Sebuah syarikat pembinaan di Ipoh, Perak, dengan jenama AHB Group , dimiliki oleh Ali Husin & Bros Sdn Bhd (www.NakBinaRumah.com ) diuruskan oleh Mohd Hawarie Bin Tan Muzi. Dikenali sebagai Tuan Warie.
Dengan pengalaman beliau di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) selama 6 tahun, beliau dapat membantu dalam merealisasikan rumah impian yang dibina di atas tanah sendiri.
Bermula daripada bawah, Tuan Warie pernah merasai sebuah kejayaan dan kejatuhan sebelum bangun semula untuk membina bisnes.
Beliau yang hampir kehilangan ramai staf dan akhirnya tinggal satu-satunya pekerja yang ada, kini telah mempunyai 20 staf yang bekerja bersama beliau.
Pada tahun 2023, bisnes ini telah mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 1.9 Juta dengan kontrak tahunan sebanyak RM 6 Juta dan kini beralih menjadi TITAN di RichWorks daripada SPIRE.
Dengan perniagaan membina rumah atas tanah sendiri mengikut reka bentuk kemampuan pelanggan, Tuan Warie ingin pelanggan mereka berasa puas hati dari awal servis sehinggalah pengakhiran siap pembinaan rumah.
Dengan komitmen ini, AHB Group menjadi teladan kejayaan dalam industri pembinaan di Perak.
1. Lawatan ke syarikat lain dalam Circle
“Belum tentu kata-kata kita ni staf kita akan nampak. Saya nak team ada impian dalam hidup masing-masing jadi saya bawa mereka ke syarikat pembinaan lain untuk ada misi supaya sama-sama bina syarikat kami”
Setakat berkata-kata mungkin mereka tidak jelas tetapi apabila membawa mereka melihat syarikat lain, ia memberi penglihatan yang cerah kepada staf. Tuan Warie yang berimpian untuk membina satu team yang hebat mempunyai visi agar mereka bersatu minda dalam syarikat industri pembinaan.
Beliau memberi peluang kepada staf untuk melihat sendiri contoh syarikat pembinaan yang sudah berjaya untuk tanamkan visi mereka kepada syarikat dan visi peribadi yang ingin dicapai. Dengan adanya matlamat yang terbina, Tuan Warie mengambil inspirasi menggunakan semangat tersebut untuk melatih staf beliau dalam mencapai impian mereka.
Strategi ini dalam membina Key Leaders dan Team membenarkan mereka melihat ‘career path’ yang lebih mendalam agar mereka tahu langkah batu loncatan seterusnya untuk mencapai sebuah jawatan dalam syarikat.
2. Perbincangan bersama ‘circle’ yang sama industri dan yang lain
“Bila nak tingkatkan bisnes, masa saya banyak bersama circle sebab saya nak capai lebih lagi macam mereka”
Tuan Warie , sentiasa mengelilingi diri beliau dengan Circle usahawan yang lebih berjaya di dalam Circle RichWorks agar dapat belajar perkara betul yang dibuat oleh mereka. Sebagai usahawan, ada masa akan terlepas pandang terhadap perkara betul yang boleh dilakukan.
Tidak memberi ruang untuk hal itu berlaku, Tuan Warie sentiasa bertanya kepada rakan usahawan tentang pendapat mereka akan strategi apakah yang betul.
Beliau pernah mempunyai isu pengambilan staf dan buntu ketika salah membuat pemilihan dengan mengambil staf setakat sekadar boleh bernafas dan boleh membuat kerja.
Setelah belajar bersama RichWork dan mengetahui rakan usahawan yang pernah ada masalah sama, beliau dapat mengatasi masalah tersebut.
Tuan Warie mula mengorak langkah dalam membina team sales yang betul dan terus belajar tentang pembinaan syarikat tentang 7 Pillar dalam perniagaan termasuk tata cara betul dalam pengurusan sumber manusia .
Kesilapan mengajar beliau untuk tidak mengambil sebarang pekerja tanpa mengenalpasti personaliti dan memberi ‘ job description’ yang betul. Pernah suatu masa, ada pekerja meminta bekerja sebagai ‘cleaner’ tetapi beliau memberi tawaran yang salah iaitu sebagai pegawai jualan.
3. Ujian personaliti
“Saya guna personaliti test seperti yang telah dibimbing oleh Richworks supaya senang untuk saya kenal karakter setiap staf tu dan tahu bagaimana nak uruskan mereka dengan lebih baik”
Proses pengambilan staf bukan hanya setakat mengambil secara suka-suka kerana memakan masa.
Antara proses yang tidak dititikberatkan adalah personaliti
test di mana usahawan dapat mengenalpasti karakter yang diperlukan kepada team syarikat mereka.
Ujian ini, selain dapat membantu dalam mempercepatkan masa pengambilan, juga menilai takat mana seorang pekerja itu dapat menyesuaikan diri dengan syarikat.
Ini juga digunakan sebagai penentu dalam cara pekerja itu berinteraksi dalam team, mempengaruhi bagaimana sebuah karakter dapat membantu staf lain apabila krisis berlaku.
Sehingga kini, AHB Group masih menggunakan ujian ini untuk mengenalpasti bakat bagi membantu perusahaan dalam membuat keputusan rekrutmen yang lebih baik, demi meningkatkan staf yang lebih berkualiti.
Biografi Mohd Hawarie
Tuan Warie, yang berasal dari Ipoh, Perak, mulakan perjalanan hidup selepas tamatnya persekolahan di SMK Anderson Ipoh. Beliau pernah membantu emak menjual kuih, bekerja sebagai pekerja kilang, jurujual jalanan, pekerja peniaga gerai nasi lemak dan menyambung pengajian di Akademi Laut Malaysia (ALAM) sebagai seorang Pembantu Jurutera Injin Marin di bidang perkapalan anak syarikat Petronas.
Beliau berkecimpung dalam bidang perkapalan dan pelayaran selama 4 tahun. Setelah kontrak berakhir dengan (MISC) Malaysia International Shipping Corporation, beliau memulakan kerjaya sebagai penyelaras operasi di sebuah syarikat pemaju perumahan dan pembinaan di Ipoh Perak.
Demi merealisasikan impian ayah untuk bekerja di sektor kerajaan, beliau bekerja sehingga berjaya menjadi anugerah pekerja cemerlang dari tahun 2004 hingga tahun 2007 yang disampaikan oleh Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Merupakan anak sulung daripada 7 adik beradik, Tuan Warie awalnya telah mengenal erti menjadi pejuang seorang pemimpin.
Tanpa pengalaman yang cukup Tuan Warie menemukan minat beliau dalam perniagaan dalam industri Kontraktor kejuruteraan awam dan pembinaan.
Pada tahun 2009 beliau belajar mengenal potensi diri dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman di dalam Program RichWorks dalam program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejyaan (IMKK) dan seterusnya beliau menyertai Program Mentorship Platinium bersama isteri beliau, Haryana Yunus .
Pada tahun 2010, Tuan Warie dengan beraninya memutuskan untuk melibatkan diri sepenuh masa dalam bisnes sebagai kontraktor dan bekerjasama dengan sektor kerajaan sehingga mencapai jualan besar sehingga RM 6 juta. Ketika itu beliau amat bersyukur mampu menaja ibu beliau mengerjakan haji sebanyak beberapa kali termasuk ibubapa mertua dan ahli keluarga bagi mengerjakan umrah serta membawa mereka bercuti ke luar negara bersama sama .
Namun, perjalanan tidak seperti yang diharapkan, beliau mengalami zaman kejatuhan sehingga hilang hampir semua staf sehingga tinggal seorang.
Beliau dan isteri cuba membuat perniagaan lain dalam industri komestik namun mengalami kerugian dan berhutang dengan banyak pada tahun 2017 hingga 2021.
Beliau ketika itu tidak mencapai RM 1 Juta pertama tetapi hidup yang dibebani RM 1 Juta Hutang pertama.
Bangkit semula dari kekangan hidup, beliau cuba mengayuh sedikit demi sedikit. Perkara pertama yang beliau lakukan adalah mencari ilmu dengan bermentor dan mempunyai Circle yang betul adalah penting untuk meningkatkan diri semula.
Beliau tahu beliau masih ada peluang lagi untuk menjadi usahawan berjaya kerana pernah melakukannya. Kini, terbukti bahawa kejatuhan tidak bererti akan jatuh selamanya.
Sekiranya ada keinginan yang kuat tidak mudah putus asa , rasa tidak selesa tidak dan puas hati dengan hidup yang sekarang mahu berusaha, selagi itu impian boleh dicapai.