Sebuah perniagaan yang membantu membimbing pelajar yang lemah dalam subjek matematik. Aster EDU membantu murid mengubah gred mereka dari gagal kepada ‘A+’ dalam masa 7 hari. Bermula sebagai pusat tuisyen kecil-kecilan, hampir mustahil untuk mencapai jualan RM1 Juta yang pertama bermula tahun 2015 sehingga tahun 2021.
Penerbitan buku latihan matematik ‘Master Your Algebra’ pada tahun 2021 dengan kelebihan jawapan dalam bentuk video, menjadi pemangkin bisnes ini berkembang hingga menjadi institut yang menarik minat murid untuk belajar matematik.
Penubuhan yang diasaskan oleh Ra’fat Wajdy bin Muhammad (Rafat) bermula dengan jenama Ankaboot Academy yang bertapak di Jalan Platinum Seksyen 7, Shah Alam pada tahun 2015. Perkongsian visi bersama rakan Shahrin Zikri bin Shahrizman (Cikgu Shah) mencetuskan kolaborasi untuk menubuhkan Pusat Tuisyen Aster pada tahun 2018.
Najmie Naharuddin (Najmie) kemudiannya menyertai perniagaan ini sebagai rakan kongsi pada tahun 2019 dengan penambahan 2 buah cawangan lagi di Seksyen 19, Shah Alam dan USJ9, Subang Jaya. Tahun 2020 Aster didaftarkan sebagai Pusat Tuisyen Aster (M) Sdn Bhd.
Pahit manis tahun 2021 apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan, Aster telah menutup kesemua cawangan mereka dan membuka Flagship Center di Pusat Komersial Seksyen 7. Aster juga berjaya mencapai jualan RM 1 Juta pertama pada tahun yang sama.
2023, Aster dikenali sebagai Aster EDU dan berjaya mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 6 Juta setahun.
1. Membantu lebih ramai orang melalui kepakaran
Sewaktu kita mula berniaga, kita hampir perlu pakar segala subjek. Namun bila kita belajar dengan RichWorks, kita kena ada niche, kepakaran, dan kenali sasaran.
Melalui formula SIAPA dan kekuatan Aster secara keseluruhan, kita kena menjadi pakar dalam Matematik. Istilah “Lebih banyak produk, lebih baik perkembangan sesebuah perniagaan” adalah kesilapan ramai usahawan lakukan kerana hanya memikirkan duit masuk dari pelbagai sumber dan bukannya duit masuk dari satu perniagaan pelbagai model. Mereka tidak sedar bahawa lebih banyak perniagaan akan menggugat keberkesanan sesebuah perniagaan terutamanya apabila servis dan produk yang ditawarkan bukanlah kepakaran mereka tambah lagi tiada pemimpin dalam perniagaan tersebut.
Produk atau servis yang mendapat khidmat dari pakar dapat membantu dan menyelesaikan masalah pelanggan secara maksima. Jadi, sebuah perniagaan seharusnya mengenalpasti kepakaran mereka yang sebenar dan jadikannya sebagai unique selling point (USP) atau kekuatan mereka.
Aster EDU juga pernah mengalami masalah seperti ini, kita terus fokuskan kepada subjek kepakaran kami, iaitu subjek matematik yang lebih senang untuk kami sasarkan kepada pelanggan yang tepat iaitu murid yang gagal dalam subjek Matematik.
Pakar atau Pandai segalanya? Sejujurnya, bagi saya kualiti perlu diutamakan dalam sebuah perniagaan kerana itulah yang memberi kesan, membuatkan pelanggan lebih mengingati produk atau servis anda. Apa pendapat anda?
2. Trust The Process? Apa Prosesnya?
Perkara yang kedua paling sukar adalah ‘trust the process’, pada awalnya selalu kita mempersoalkan, “Apakah prosesnya? Aku bayar komitmen yuran setiap bulan ni.”
Namun, perubahan tak boleh berubah dalam sekelip mata. Malah, menjadi keutamaan kita adalah untuk mengubah sikap dan personaliti kita sebagai seorang pemilik perniagaan (business owner) dan ‘evolve’ menjadi pemimpin perniagaan (business leader) sama seperti konsep Metamorposis yang diterapkan oleh Datuk Wira.
Dalam perjalanan kita untuk ‘evolve’ , terlalu banyak yang perlu ubah. Aster telah menghadapi pelbagai jenis fasa dalam perniagaan, yang pertama sekali dan tersemat dalam ingatan bila hampir 99% staff Aster telah berhenti pada tahun 2021. Hal ini kerana tahap pemikiran mereka tidak boleh mengejar visi Aster untuk mencapai jualan jutaan ringgit. Sebagai pemimpin kita perlu teruskan mencari bakat baru untuk mengembangkan perniagaan Aster.
Fasa seterusnya adalah perkembangan model bisnes dalam Aster sendiri, selepas bakat baru mula menyertai Aster, dalam 3 tahun ini kita mula membina pelbagai bisnes model dari pasukan jualan, kepada pasukan tiktok LIVE, Affiliate dan pelbagai lagi model untuk memperkukuhkan jualan Aster secara keseluruhan.
Fasa perniagaan setiap orang adalah berbeda, tugas kita adalah untuk bermain “game” ini dengan lebih baik dari masa ke masa. Hari saya menulis ini pada Februari 2024, jualan terkini Aster adalah RM700,000 sebulan. Adakah kita patut sedih masih belum lagi mencapai jualan RM1 Juta setiap bulan? Tidak. Kita sepatutnya kita patut gembira dan lebih bersyukur kerana lihat balik jualan kami pada tahun 2020 secara keseluruhan adalah 700,000.
Alhamdulillah syukur sangat-sangat, TAPI kami belum berpuas hati selagi masih ramai murid yang buta matematik, dan matlamat utama kami adalah untuk menjadi berjaya seperti pemimpin perniagaan bertaraf dunia seperti Elon Musk, Jeff Bezos dan lain-lain.
3. Menyelaras Ilmu dan Kemajuan Teknologi ke dalam pendidikan
Berbeda dengan Singapura, Jepun, dan China yang telah mula beralih kepada Artificial Intelligent (AI). Namun, di Malaysia kita masih memerlukan buku fizikal berbanding e-book SERTA penggunaan teknologi yang tidak mudah diakses lagi seperti penggunaan ipad, Virtual Reality (VR) dan lain-lain. Namun begitu, kita berjaya integrasikan keperluan murid-murid di Malaysia dengan kemudahan teknologi sistem Jawapan dalam bentuk video.
Secara umumnya, dunia kita semakin maju dengan teknologi yang memudahkan dan meningkatkan produktiviti manusia secara pesat. Walaubagaimanapun, tingkah laku pelanggan masih perlu diambil kira. Persoalannya, adakah relevan untuk kita mengikuti negara lain yang kemajuannya lebih laju?
Memandangkan pelanggan Aster EDU adalah daripada Malaysia, mereka mengikuti perkembangan masa yang dialami oleh negara ini. Aster telah membuktikan bahawa mengikuti perkembangan masa amat penting tetapi mestilah diiringi dengan ilmu dalam memastikan apa yang sebenarnya dikehendaki oleh pelanggan.
Antara strategi yang digunakan adalah melalui Learning Management System (LMS) yang memudahkan pelajar untuk lebih memahami setiap soalan dalam buku Master Your Algebra. Hasil daripada bimbingan dan strategi yang bijak dan tepat oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman, Aster telah membantu lebih 1,000,000 pelajar dalam memahami subjek matematik.
Biografi Ra’fat, Shahrin, dan Najmie
Tiga sekawan ini mempunyai latar belakang yang berbeza meskipun mempunyai matlamat yang sama dalam meningkatkan perniagaan.
Ra’fat datang daripada keluarga yang bekerja di sektor kerajaan daripada ibu dan ayah hingga kesemua adik-beradik lain. Sebelum ini, beliau tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik. Beliau yang berkawan dengan Shahrin, melihat peluang untuk memulakan perniagaan setelah menamatkan pengajian melalui kepakaran yang mereka berdua ada.
Shahrin pula, pernah mengimpikan diri beliau menjadi seorang pendidik walaupun kemudiannya, beliau menceburi dalam bidang kejuruteraan dan bekerja di Petronas Melaka. Sambil menyelam minum air, beliau juga membuat kerja freelance dalam mengajar pelajar yang memerlukan kepakaran beliau.
Najmie pula, yang percaya kita perlu memulakan sesuatu berdasarkan apa yang ada dalam tangan, pernah bekerja sambilan mencari pendapatan melalui pengajaran tuisyen yang beliau lakukan di Pusat Tuisyen Aster. Duit yang beliau dapat digunakan untuk membayar duit kereta.
Ketiga-tiga mereka mengambil keputusan untuk menjadikan Aster EDU sebagai ruang untuk memberi manfaat kepada lebih ramai orang, serta kaya dan berjaya dalam perniagaan.