Bermula dengan sebuah pejabat kecil di Gong Badak, Terengganu, Anjung Impian Development Sdn Bhd telah diasaskan pada Disember 2022 yang berpakaran dalam bidang pembinaan rumah.
Ketua Pegawai Eksekutif, Hasni Ahmad pernah mengimpikan untuk menjadi seorang jutawan dan mempunyai hasrat dalam menjadi orang terkaya dalam keluarga dan masyarakat agar menjadi seorang yang boleh membantu untuk mereka yang memerlukan.
Beliau juga mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan ini bagi membina kediaman mengikut kehendak orang ramai dan memenuhi keperluan mereka sambil menjalani hidup yang selesa.
Pada tahun 2023, bisnes ini telah mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 4.39 Juta.
1.Keinginan tinggi untuk mencapai sesuatu
“Waktu PKP, saya bisnes owner yang terkesan dengan PKP. tertutuplah cerita dan ladang itik, ladang timun tutup. Saya jadi seorang penjual di pasar. Jadi itu adalah the bottom part dalam kehidupan saya waktu tu. Jualan hanya RM15- RM50 sehari. Masa tu nak hidup memang susah.”
“Memang fasa yang paling getir tapi saya fikir kena ada satu turning point dekat mana saya kena ubah. So dari situ saya nampak saya kena buat bisnes construction. Kenapa construction? Antara faktor utama adalah di kampung saya orang yang paling kaya adalah contractor.”
Sentiasa mencari peluang baharu dan menambah baik kehidupan, Hasni Ahmad tidak melupakan cita-citanya untuk menjadi individu kaya yang boleh menyumbang dan membantu orang ramai. Keghairahan yang terdorong dan sifat keinginan yang tinggi dalam dirinya membuatnya tidak senang dan puasa kerana tahu beliau tidak mencapai apa yang beliau inginkan dalam hidup.
Walaupun bergelar penjual di pasaran, fikiran itu berlegar di fikirannya di mana dia memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan drastik dalam kehidupan. Semudah melihat siapa orang terkaya dalam komuniti beliau dan apa profesion yang diambil, Hasni Ahmad mengambil faktor itu sebagai matlamatnya untuk menjadi seorang kontraktor.
Mengambil contoh daripada Hasni Ahmad, beliau merupakan individu yang mencipta matlamat untuk diri dan menghasilkan sasaran sendiri yang perlu dicapai walau bagaimana cara sekalipun. Sekiranya kita diletakkan di kedudukan beliau, adakah kita akan mempunyai kekuatan untuk pergi sejauhnya atau adakah kita menghalang diri sendiri tanpa mengetahui sejauh mana kita boleh berkembang?
2.Sentiasa mempertingkatkan diri
“Saya cakap, aku background financial. Why not aku belajar tentang engineering, construction. Jadi apa saya buat, saya tekan komputer tu, “mcm mana saya nak jadi kontraktor?” dan memang belajar. Hari demi hari, belajar sampai la saya tinggalkan bisnes ayam tu dan saya buka bisnes contractor masa tu.
Hasni Ahmad mempunyai visi dan mengambil peluang yang dibentangkan. Walaupun ada yang memberi alasan mereka tidak mempunyai pengetahuan atau pendidikan untuk menjadi seorang kontraktor, ia tidak menghalang beliau daripada memperoleh maklumat dan belajar sendiri sehingga pandai.
Walaupun pernah menjadi pengurus akauntan dan mempunyai latar belakang kewangan, beliau tidak menghadkan diri untuk terus ingin tahu dan melangkah ke dunia pembinaan. Beliau juga tahu kehausan ilmu yang ada akan sentiasa membuka perspektif yang berbeza dan dapat membantu dalam memperbaiki diri dan perniagaan demi masa depannya.
Apabila tiba masanya dengan ilmu yang ditimba, Hasni membuka perniagaan yang diimpikan dan kini menjadi idola kepada pemilik perniagaan yang beliau sendiri pernah mengidolakan. “Tiada yang mustahil” kelihatan seperti ayat yang biasa tetapi kisah seperti Hasni Ahmad ini yang memberi inspirasi dan dorongan terhadap sesiapa sahaja yang ingin berjaya terutamanya dalam perniagaan.
Dalam hidup, kita bertanggungjawab ke atas diri untuk menggigihkan diri menjadi seorang yang berjaya. Adakah kita mahu menjadi hebat atau mahu menjadi lebih hebat?
3.Mengambil tindakan pantas
“Anjung Impian ni saya dah buka Enterprise selama 3 tahun tapi masa tu masih buat sorang-sorang, buat rumah sendiri, semua sendiri. Anjung Impian ni tercetusnya bila saya fikir, masa tu pun sebenarnya syarikat tu pun dah nak collapse.”
“Collapse tu satu sebab saya dah penat, dan saya rasa cash flow, management dah bukan bisnes. Jadi masa tu lah tercetus Anjung Impian, saya belajar dengan RichWorks, masa tu la tercetus kita bukak terus syarikat Sdn Bhd dan jugak terbuka satu office kecil di Gong Badak.”
Hasni Ahmad, setelah belajar dan mengetahui bahawa ia tidak praktikal untuk memiliki pejabat yang dia miliki sebelum ini mengenai ukurannya kerana terlalu kecil , segera membuat keputusan bahawa dia perlu mencari pejabat yang baru dan beliau tahu bahawa dia tidak boleh membuang masa jika dia ingin mengembangkan perniagaannya.
“Satu bila saya belajar di BBB (Bina Bisnes Berjaya), saya nampak tiada sebab satu faktor ialah ruang office saya terlalu sempit. Hanya saya dan kerani saya. Esoknya, saya terus cakap dekat kerani saya, “Duduk office, kemas. Aku keluar, cari office baru.” Daripada 200 sq ft, saya tukar kepada 2000 sq ft.”
Apa yang akan terjadi sekiranya Hasni mengetahui apa yang harus dilakukan untuk mempercepatkan perkembangan perniagaan beliau tetapi langsung tidak membuat keputusan yang cepat?
Peluang mungkin merosot tetapi beliau menguruskan masalah yang ada di tangan sendiri. Hasilnya, beliau membina perniagaan yang membolehkannya menjadi orang yang pernah beliau bercita-cita dan impikan.
Biografi Hasni Ahmad
Hasni Ahmad merupakan seseorang yang mempunyai impian tinggi dalam menjadi seorang jutawan. Beliau selalu terfikir cara untuk merealisasikan impian tersebut dan mencuba pelbagai bisnes seperti menternak itik, membuka ladang timun, dan juga pernah menjual ayam di pasar.
Beliau mempunyai latar belakang dalam bidang kewangan dan pernah bekerja di Petronas sebagai Accounting Manager.
Selepas membuat keputusan untuk membuka perniagaan pembinaan rumah dan menjadikan RichWorks International sebagai tempat untuk menimba ilmu bisnes, Tuan Hasni lebih jelas dalam selok-belok perniagaan beliau dan berhasrat untuk mengembangkan lagi team beliau.
Tuan Hasni menyertai program RichWorks International, Bina Bisnes berjaya dan mendaftar untuk menjadi ahli SPIRE, antara program mentorship yang disediakan dan kemudiannya menyertai TITAN circle pada tahun 2023.