan , membimbing mereka dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dan kepakaran yang betul untuk memastikan mereka membantu memenuhi visi dan misi syarikat.”


“Ini selaras dengan aspirasi global dalam beralih kepada tenaga boleh diperbaharui yang bersih dan mampan. Sebagai sebuah syarikat penyelenggaraan dan penyelesaian kejuruteraan elektrik, kami juga perlu memastikan kami menjadi syarikat yang sentiasa mendahului untuk memenuhi keperluan.”


Dengan pengalaman Isnari yang luas dalam penyelenggaraan serta pemahaman beliau terhadap perkembangan industri dan keperluan global, beliau menyasarkan BPE untuk berada di tahap yang lebih dari sekarang.

“Sustainability sangat penting sebab kita ada bumi yang perlu kita selamatkan untuk generasi akan datang. This is why, kita sangat support untuk teruskan renewable energy dengan perkhidmatan dan produk yang diperlukan untuk memenuhi keperluan.”


“Kami bekerjasama rapat dengan pelanggan kami dengan memasang smart sensors pada aset mereka untuk membolehkan pemantauan jarak jauh untuk keperluan perkhidmatan dan penyelenggaraan. Kami juga bekerjasama dengan ExxonMobil dalam mengendalikan servis panel solar mereka.”


Isnari sentiasa bersedia dengan pembaharuan masa hadapan walaupun sudah bekerja dan berniaga dalam industri selama lebih 20 tahun. Beliau bukan sahaja komited dengan kejayaan berterusan syarikat BPE, tetapi pendekatan beliau dalam perniagaan juga tertumpu kepada meningkatkan industri.


“Sebagai usahawan, saya percaya saya perlu give back to community dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. Kakitangan kami adalah salah satu pihak berkepentingan utama kami, itulah sebabnya kami membelanjakan wang untuk pembangunan tenaga kerja di syarikat BPE.

Dengan ada team yang kuat dan dipercayai telah memberikan peluang kepada saya untuk menimba ilmu dan dikongsikan kepada team kami.”


ISNARI DAN BPE ENERGY


Perjalanan kehidupan yang dilalui oleh Isnari tidaklah semudah yang disangka. Kisah hidup beliau merupakan sebuah inspirasi untuk ramai orang untuk tidak berputus asa dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan.


Berkat usaha dan kecekalan Isnari dalam perniagaan, beliau yang kini bersama dengan anaknya, Atiqah berjaya menjadi Gladiator RichWorks. Sudah pasti kejayaan beliau ini membawa seribu makna kerana beliau telah merealisasikan impian ibu beliau.

Artikel terbaru

Leave a Reply