BEAUTIFUL EMPIRE SOLUTION SDN BHD (Mohd Fazrin Zuhari)

BEAUTIFUL EMPIRE SOLUTION SDN BHD atau BYO Kosmetik merupakan sebuah One-Stop-Shop bagi barangan kosmetik yang menjadi kegemaran para-para wanita dan berpusat di negeri Kelantan. BYO Kosmetik juga adalah pengedar kosmetik borong yang membawa kosmetik berkualiti dengan harga terbaik.

Diasaskan oleh Mohd Fazrin Zuhari atau lebih dikenali dengan nama panggilan Fazrin pada tahun 2017. Perniagaan beliau telah melalui pelbagai detik jatuh dan bangun. Selaras dengan visi BYO Kosmetik untuk membantu peniaga-peniaga kecil, mereka berjaya membantu peniaga kecil terutamanya penjual online tanpa modal untuk menambah pendapatan dari rumah atau kedai. 

Fazrin : Suatu Masa Dahulu

Anak kelahiran Bachok, Fazrin dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana sahaja. Beliau dibesarkan oleh datuk dan nenek di kampung selepas kehilangan bapa sejak beliau berusia 8 tahun lagi. Ibu beliau pula seorang suri rumah awalnya dan harus keluar bekerja demi menampung keperluan anak-anak. 

“Saya datang dari keluarga biasa-biasa sahaja. Ibu saya suri rumah. Bapa saya sudah meninggal dari umur saya dari 8 tahun. Saya banyak dibesarkan oleh atuk dan nenek. Dari situ saya lihat dengan berniaga lah boleh ubah nasib seseorang untuk hidup lebih senang.”

Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia, Fazrin menyambung pelajaran di peringkat Diploma dalam Bidang Kejuruteraan Mekanikal. Tetapi beliau sangat berminat dengan perniagaan jadi selepas diploma, beliau bekerja dengan bapa saudara menjaga kedainya. 

Fazrin mula terfikir untuk membuka perniagaan beliau sendiri kerana ingin membantu dan menaikkan taraf kewangan keluarga terutamanya ibu beliau yang sudah bersusah-payah bekerja.

“Saya dulu bekerja dengan pak sedara saya untuk menjaga kedai beliau dan selepas itu saya berfikir untuk buka perniagaan sendiri. Jadi saya bermula dengan membuka kedai air franchise yang mmg terkenal di Malaysia dari  tahun 2016.”

“Saya bermula berniaga disebabkan push factor diri sendiri, saya mula fikir tentang masa depan macam mana saya nak survive untuk bahagiakan mak saya dan family. Dan saya ingin bergerak lebih bebas tanpa terbatas dengan cara saya. Saya mula berniaga sebab ingin membantu keluarga saya kerana saya sudah kehilangan seorang bapa.”

BYO Kosmetik

Oleh itu, Fazrin membuat keputusan untuk menghentikan perniagaan air tersebut dan memulakan perniagaan dalam industri kesihatan dan kecantikan. Menurut beliau, pasaran dalam bidang kecantikan wanita ini mempunyai potensi yang besar. 

“Saya memilih industri kesihatan dan kecantikan disebabkan kredibiliti kepada dunia sekarang, wanita sukakan kecantikan dan mula untuk jaga kesihatan. Ledakan pelbagai produk yang ada di Malaysia membuatkan saya bertindak untuk menjual kepada pengguna–pengguna supaya lebih mudah mereka mendapatkan barangan yang mereka mahukan dengan harga yang lebih murah sama ada membeli secara borong atau retail.”

Keputusan beliau untuk berniaga tidak mendapat tentangan daripada sesiapa. Keluarga Fazrin sangat menyokong keputusannya itu kerana datuk dan neneknya juga seorang peniaga, jadi dari kecil lagi Fazrin sudah terdedah dengan aktiviti keusahawan. 

Mereka banyak bantu saya untuk meneruskan perniagaan ini. Mereka juga ada bisnes sendiri, so dari kecil saya nampak dan tahu macam mana struggle nak bina sebuah bisnes supaya sustain.”

Kedai Kecil di Pasar

Fazrin mula berniaga barangan kosmetik wanita di sebuah kedai kecil yang berada dalam yang terletak di Pekan Jelawat, pada tahun 2017 bersama isteri tercinta. Beliau berkongsi bahawa pada permulaan perniagaan, mereka hanya mendapat jualan sebanyak RM100 hingga RM500 sahaja sehari. 

Disebabkan prestasi perniagaan sangat perlahan, Fazrin mula mengambil seorang pekerja untuk menjaga kedai kecilnya sementara beliau dan isteri keluar membuat jualan. Fazrin juga membuka booth jualan produk-produk kosmetik di acara-acara dan pasar malam di merata tempat untuk menaikkan jenama BYO Kosmetik. Dalam waktu yang sama, untuk meningkatkan hasil jualan. 

“Dan selepas beberapa bulan kami struggle keluar menjual. Kami rasa tidak berbaloi dengan hasil yang kami dapat. Malah kami banyak mengalami kerugian kerana barang jualan kadang-kala ada yang rosak disebabkan oleh ribut, hilang dan sebagainya.”

“Moment yang saya takkan lupa adalah bila saya perlukan duit, orang tak nak bayar hutang saya. Dalam dunia sekarang semuanya perlukan duit untuk survive. So saya perlu bekerja keras supaya bebas kewangan dan boleh bantu family apabila mereka perlukan saya. Masa dulu saya bekerja keras dari pasar malam, buka booth dan berpenat lelah semua ada untuk jadi lebih baik macam sekarang.”

LIVE

Bergelut dengan perniagaan yang semakin hari semakin merugikan. Fazrin mula cuba cara lain untuk meningkatkan jualan iaitu dengan berniaga secara online. Walaupun beliau tidak mahir dalam perniagaan online, tetapi beliau cuba sahaja sehingga menjadi. Berbekalkan semangat untuk berjaya, Fazrin dan isteri mula aktif mempromosikan jualan dalam media sosial.

“Saya tak tahu nak besarkan market secara online. Setiap hari sales RM100 saja sehari. Tunggu orang masuk kedai. Hanya menjual retail dan bersaing dengan kedai kosmetik yang berdekatan menjual barang yang sama.”

“So saya hentam main LIVE pada 2017. Alhamdulilah BYO makin dikenali. Saya buat paid ads sendiri tanpa berguru. Selepas setahun bertapak di kedai kecil kami mula buka cawangan di kedai shop lot yang lebih besar.”

Jenama BYO semakin mendapat tempat di hati orang ramai terutamanya masyarakat di Kelantan. Secara tidak langsung, angka jualan juga semakin meningkat naik. Fazrin mula menambah bilangan pekerja untuk menguruskan perniagaan beliau yang sudah aktif bergerak secara online.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Fazrin berhadapan dengan masalah lain dimana pekerja-pekerja hanya bekerja dalam waktu yang singkat sahaja. Pengurusan pekerja di BYO Kosmetik pada ketika itu tidak stabil, pekerja semakin bertambah tetapi tiada bahagian kerja yang khas untuk melancarkan pengurusan syarikat.

“Saya tak pandai nak hire orang yang betul jadi staff saya. Mereka hanya kerja sekejap kemudian berhenti. Kesalahan yang paling besar adalah saya  tiada guru. Menyebabkan saya banyak mengalami kerugian dan banyak membuat keputusan yang salah sepanjang berniaga.”

“Saya juga tidak fokus pada bisnes. Menyebabkan perkembangan bisnes saya stuck pada level yang sama sahaja sedangkan bisnes yang saya buta boleh pergi lebih jauh lagi sekiranya saya betul-betul fokus.”

Case Study RM1 Juta Pertama

Fazrin sedar kelemahan beliau dari segi kepimpinan perlu diperbaiki. Beliau faham bahawa untuk menjadi usahawan berjaya, bukan sahaja dari beliau perlu mahir dalam pemasaran dan operasi. Fazrin juga perlu mahir dalam kepimpinan.

“Sebelum kenal RichWorks, saya banyak buat silap dengan cara saya handle staff dan marketing yang saya buat sudah lapuk.”

Menurut Fazrin, beliau sudah mengenali RichWorks dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak beliau tamat sahaja SPM. Beliau sering kali melihat RichWorks di keratan akhbar dan televisyen. 

Pada tahun 2016, Fazrin pernah menghadiri Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan yang dianjurkan oleh RichWorks. Kehadiran beliau pada ketika itu adalah bagi untuk menaikkan semangat beliau. 

“Saya kenal RichWorks masa lepas SPM. Selalu tengok di akhbar dan TV. Pada tahun 2016, saya join IMKK dengan rela hati saya. Masa tu saya belum berniaga. Pergi ambil semangat.”

“Saya triggered bila ada video student-student Datuk Wira dapat RM1,000,000 pertama lepas 6 bulan join RichWorks. Jadi lepas balik dari IMKK saya buat target apa yang saya nak capai dan mesti capai.”

The New BYO 

Melalui program IMKK, Fazrin mula merancang langkah untuk berniaga. Beliau nekad kerana hanya dengan berniaga sahaja beliau dapat mencapai impian untuk berjaya. Setelah menjalani perjalanan perniagaan yang banyak jatuh dan bangun, pada tahun 2021, Fazrin menyertai RichWorks dalam Program Pementoran Titanium untuk menambah baik ilmu perniagaan dan mendapatkan bimbingan secara dekat.

“Apa yang membuatkan saya untuk belajar adalah apabila saya stuck macam nak ambil staff yang betul. Staff selalu keluar masuk. Pengurusan staff tersangat lah penting untuk ekonomi bisness. Tenaga kerja sangat diperlukan untuk sesebuah syarikat nak lebih maju ke depan.”

“Sistem kewangan ketika itu masih kucar-kacir, so saya decide yang saya perlukan seorang MenThor dan Circle yang bagus untuk kita lebih motivated dan sentiasa positif selalu.”

“Bila dalam Titan kita ada ramai sahabat seperjuangan yang boleh dirujuk. Ada CAM (Client Account Manager) dan terutamanya perlu ada MenThor yang boleh tegur apa yang salah dan apa yang betul.”

Motivasi dalam diri Fazrin dan juga team BYO juga semakin baik dan mereka membangun bersama-sama. Beliau juga berjaya membina key leaders yang cemerlang dalam menguruskan team. Beliau membesarkan lagi kapasiti kedai supaya lebih ramai orang boleh datang ke kedainya.

Sekarang, Fazrin sudah mengenali dengan lebih jelas siapa sasaran pelanggan beliau. Dalam masa yang sama, beliau juga mengenal pasti masalah pelanggan untuk membantu beliau dan team memberikan servis yang terbaik pada pelanggan.

“Sekarang masa saya lebih teratur. Saya sudah ada jadual. So follow jadual dengan betul sepanjang hari. Apa yang nak buat setiap, saya akan tulis. Supaya task lebih cepat siap dan terlaksana dengan baik.” 

“Bila saya tukar mindset saya seperti BUAT JER mentaliti, jangan degil! Trust the process, saya semakin yakin pada team dan beri trust pada mereka. Training juga  secara berjadual untuk menambah kualiti team dengan proses interview yang betul supaya dapat hire more quality people. Orang yang ada ijazah, diploma dan berpengalaman. Bila hire sebab pengalaman dan skill, lebih mudah untuk run company dengan teratur dan bersistematik.” 

BYO’s Breakthrough

Apabila ilmu perniagaan Fazrin sudah ditambah baik, semakin banyak pencapaian yang beliau peroleh. Banyak perkara yang sebelum ini beliau rasa mustahil, menjadi kenyataan. Menurut Fazrin lagi, beliau tidak suka meletakkan diri beliau dalam zon selesa. Beliau sentiasa mahu belajar dan belajar lagi supaya lebih banyak ilmu yang diperoleh. 

“Alhamdllah banyak perkara yang kami dah capai sekarang berbanding dulu. Perkara yang dulunya kami rasa agak mustahil. Antaranya kami dapat membuka peluang pekerjaan kepada lebih ramai orang berbanding dahulu. Sekarang keseluruhan team kami hampir 40 orang. Setiap department ada key leader.” 

Lebih menarik, pekerja-pekerja beliau juga mampu membeli aset mereka sendiri dari hasil titik peluh mereka sendiri. Contohnya, kereta, emas dan sebagainya. Fazrin juga berjaya mencapai impian beliau untuk membahagiakan ibu termasuk ibu dan bapa mertua beliau.

Sekarang BYO Kosmetik bergerak aktif dalam berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan seperti golongan asnaf dan pelajar tahfiz yang berada di bawah tanggungan beliau.

“Untuk nak upgrade ilmu, saya tengok video-video free Datuk Wira sahaja. Dari situ pun banyak ilham dan idea yang saya dapat. Apatah lagi yang berbayar, lagi banyak yang kita akan dapat. Saya sentiasa mencari peluang baru untuk upgrade diri, income dan sebagainya.

“Saya juga tidak suka meletakkan diri dalam zon yg selesa. Dan saya tidak pernah berhenti untuk buat sesuatu yang baru untuk tambahkan lagi apa yang kita dah dapat.”

Team BYO Kosmetik, bermula hanya dari 2 orang sahaja iaitu Fazrin dan isteri bertambah menjadi 4 orang. Kemudian bertambah lagi menjadi 18 orang setelah beliau melakukan perniagaan secara online. Sekarang team BYO Kosmetik sudah seramai 50 orang dengan key leader di setiap bahagian kerja.”

FAZRIN DAN BYO

Sikap keusahawan dalam diri Fazrin yang sudah dipupuk sejak dari kecil lagi tidak pernah goyah walaupun menghadapi pelbagai cabaran, onak dan duri dalam perniagaan.  Berkat dari usaha beliau, Fazrin berjaya menjadi salah seorang Gladiator RichWorks dengan catatan angka jualan sebanyak RM11,800,000. 

Perjalanan perniagaan Fazrin sudah semestinya menjadi inspirasi ramai usahawan di luar sana untuk terus berusaha mencapai impian. Beliau bukan sahaja membantu orang ramai mendapatkan produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan tetapi beliau juga berjaya membantu peniaga-peniaga kecil mencapai impian mereka juga.

Artikel terbaru

Leave a Reply