Anjang Global Sdn Bhd yang beroperasi di Temerloh, Pahang beroperasi memberikan perkhidmatan dalam bidang pemasangan dan pembuatan aluminium dan cermin yang biasanya diperlukan di rumah kediaman, sekolah-sekolah dan sebagainya.
Syarikat ini juga dikenali sebagai Anjang Jaya yang ditubuhkan sejak tahun 2003 di mana Pengarah Urusan, Akmal Bin Mohd Tamili telah mengambil alihnya daripada ayah beliau sendiri.
Dengan moto Anjang Jaya, “Pakar Aluminium Anda’ selari dengan pengamalan mereka dalam mengendalikan kerja-kerja berkaitan produk aluminium selama lebih daripada 10 tahun, bisnes ini cukup mementingkan kekemasan dan ketilitian bagi memastikan kepuasan pelanggan pada tahap maksimum.
Setakat ini, Anjang Jaya telah berkhidmat kepada lebih 5000 orang pelanggan dan telah mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 1.3 Juta pada tahun 2023.
1. Sistem gaji online
“Dulu tiada sistem gaji. Hanya pakai secara manual. Kira gaji manual. Sekarang dah ada kakitangan.com, nak apply boleh pakai phone sahaja.”
Era digital makin memudahkan, baik untuk aspek peribadi mahupun kepada bisnes. Ketika penggunaan teknologi digital semakin meningkat terutamanya pada zaman pandemik covid-19, Anjang Jaya juga tidak ketinggalan dalam menerjun ke arah perubahan ini.
Tangkas dalam memperoleh idea, Akmal Tamili menggunakan Kakitangan.com sebagai platform untuk mengira gaji staf yang menjadi lebih mudah untuk semua pihak. Platform ini juga menyenangkan pengurusan sumber manusia dengan menyediakan servis untuk pengurusan kehadiran, cuti, dan prestasi pekerja sekaligus menjimatkan masa, mendorong kepada produktiviti yang tinggi di kalangan staf.
Selain itu, platform ini memastikan agar tiada lagi isu lambat bayar apabila tiba hari gaji agar staf berasa puas hati dengan penjagaan kebajikan yang diberi oleh syarikat.
Kebaikan yang didapati melalui platform ini juga adalah penyediaan pilihan pematuhan automatik terhadap polisi dan prosedur pekerjaan dan menyediakan akses mudah kepada maklumat staf dan dokumen berkaitan, menjadikan pengurusan data pekerja lebih cekap dan tersusun.
2. Sistem akaun online
“Sebelum ni tiada autocount. Jadi dari segi account dan stocktake, kita dah ada stocktake.”
Mungkin ramai yang fikir bahawa akaun dalam bisnes hanya untuk kira jualan dan gaji staf sahaja walaupun sebenarnya ia lebih daripada itu. Fungsi akaun selain dapat mengenalpasti kedudukan kewangan syarikat, dapat membantu dalam membuat analisa dan perancangan untuk ketahui bahawa bisnes mengalami keuntungan atau kerugian. Ia juga memudahkan syarikat untuk membuat analisa dan perancangan yang meilbatkan aktiviti pemasaran dan kos-kos tersembunyi.
Akmal, yang mementingkan produktiviti, mengambil langkah menggunakan platform AutoCount yang menyediakan sistem perakaunan untuk memastikan ketelusan dalam pengurusan bisnes.
Bukan sahaja bisnes beliau mula menguruskan inventori dengan lebih cekap, bilangan stok yang ada juga lebih boleh dipercayai, menjadikan pengurusan teratur untuk membuat pesanan stok yang baru.
Dengan itu, penggunaan AutoCount menjadi faktor pertumbuhan bisnes yang membantu meningkatkan efisiensi, kesan operasi, dan memperluaskan potensi Anjang Jaya sehingga dapat menjadi bisnes bernilai jutaan ringgit.
3.Trademark dan pendaftaran logo
Penghasilan logo bukanlah perkara mudah kerana kebanyakan bisnes pastinya mengupah orang untuk menghasilkan sebuah identiti yang tepat untuk melambangkan bisnes mereka. Walaubagaimanapun, isu logo hampir sama atau ditiru secara bulat-bulat masih ada kerana pihak luar dapat menggunakannya secara bebas. Ini berlaku kerana tiada trademark yang dilakukan oleh bisnes yang sedia ada.
Akmal Tamili, menitikberatkan identiti jenama beliau, mengambil langkah untuk mendaftar logo beliau di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), untuk melindungi perniagaan beliau sebagai sebuah entiti. Proses ini bukan sahaja memberikan hak eksklusif terhadap identiti visual bisnes, tetapi juga mencegah pihak lain menyalahgunakan reka bentuk yang dicipta sendiri.
Beliau yang mempunyai aspirasi untuk memperluaskan bisnes ke peringkat antarabangsa, dapat memastikan hak ini terjaga dari awal lagi di pasaran global.
Sejak pendaftaran ini, Anjang Jaya telah membina asas kukuh dalam penjenamaan, kepercayaan terhadap pelanggan terutamanya sekitar Pahang, dan telah mengalami kemajuan yang pesat sehingga dapat cecah memberi perkhidmatan kepada lebih 5000 orang pelanggan.
Biografi Akmal Bin Mohd Tamili
Anak bongsu daripada dua orang adik beradik, Akmal Tamili datang daripada keluarga yang biasa-biasa.
Dari kecil lagi, beliau diajar oleh ibu bapa beliau untuk berusaha sendiri untuk mendapat sesuatu yang diinginkan menyebabkan beliau kenal erti bekerja keras. Beliau juga merupakan seorang yang tidak suka mengharapkan ibu bapa.
Akmal Tamili yang merupakan lepasan sekolah Vokasional di Temerloh, Pahang menyambung pengajian dalam Diploma Pengurusan Integrasi Pembinaan Bangunan di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kemudian, beliau menyambung lagi ke peringkat ijazah dan sarjana di universiti yang sama.
Dari aspek kerjaya, beliau telah mula bekerja bersama ayah sebagai pekerja biasa dalam perkhidmatan pemasangan, pembuatan, dan konsultasi bagi aluminum sebelum mengambil alih syarikat Anjang Global Sdn Bhd.
Kepakaran beliau terbina dari pengalaman ini yang lebih faham secara mendalam tentang selok-belok perniagaan yang diwarisi.