Melihatkan ramai wanita di Malaysia yang memakai tudung, Aisyah Jafri menjadikannya sebagai inspirasi untuk memudahkan wanita di negara ini untuk mencari design tudung kesukaan mereka.
Penubuhan Ayshazandra di bawah syarikat Aysha Zandra Trading pada tahun 2012 telah membantu ramai wanita untuk sentiasa memiliki tudung yang trendy seperti jenama Wawa Scarves, Shawlpublika, Leeyanarahman dan lain-lain. Hanya dengan layari ke laman web mereka, kaum wanita sudah mempunyai pelbagai jenis pilihan tudung.
Bisnes ini menjalani pelbagai jatuh bangun yang bermula dari rumah sehingga tahun 2015 sewaktu bisnes beliau sedang berkembang pesat. Beliau berjaya memiliki butik sendiri di Batu Pahat, Johor pada waktu itu. Di Ayshazandra, mereka berkomited dalam memberi pengalaman terbaik untuk setiap pembelian pelanggan.
Pada tahun 2023, Aysha Zandra Trading mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 1.36 Juta.
1.Pendaftaran di website
“Pengumpulan maklumat pelanggan jadi lebih terperinci bila register di website. Ini membantu kami memahami keperluan dan keinginan mereka dengan lebih baik.”
Sebelum membuat pembelian di laman web, pelanggan harus mendaftar bersama Ayshazandra untuk mendapatkan akses. Setiap pendaftaran dianggap sebagai satu kejayaan. Sama ada pelanggan membeli atau tidak, bisnes ini menggunakan database yang direkod untuk membuat pemasaran kepada mereka.
Ayshazandra menarik minat pelanggan untuk mendaftar di laman web melalui penawaran faedah seperti diskaun eksklusif, penawaran khas promosi serta tips-tips berkenaan produk mereka.
Dari pendaftaran ini, peningkatan trafik berlaku terutamanya di enjin carian seperti Google yang mengutamakan laman web yang mempunyai interaksi pelanggan yang aktif. Selain itu, ini juga menaikkan lagi kepuasan mereka terhadap jenama Ayshazandra kerana dapat memenuhi kehendak mereka.
Pendaftaran di laman web bukanlah hanya mengukuhkan hubungan bersama pelanggan tetapi juga meluaskan potensi pertumbuhan bisnes melalui pemasaran secara tidak langsung apabila prospek semakin nampak kemunculan Ayshazandra.
2.Telegram Channel
“Pelanggan nak cepat, jadi kita pun kena lagi cepat 2-3 kali ganda dari mereka.”
Zaman sekarang, semua orang nak cepat. Itulah lumrah manusia sekarang yang perlu diambil kira oleh usahawan yang menjalankan bisnes. Mereka perlu menjadi bisnes terpantas berbanding bisnes lain untuk terus menerus menarik perhatian pelanggan untuk setia dengan mereka. Memandangkan ada banyak jenis platform yang digunakan orang ramai, yang manakah paling berkesan?
Bagi mempercepatkan pengedaran info, Aisyah Jefri menggunakan Telegram Channel untuk pelanggan rasa diberi perhatian kerana adanya komunikasi yang kerap.
Sambil berkongsi penerangan tentang produk, Telegram Channel Ayshazandra digunakan untuk menunjukkan promosi, tutorial cara pemakaian, kata-kata semangat dan perkongsian kempen, menjadikan ia sebagai nilai yang tinggi kepada pelanggan untuk setia berada dalam platform ini.
Ia juga telah membantu pelanggan untuk membuat pilihan terbaik apabila keliru untuk membuat keputusan pembelian. Sekiranya mereka keluar dari platform tersebut, mereka akan rasa ketinggalan. Oleh itu, mereka akan lebih cenderung untuk kekal berada di platform ini.
3.Online Invoice
Setiap pembelian yang dibuat oleh pelanggan di website Ayshazandra, akan menerima invois secara automatik melalui e-mel bersama maklumat lengkap mengenai produk, harga dan info pembayaran.
Pentingnya invois ini dihasilkan adalah untuk mengelakkan isu seperti penukaran barang, refund atau penipuan oleh pelanggan yang tidak bertanggungjawab. Hal ini boleh menjejaskan produktiviti bisnes di mana staf perlu periksa satu demi satu tentang produk yang telah dijual.
Invoice ini dijadikan sebagai ‘tracking’ agar mudah untuk staf jejak semula info produk dan pelanggan supaya ada bukti untuk mengesahkan sekiranya pelanggan layak menerima penukaran produk atau tidak.
“Sekarang pelanggan boleh akses invois secara online tanpa perlu minta kepada kita banyak kali”
Hal ini sudah mengurangkan banyak pembaziran masa yang tidak dapat dilakukan sekiranya Ayshazandra masih menggunakan cara manual untuk memberi invoice. Pada masa yang sama, staf dapat fokus lebih kepada aspek yang melibatkan operasi bisnes secara keseluruhan.
Biografi Aisyah Jafri
Seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak, Aisyah Jefri pernah bekerja kontrak selama 3 tahun. Sebelum menjadi seorang usahawan, beliau merupakan seorang kerani di sebuah kilang. Tamat sahaja tempoh kontrak, beliau mula berniaga.
Tidak asing bagi Aisyah, dari kecil lagi beliau sudah dididik oleh ayah untuk berniaga. Beliau sendiri mempunyai minat dalam bidang ini sehingga mengambil jurusan keusahawanan sewaktu masih belajar di universiti.
Aisyah Jefri, seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak, mengecapi pengalaman bekerja kontrak selama 3 tahun selepas memegang jawatan kerani di sebuah kilang. Setelah tamat tempoh kontraknya, Aisyah memutuskan untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan.
Keputusan untuk menyertai bidang ini menjadi langkah penting dalam transformasi Aisyah. Segala pengorbanan dan perjalanan yang ditempuh membuatkan setiap langkah dari seorang pekerja kontrak menjadi usahawan yang berjaya itu berbaloi buat beliau.