Nurul Fatin Raihanaz Binti Sulaiman dengan kepakaran beliau dalam industri fesyen, menawarkan pakaian muslimah moden dan elegan tanpa perlu mengorbankan keselesaan dan kesopanan mereka. Beliau sebagai Pengarah Eksekutif kepada jenama Athifa Azzahrah, telah menguruskan syarikat ini sejak tahun 2020 yang bermula hanya di rumah sahaja.
Syarikat ini beroperasi secara online (e-commerce) dan mempunyai sebuah butik di Parit Raja, Johor dengan menjual kepelbagaian pakaian seperti baju kurung, baju kurung songket, kaftan, dan tudung bawal. Bermula dengan modal RM 6000 hasil simpanan beliau dan suami, Fatin Raihanaz nekad untuk berniaga walaupun hanya secara kecil-kecilan dari rumah dan
berkongsi ruang jualan bersama kedai kosmetik yang diuruskan oleh ibu bapa beliau.
Suami beliau percaya dengan kemampuan yangbeliau ada dan bersetuju untuk menjalankan perniagaan bersama selepas tamat pengajian. Kini, beliau telah mempunyai 2 lot kedai, sebuah pejabat dan juga gudang sendiri. Staf beliau juga telah bertambah dari 3 ke 4 staf ke 16 orang staf dan 5 key leaders.
1.Membezakan kewangan bisnes dan peribadi
“Saya tidak tahu jaga kewangan dengan teratur. Kewangan saya bercampur antara bisnes dan peribadi. Hal ini menyebabkan saya susah nak grow kerana tiada peluang untuk mendapatkan suntikan modal.”
Pemisahan yang jelas antara kewangan bisnes dan peribadi tidak boleh diabaikan. Ini dapat membantu usahawan dalam memantau prestasi kewangan perniagaan dengan lebih teliti. Ini juga membolehkan mereka menilai sama ada perniagaan berjalan dengan keuntungan atau kerugian secara lebih tepat. Tanpa pemisahan ini, campur aduk yang berlaku antara wang peribadi dan bisnes boleh menyulitkan proses penilaian kewangan.
Kedua, membezakan kewangan bisnes dan peribadi membantu dalam mengelakkan risiko kewangan. Jika kedua-dua kewangan digabungkan, pemilik perniagaan mungkin terdedah kepada risiko yang lebih tinggi dan boleh
menyebabkan kerugian peribadi yang besar jika perniagaan menghadapi masalah kewangan atau kebankrapan. Selain itu, pemisahan ini juga diperlukan untuk tujuan cukai dan perundangan. Menyelaraskan urusan cukai dan pematuhan perundangan perniagaan dan peribadi menjadi lebih mudah dan membantu menghindari masalah perundangan
yang mungkin timbul.
Secara keseluruhannya, pemisahan kewangan bisnes dan peribadi adalah penting kerana membantu dalam pemantauan prestasi kewangan, mengurangkan risiko, mematuhi perundangan, dan merancang perniagaan dengan lebih berkesan.
2. Mengubah perspektif staf melalui leadership
“Saya terlalu bergantung dan menyerahkan tugas sepenuhnya kepada staf sehingga staf rasa terbeban dan tiada semangat untuk terus bekerja. Kesannya semua staf saya berhenti secara serentak pada bulan 7 tahun 2022.”
“Perubahan terbesar yang berlaku sejak bersama Richworks adalah leadership skill saya. Saya lebih mahir mengawal keadaan dan dapat menyelesaikan hampir semua masalah dengan penyusunan dan pembahagian tugas yang teratur. Saya mampu
memberi semangat dan ilmu kepada pekerja saya melalui apa yang diajar oleh Datuk Wira dan boleh mengubah perspektif dan mindset mereka.”
Pemimpin atau usahawan yang efisien memainkan peranan penting dalam pertumbuhan bisnes. Bukan setakat menyediakan visi yang jelas tetapi juga mengilhamkan pasukan untuk mencapainya. Dengan memberikan arahan yang jelas, pemimpin bantu menggerakkan usaha secara efektif dan memastikan semua ahli pasukan bergerak ke arah matlamat yang sama. Komunikasi yang terbuka dan efektif dari pihak pemimpin memastikan semua staf memahami peranan mereka
dalam mencapai objektif bisnes.
Pemimpin yang efisien juga mampu mengenal pasti peluang dan cabaran, serta mengambil keputusan strategik yang membawa kejayaan. Mereka dapat memberikan dorongan dan sokongan kepada pasukan dalam menghadapi cabaran
serta memberi pengiktirafan untuk pencapaian yang luar biasa.
Selain itu, pemimpin yang mendorong inovasi dan perkembangan peribadi membantu mencipta persekitaran di mana idea baru diterima dan diaplikasikan. Ini mendorong kreativiti, yang pada gilirannya, membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan bisnes. Pemimpin yang memberikan contoh dengan integriti dan nilai-nilai yang jelas membina budaya korporat yang positif, membantu menarik dan mengekalkan bakat yang berkualiti. Dengan demikian, pemimpin yang efisien
bukan sahaja mendahului, tetapi juga menginspirasi dan membentuk kejayaan jangka panjang dalam pertumbuhan bisnes.
3. Merekod kewangan
“Seterusnya saya mula menjaga kewangan. Saya kira dan rekod jualan saya setiap hari untuk melihat progress dan forecast bisnes saya. Dengan proses ini, dapat bantu saya dari segi pengurusan kewangan lebih teratur dan elak dari lewat bayar gaji staf.”
Pengurusan kewangan yang teratur dan merekod jualan membawa banyak kelebihan. Pertama, ia membolehkan pemilik perniagaan memantau perbelanjaan dan pendapatan dengan lebih berkesan. Dengan merekod semua transaksi, usahawan dapat mengenal pasti di mana wang digunakan dan daripada mana wang masuk. Ini membolehkan mereka membuat keputusan kewangan yang lebih bijak.
Kedua, merekod jualan adalah cara untuk mengukur prestasi perniagaan. Dengan maklumat yang teratur, usahawan juga dapat melihat trend penjualan, mengenal pasti produk atau perkhidmatan yang paling menguntungkan, dan membuat
strategi pemasaran yang lebih berkesan. Merekod jualan juga penting untuk tujuan cukai dan penyata kewangan.
Ketiga, menguruskan kewangan dengan baik boleh membantu perniagaan mengelakkan masalah kewangan yang tidak diingini seperti mengelakkan hutang yang tidak terkawal, menguruskan aliran tunai, dan merancang untuk keperluan kewangan pada masa depan. Fatin Raihanaz, , menguruskan kewangan dan merekod jualan untuk memperoleh
perniagaan yang berfungsi dengan lebih cekap, berkembang, dan mengelakkan masalah kewangan yang tidak diingini.
Biografi Nurul Fatin Raihanaz
Meskipun Fatin Raihanaz datang daripada keluarga yang dibesarkan dengan kemewahan, ibu bapa beliau pula sebaliknya di mana ibu beliau pernah tinggal di kawasan perumahan setinggan. Hasil daripada usaha mereka dalam membangunkan sebuah perniagaan, mereka dapat membuka beberapa cawangan perniagaan namun merundum pada tahun.
Melihatkan keperitan yang dilalui oleh ibu bapa beliau, Fatin Raihanaz berazam untuk mencipta kejayaan daripada hasil yang diusahakan sendiri dan hanya menerima bantuan sokongan, didikan bisnes dan nasihat daripada keluarga.
Fatin Raihanaz, dulu seorang pelajar pengajian menengah di MRSM Mersing kemudian sambung belajar di Matrikulasi Selangor dengan pencapaian 4.0 Flat. Beliau kemudian diterima untuk menyambung pengajian Bachelor of Science
Property Management di UTM Skudai dan tamat pengajian pada tahun 2017 dengan anugerah Dekan. Beliau, walaupun bercita-cita menjadi usahawan, percaya pendidikan sangat penting.
Sebelum menubuhkan Athifa Azzahrah, Fatin Raihanaz sejak berusia 16 tahun, minat dan telah mempunyai pengalaman berniaga dengan menjual air di tepi jalan, membuat jualan retail secara online, di kedai kosmetik sehinggalah menjual barang
bundle. Ibu bapa beliau sangat menyokong beliau dalam menceburi bidang perniagaan dan percaya bahawa dengan peniagaanlah kita dapat membantu lebih ramai orang dengan sedekah dan zakat.