Lebih dikenali sebagai Jakel Melaka di bawah nama syarikat Astij Tekstil Sdn Bhd, bisnes ini diuruskan oleh Zailiyaton Binti Haji Ali yang beroperasi secara rasmi pada 31 Julai 2007.
Premis berkeluasan 20,000 kaki persegi dibina untuk memberi keselesaan dan pilihan yang pelbagai kepada masyarakat setempat dan berdekatan.
Di bawah pengurusan Zailiyaton, cawangan beliau menerima tempahan dengan kuantiti yang banyak sambil mementingkan kualiti dengan menawarkan harga yang berpatutan.
Sebuah bisnes francais yang dibuka di Melaka yang menyediakan produk eksklusif dengan harapan untuk memberikan keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan.
Zailiyaton berada dalam industri tekstil ini, memastikan anda sekeluarga tampil anggun bergaya dengan fabrik eksklusif, trendy, dan terkini secantik bidadari.
Pada tahun 2023 sahaja , beliau telah mencapai hasil jualan sebanyak RM 9.8 Juta secara keseluruhan.
1. Penggunaan database berstruktur
Ada database sahaja tidak mencukupi. Selain memilikinya, Zailiyaton memahami bahawa database yang berstruktur memberikan keberkesanan yang lebih baik kepada bisnes kerana penyimpanan data menjadi lebih terancang, memudahkan pengaksesan dan analisis data. Ini memberi beliau kestabilan dan ketepatan dalam pengambilan keputusan bisnes, menyebabkan peratus keputusan yang lebih berjaya dalam langkah memajukan bisnes beliau.
Ia juga merangkumi elemen kritikal yang memastikan kesinambungan, ketangkasan, dan kemampuan bisnes untuk beradaptasi dengan perubahan semasa kerana bisnes beliau mampu mendapat data yang berkualiti melalui data berstruktur. Dari data berkualiti ini jugalah, bisnes beliau dapat merangsang pertumbuhan dan inovasi dengan menyediakan landasan data yang diperlukan untuk pembangunan produk, penambahbaikan proses, dan perencanaan strategik.
Dengan analisis data yang tepat, bisnes dapat mengenali corak dan trend, memandu strategi pertumbuhan. Ia juga menjadi sokongan kepada pertumbuhan bisnes Astij Tekstil Sdn Bhd atau Jakel Melaka yang telah terbukti berkembang pesat dengan wujudnya gudang tekstil yang dimiliki Zailiyaton.
2.Bersaing sihat bersama HQ
“ Kami memberikan layanan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Fokus kepada intangible value kerana kami susah menang dari koleksi dan produk dari pihak HQ sendiri.”
Keberkesanan bisnes francais dalam bersaing bersama HQ melibatkan pengukuhkan jenama melalui layanan mesra kepada pelanggan. Secara amnya, pelanggan mungkin lebih mudah untuk memilih HQ berbanding francais dalam proses membeli. Walaubagaimanapun, layanan yang berkualiti yang dipraktikkan oleh Jakel Melaka dapat meningkatkan kepuasan pelanggan, membina hubungan setia, dan mencipta imej positif terhadap bisnes ini menyebabkan sokongan berterusan daripada mereka.
Selain itu, penglibatan dengan standard dan nilai HQ memastikan konsistensi dalam penghantaran produk atau perkhidmatan. Dengan memperkukuhkan jenama bersama HQ tanpa mengkrompomi nilai yang diterapkan, francais mendapat sokongan dan bimbingan yang diperlukan. Ini bukan sahaja meningkatkan reputasi jenama secara keseluruhan tetapi juga membuka peluang untuk pertumbuhan dan ekspansi.
Zailiyaton percaya bahawa hubungan yang baik antara francais dan HQ adalah kunci kepada kejayaan dalam bersaing, dengan layanan mesra menjadi teras dalam mengekalkan dan memperluaskan pangkalan pelanggan bisnes beliau.
3.Latihan berjadual bersama team
Mengadakan latihan berjadual bersama team menjadi kepentingan buat Zailiyaton dalam memperkuatkan pertumbuhan bisnes. Ia juga sebagai perantaraan dalam membina kesedaran, peningkatan kemahiran, dan semangat kerja berpasukan. Selain itu, ia membantu meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam operasi harian.
Dengan penglibatan beliau dalam latihan ini, ia menyediakan platform perkongsian pengalaman dan pengetahuan, mendorong inovasi dan kebolehan menyesuaikan diri terhadap perubahan pasaran. Ini bukan sahaja memupuk budaya pembelajaran dalam organisasi tetapi juga meningkatkan daya saing. Zailiyaton, dalam hal ini, menitikberatkan idea yang diberikan oleh team atau staf beliau dalam mencuba sesuatu baru dalam bisnes.
Melalui strategi ini, team dan beliau dapat memahami visi dan matlamat bersama, membina kefahaman kolektif terhadap strategi bisnes. Ini mencipta kestabilan dan konsistensi dalam usaha mencapai kejayaan jangka panjang.
Kesimpulannya, latihan berjadual menjadi landasan untuk pembangunan sumber manusia, memperkukuhkan hubungan antara ahli pasukan, dan secara keseluruhan, menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan bisnes.
Biografi Zailiyaton Binti Haji Ali
Zailiyaton Binti Haji Ali merupakan seorang bekas pramugari selama hampir 10 tahun di Malaysia Airlines (MAS). Beliau mula berniaga secara sambilan melalui pengambilan stok di luar negara sepanjang beliau berkhidmat di industri penerbangan.
Beliau yang datang daripada keluarga biasa-biasa dibesarkan oleh seorang bapa yang mempunyai kerjaya sebagai penyelia FELDA di Segamat, Johor dan ibu yang berminat berniaga meskipun hanya seorang suri rumah. Zailiyaton sejak kecil lagi, menjadikan ibu beliau sebagai idola dengan keperibadian beliau yang suka bekerja keras.
Zailiyaton, dengan latar belakang pendidikan Professional Diploma in Business Management menggunakan pengetahuan yang beliau ada untuk berniaga mengikut musim terutamanya di waktu perayaan dengan mengambil produk Jakel untuk menjalankan penjualan beliau.
Semuanya bermula apabila ibu beliau yang merupakan pelanggan setia Jakel, gemar mengambil kain untuk dijual semula terutamanya kepada keluarga serta rakan-rakan dan jiran tetangga. Sambutan yang baik oleh mereka menyebabkan ibu beliau mengembangkan perniagaan di pasar malam di Felda-Felda sekitar Daerah Segamat sehingga beliau yang membantu ibu berniaga dalam industri ini ditawarkan untuk membuka cawangan di Negeri Melaka.