Norsidayati Binti Mustari atau dikenali dengan nama terkenal beliau, Sis Belle ialah pakar produk penjagaan dan kecantikan kulit badan yang mengutamakan kualiti dan keberkesanan produk sejak minat beliau terhadap penjagaan kulit sendiri sehingga menubuhkan sebuah syarikat, Beautyspells Sdn Bhd. Syarikat ini menawarkan losyen badan sebagai produk utama dan produk lain seperti lip matte, skrub dan sebagainya.
Beliau yang merasakan produk losyen badan sangat kurang dan susah dicari di pasaran mula mencari formula untuk losyen badan dan mempunyai stok sendiri bermula daripada 100 unit ke 1000 unit dan semakin bertambah sehingga sekarang.
Beautyspells meletakkan kualiti dan keberkesanan produk sebagai keutamaan agar setiap ringgit yang dibelanjakan memberi pulangan dan pengalaman pelanggan yang memuaskan.
Beautyspells Sdn Bhd yang diuruskan hanya dirumah pada mulanya kini memiliki sebuah bangunan yang bernilai RM 1.63 Juta dan telah meraih hasil jualan sebanyak RM 7.53 Juta pada tahun 2023.
1.Platform pertumbuhan ejen
“Training & develop team, ada platform yg eksklusif khas untuk coaching team sebab setiap orang perlukan motivation dan inspiration.”
“Kenal potensi diri yang selama ini percaya hanya diri sendiri yang mampu buat semua benda sedangkan sebenarnya untuk grow bisnes perlu untuk bawa lebih ramai orang glow, develop more people untuk develop business supaya bisnes bukan hanya sekadar untung tapi membina empayar”
Setiap modul bisnes memerlukan aspek tersendiri untuk mengukuhkan sesebuah perniagaan itu. Sebagai contoh, sistem ejen stokis memerlukan platform di mana mereka dapat mempelajari produk perniagaan tersebut dan juga mendapat bahan-bahan e-marketing yang boleh diguna pakai untuk disebarkan kepada prospek di media sosial mereka.
Di Beautyspells, Sis Belle mewujudkan platform ini agar ejen dan stokis senang berinteraksi sesama mereka bukan sahaja untuk product knowledge tetapi juga untuk memberikan semangat dan inspirasi yang membakar semangat bersama untuk mencapai jualan yang disasarkan.
Aspirasi yang diimpikan oleh Sis Belle adalah untuk membantu lebih ramai orang menambah pendapatan dan juga membina sebuah empayar yang terdiri daripada orang yang hebat-hebat.
2. Personal Branding
“Personal branding, create content yg menarik , jadikan social media sebagai rancangan tv kita sendiri, macam saya, saya fokus untuk buat orang kenal di seluruh Sabah dahulu, sebab Datuk Wira pernah katakan pada saya satu masa dulu “Bell, you perlu jadi maharani di Sabah, saya nak tengok muka you di billboard seluruh Sabah’ itu yang saya perjuangkan untuk jadikan kata kata Datuk Wira menjadi realiti.
Pada era ini, selain keberkesanan sebuah produk, orang ramai juga mementingkan muka disebalik jenama. Personal branding adalah proses yang membantu muka tersebut membina imej dan reputasi peribadi yang kuat dalam dunia perniagaan.
Bagi usahawan, personal branding menjadi penting kerana ia membantu membezakan diri dari pesaing, membangunkan kepercayaan pelanggan, dan membina hubungan yang kukuh dalam industri.
Sis Belle sendiri membina personal branding beliau dengan menghasilkan content yang menarik, menjadikan media sosial untuk orang ramai mengenali siapa beliau dan apa yang beliau cuba bawakan untuk orang ramai. Sasaran beliau pada mulanya adalah untuk membuat seluruh orang Sabah mengenali beliau dahulu sebelum memperluaskan pengenalan beliau kepada seluruh Malaysia. Terbukti strategi beliau berjaya dengan mempunyai ‘followers’ seramai lebih 20 ribu yang sentiasa ingin lebih mengetahui content beliau di Instagram.
3.Perbaiki aspek bisnes sedikit demi sedikit
“Untuk grow bisnes umpama upgrade engine, capai sejuta kelajuan takkan sama untuk capai 10 juta, perlu tingkatkan lagi part di enjin untuk bergerak lebih laju, dan parts yang digunakan perlu berkualiti, sana seperti bisnes, saya sentiasa cari dan create parts yg hebat untuk jadikan enjin saya bergerak lebih laju”
Pentingnya untuk terus memperbaiki aspek perniagaan secara bertahap kerana perniagaan yang tidak berubah atau tidak memperbaiki diri sebagai seorang usahawan akan cenderung kepada jualan yang mendatar , kalah bersaing, dan pasti mengalami kemunduran.
Tidak mahu berada pada tahap itu, Sis Belle mengubah aspek perniagaan daripada segi penjenamaan, team, modul, kualiti produk dan sistem ejen stokis sedikit demi sedikit yang lama kelamaan menghasilkan perniagaan yang lebih stabil daripada mula-mula beliau berniaga. Setiap aspek amat penting didalami untuk bergerak bersama menuju matlamat yang hendak dijadikan kenyataan.
Setiap perniagaan pasti akan melalui fasa yang memerlukan perubahan dan terpulang kepada usahawan itu sendiri untuk mengambil tindakan bijaksana untuk menampakkan hasil. Tiada istilah ‘ada hari, ada nasi’ sekiranya seorang usahawan itu ingin pergi lebih jauh.
Biografi Norsidayati Binti Musari
Norsidayati Binti Musari atau Sis Belle bukanlah datang daripada keluarga yang berduit. Ibu beliau dahulu merupakan seorang penjual sayur dan bapa pula, seorang pekerja buruh kasar. Seawal usia 5 tahun, ibu beliau telah meninggal dunia menjadikan beliau seorang anak yatim. Ketika itu, bapa beliau yang merupakan warga Indonesia terpaksa pulang ke tanah air sendiri meninggalkan Sis Belle untuk tinggal bersama nenek dan ibu saudara beliau yang hanya dapat menumpang kasih daripada mereka. Pada umur 19 tahun, Sis Belle mendapat berita bahawa bapa beliau telah meninggal dunia, tidak sempat untuk berjumpa selepas bertahun lamanya.
Sis Belle dari segi latar belakang pendidikan, hanya belajar setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala dalam alam pekerjaan beliau, pernah bekerja sebagai seorang kerani Bank di Malaysia selama 5 tahun. Cukup pengalaman di situ, beliau kemudian bekerja di syarikat milik ibu saudaranya sebagai Executive Clerk.
Pada tahun berikutnya, beliau mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran dalam bidang estetik dan jurukecantikan dan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Pada masa yang sama, beliau mula mempunyai minat dalam dunia perniagaan yang mencetuskan impian untuk memiliki kehidupan sendiri dan berjaya sebagai seorang usahawan.
Antara anugerah dan pengiktirafan yang beliau capai adalah seperti:
1.100 TOP YOUNG CEO 2019 dari IKON MALAYSIA
2.Anugerah Usahawan Wanita Harapan 2022 dari Kerajaan Negeri Sabah sempena hari wanita
3.Anugerah Usahawan Cemerlang 2023 dari Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Bumiputra Sabah ( IKSNITA )
“Nasihat saya adalah di awal perniagaan fokus generate more sales , dan keep on high energy, more energy = more money, energy is money.”
Tenaga yang banyak menghasilkan wang yang banyak. Sis Belle percaya bahawa tenaga adalah antara faktor yang menentukan kejayaan seseorang itu. Anda bagaimana?