Sebuah syarikat fesyen yang membantu para wanita memiliki T-Shirt dan baju Muslimah, Atief Design Global Sdn Bhd menghasilkan pakaian yang menepati syariat dan membuatkan si pemakai kelihatan ayu, anggun, bergaya dan up to date dengan design yang ekslusif. Pakaian yang dikeluarkan juga mengikut potongan wanita muslimah di Malaysia, menjadikannya selesa dan sesuai. Di Atief Design, mereka juga mengeluarkan set warna ‘Special Dyeing’ bagi setiap pakaian yang dihasilkan.
Pada mulanya, Ketua Pegawai Eksekutif kepada Atief Design, Dr. Mohd Tajuddin yang dahulu merupakan seorang guru, memulakan perniagaan ini atas tanggungjawab fardu kifayah untuk membantu cikgu-cikgu memakai T Shirt labuh sopan dan menuntut syariat dengan sempurna. Ketika itu, sukar untuk mereka mendapatkan pakaian yang memenuhi tuntutan syariah.
Hari ini, Dr. Mohd Tajuddin telah memperoleh sebuah bangunan 3 tingkat berharga RM 1.3 Juta yang bakal dijadikan HQ, 2 buah kilang kecil di Kulim, Kedah dan dapat membeli sebuah rumah bernilai RM 600 ribu untuk dijadikan hostel kepada staff-staff beliau.
Hasil jualan beliau pada tahun 2022 mencatatkan sebanyak RM 3.8 Juta dan setakat Ogos 2023, telah mencatatkan sebanyak RM 3.09 Juta.
1. Penukaran modal bisnes
“Saya menukarkan modal bisnes B2B ke B2C”
B2B atau “Business-to-Business,” merujuk kepada kegiatan bisnes yang melibatkan interaksi antara dua atau lebih perusahaan perniagaan. B2C atau “Business-to-Consumer,” pula merujuk kepada jenis hubungan bisnis di mana sebuah perusahaan atau peniaga menjual produk atau perkhidmatan secara langsung kepada konsumer secara individu.
Penentuan harga produk atau perkhidmatan dalam bisnis B2C dapat melibatkan strategi harga yang berbeza daripada dalam bisnis B2B. Sebagai usahawan, anda perlu melakukan perhitungan harga yang berbeza dan mempertimbangkan aspek seperti harga produk, diskaun, dan penawaran khusus kepada pelanggan.
Modal B2B yang lebih sesuai dengan bisnes Atief Design menjadikan perniagaan beliau berubah kerana mendapat pendekatan yang lebih sesuai dengan pelanggan.
2. Google Ads sebagai cara pengiklanan
“Saya konsisten membuat iklan berbayar platform Tiktok Ads, Facebook Ads, Instagram Ads, google ads dan lain-lain.”
Sangat rugilah seorang usahawan itu sekiranya mereka tidak memanfaatkan media sosial dan platform digital yang menyediakan khidmat pengiklanan. Tahukah anda, selain pengiklanan melalui Facebook, Tiktok, dan Instagram, Google juga
mempunyai cara pengiklanan yang berbeza berbanding media sosial?
Seperti Google Ads Text yang lebih menggunakan iklan berbentuk teks yang akan muncul pada pencarian Google.
Atief Design, menggunakan cara ini agar prospek dapat menekan link yang akan memaparkan landing page jenama Atief Design.
Apabila mencari teks seperti ‘baju muslimah’ atau t-shirt muslimah’ yang berkaitan dengan Atief Design, prospek-prospek yang banyak menekan link tersebut akan menaikkan visibility di halaman pencarian Google sekaligus menarik lebih ramai pelanggan yang baru.
3. Mengenal pasti keperluan pelanggan
“Kebanyakan pengeluar T-Shirt muslimah waktu dulu adalah non-Muslim yang tidak faham ciri-ciri pakaian yang betul-betul memenuhi keperluan sebagai seorang wanita muslimah”
Dengan memahami keperluan pelanggan, usahwan dapat memenuhi harapan mereka dengan lebih baik. Ini juga meningkatkan kepuasan mereka dan dapat menghasilkan pelanggan yang lebih setia.
Dengan mewujudkan produk atau perkhidmatan yang relevan juga, sasaran yang lebih ditumpukan pasti akan menarik perhatian prospek yang selama ini mungkin tidak pernah terfikir bahawa mereka memerlukan produk tersebut.
Tawaran yang bersesuaian dan kemunculan sesuatu baru dapat menjadi sensasi yang menjadi buah mulut orang. Seperti baju muslimah labuh yang lebih kena dan sesuai dengan wanita di Malaysia, menjadikan Atief Design pilihan kesukaan kepada wanita muslimah di negara ini.
Biografi Dr Mohd Tajuddin Bin Ismail
Seorang guru yang bekerja di sekolah menengah selama 17 tahun, Dr Mohd Tajuddin Bin Ismail tidak pernah mempunyai pengalaman berniaga sebelum menceburi bidang perniagaan. Beliau yang memperoleh pendidikan Sarjana Muda Pendidikan Islam merupakan seorang pelajar di Universiti Malaya (UM) dan kemudian memperoleh Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Hadith di Universiti Sains Malaysia (USM).
Kedua-dua ibu bapa Dr Mohd Tajuddin merupakan petani yang membesarkan 10 orang anak dan menjalani kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
“Trust the Process, bina dari bawah, dan dapatkan circle yang betul.”
Sewaktu beliau mula melaksanakan strategi-strategi berlandaskan ilmu yang betul, beliau masih belum nampak perubahan yang berlaku dalam perniagaan. Namun, Dr Mohd Tajuddin kekal positif dan yakin dengan perjalanan beliau. Semakin hari, beliau makin nampak hasil yang menjadikan Atief Design lebih berkembang seperti yang ada hari ini kerana keyakinan beliau yang tinggi pada Menthor yang banyak membimbing dan membantu dalam pertumbuhan perniagaan.