Akademi Al-Quran Amalillah atau AKMAL, syarikat yang terlibat industri Pendidikan Tahfiz Al-Quran ini dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Mohd Saifullah Bin Husin. Syarikat yang mempunyai HQ di Terengganu ini kini mempunyai 7 cawangan termasuk di Terengganu, Selangor, dan Johor. Dan ditubuhkan pada tahun 2018.
Syarikat ini beroperasi secara offline dan online dan ditubuhkan untuk yang membantu kanak-kanak seawal 7 tahun mencapai misi untuk menjadi hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh satu tahun insyAllah.
Modul AKMAL direka khas untuk menangani masalah lambatnya proses penghafalan 30 juzuk Al-Quran oleh anak-anak. Isu yang kadangkala menyebabkan kekangan dalam pencapaian prestasi akademik lain, menghakis perancangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Dengan mengaplikasikan strategi Speed Tahfiz Program, Modul AKMAL menyajikan pendekatan yang unik dengan mengintegrasikan sistem hafalan, dorongan motivasi harian, kajian pelajar yang berfokus, dan pengurusan psikologi.
Impian AKMAL, ingin melihat, para pelajar menjadi hafiz 30 juzuk Al-Quran di usia muda sebelum mereka melangkah ke peringkat menengah. Dengan sasaran melahirkan 3000 Huffaz Al-Quran setiap tahun menjelang 2027, AKMAL berkomitmen untuk menjadikan impian ini kenyataan, memberi dorongan kepada para pelajar dalam mencapai pencapaian besar.
1. Strategi modul berkesan
Memiliki strategi yang efektif adalah kunci kejayaan dalam mencapai matlamat melahirkan penghafaz Al-Quran dalam tempoh setahun bagi Akademi Al-Quran Amalillah. Strategi menyediakan hala tuju yang teratur dan membantu mengatasi cabaran yang mungkin timbul.
Pertama, dengan strategi yang terancang, proses pembelajaran dan pengajaran Al-Quran dapat disusun dengan cermat, memastikan pokok-pokok hafalan disusun secara sistematik. Sebagai contoh, AKMAL menyediakan Modul Mudah yang mudah dah menyenangkan untuk bakal penghafaz agar mereka dapat mencapai matlamat untuk melahirkan lebih ramai Huffaz Al-Quran.
Selanjutnya, melalui strategi yang disusun, AKMAL melaksanakan 6 rukun hafiz dalam menjaga kualiti bacaan dan hafalan pelajar dari hari pertama mereka belajar di Akademi hingga selepas mereka tamat belajar. Pendekatan pembelajaran yang inovatif dan berkesan dan bersifat interaktif dapat meningkatkan minat dan penyampaian pembelajaran yang lebih berkesan.
Selain itu, strategi dapat menyertakan elemen sokongan sosial, termasuk kelompok pengajian dan mentor, untuk memberikan dorongan moral dan kerjasama antara penghafaz. Kesemuanya, strategi adalah landasan penting dalam menyusun langkah-langkah yang berkualiti, memberikan keyakinan kepada mereka yang ingin mencapai matlamat mulia ini dalam tempoh setahun. Dengan strategi yang mantap, kejayaan dalam melahirkan penghafaz Al-Quran dapat dicapai secara berkesan dan berdaya maju.
2.Penyediaan kemudahan
Kemudahan asrama oleh Akademi Al-Quran Amalillah mencipta persekitaran pembelajaran yang optimal dan memenuhi keperluan pelajar. Pertama, asrama menyediakan tempat tinggal yang selesa dan selamat, membolehkan pelajar memfokuskan perhatian mereka sepenuhnya pada pembelajaran tanpa menghadapi cabaran logistik harian seperti pengangkutan. Selain itu, kemudahan asrama juga memupuk kehidupan sosial dan hubungan antara pelajar, membentuk komuniti pembelajaran yang mesra dan saling memberi sokongan.
Asrama juga menyediakan akses yang lebih mudah kepada kemudahan pendidikan dan fasiliti sokongan, seperti pusat pembelajaran. Ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar dengan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan penyelidikan.
Selanjutnya, kehadiran staf pengawas asrama dan kaunselor boleh memberikan bimbingan dan sokongan emosi kepada pelajar, membantu mereka mengatasi cabaran dan mencapai keseimbangan dalam kehidupan seharian.
Kemudahan asrama bukan hanya tempat tinggal tetapi juga tempat di mana pelajar membangunkan keterampilan sosial dan kepimpinan. Dengan menyediakan kemudahan asrama yang berkualiti, sebuah akademi memberikan peluang kepada pelajar untuk berkembang secara holistik, memastikan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh dan berdaya maju. Hal ini menyebabkan akademi ini menjadi pilihan ibu bapa untuk memasuki anak-anak mereka ke tempat yang dipercayai.
3.Mempamerkan hasil
Memasarkan hasil pelajar-pelajar yang berjaya menhafaz Al-Quran adalah penting dalam konteks bisnes pendidikan dan pengajaran Al-Quran. Pertama, ini membentuk imej positif dan reputasi akademi atau institusi pendidikan Al-Quran. Hasil kejayaan pelajar mencerminkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang diberikan, yang dapat menarik perhatian bakal pelajar dan ibu bapa yang mencari tempat pembelajaran berkualiti.
Kemudian, pemasaran kejayaan hafazan Al-Quran boleh menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada pelajar yang sedang mempertimbangkan untuk menyertai program tersebut. Testimoni kejayaan ini memberikan bukti tentang keberkesanan kaedah pengajaran dan kesungguhan institusi dalam membimbing pelajar mencapai matlamat hafazan Al-Quran.
Inilah pendekatan atau strategi yang digunakan oleh Akademi Al-Quran Amalillah iaitu mempamerkan hasil dan keluaran pelajar mereka di laman web rami untuk memupuk kepercayaan dan keyakinan prospek terutamanya ibu bapa yang mencari akademi yang boleh membantu anak-anak mereka celik menghafaz Al-Quran.
Kejayaan pelajar mereka sekaligus dapat dapat menarik lebih banyak pelajar baru, meningkatkan pendapatan, dan membantu pertumbuhan dan perkembangan jangka panjang institusi pendidikan Al-Quran. Oleh itu, memasarkan hasil pelajar yang berjaya menhafaz Al-Quran bukan hanya mengenai pencapaian peribadi, tetapi juga berperanan sebagai strategi bisnes yang mempromosikan dan menyokong pertumbuhan institusi secara menyeluruh.
Biografi Ustaz Saifullah
Ustaz Saifullah datang daripada keluarga biasa-biasa. Ayah beliau merupakan seorang peniaga dan ahli politik dan juga pendakwah pada masa yang sama. Ibu beliau adalah seorang guru bahasa Inggeris di sbeuah sekolah agama swasta dan aktif bergiat dalam kerja-kerja dakwah dan kebajikan.
Ayah beliau inginkan anak-anak beliau mampu berniaga sambil menjalankan kerja-kerja dakwah dan kebajikan.
Ustaz Saifullah kini seorang Al-Hafiz Al-Quran dan memperoleh Bachelor’s Degree dalam kursus pengajian Islam di Universiti Al-Ulum Yaman dan pernah bekerja dalam perniagaan keluarga iaitu kedai lampu dan kipas hiasan selama 2 tahun. Beliau kemudian sambung belajar di peringkat Master dalam bidang Quran dan Sunnah di International Islamic University Malaysia (IIUM), Gombak. Selepas tamat pengajian, beliau membuat keputusan untuk berniaga menjual kesihatan secara online.
Tertarik melihat cara hidup ayah beliau yang bebas dalam pekerjaannya dan kemampuan untuk aktif dalam gerak kerja dakwah dan kebajikan membuatkan beliauq mempunyai mindset dan cara fikir yang sama. Beliau mulakan bisnes AKMAL kerana merupakan impian sekeluarga yang ingin membuka sebuah pusat tahfiz yang berjaya melahirkan ramai huffaz Al-Quran pada masa akan datang.