ADDAR GLOBAL SDN. BHD. (Nor Haslinda Rosli)

ADDAR GLOBAL SDN. BHD. merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan kulit wajah di bawah jenama AdDar Beauty. Diasaskan oleh Norhaslinda Rosli, hasil kajian masalah yang telah beliau lakukan sendiri bersama pakar kecantikkan kulit, terciptalah satu produk dengan bahan-bahan yang menggunakan Teknologi Terkini serta Premium Kualiti.

Setiap barangan keluaran AdDar Beauty mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan menggunakan teknologi yang di import khas dari luar negara seperti Swiss, Brazil dan juga Korea bagi membantu merawat masalah kulit wajah terutamanya wanita. Hasil penggunaan produk tersebut membuatkan kulit kelihatan cantik dan makin berseri-seri.

Kak Lin : Suatu Masa Dahulu

Norhaslinda Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lin merupakan anak seorang tentera dan suri rumah. Membesar sebagai anak tentera menjadikan Kak Lin seorang yang berdisiplin dan kental dalam menjalani kehidupan seharian.

“Arwah ayah saya adalah seorang tentera dan ibu saya adalah seorang suri rumah tangga. Namun selepas ayah saya meninggal, ibu saya melakukan beberapa kerja dan juga adakalanya berniaga seperti menjual nasi lemak dan kuih muih untuk membesarkan kami 2 beradik.”

“Membesar sebagai anak tentera menjadikan saya seorang yang berhati kental kerana saya terpaksa hidup berpindah randah dan dalam masa yang sama saya di didik dengan disiplin yang tinggi. Arwah ayah amat tegas soal disiplin menjadikan saya seorang yang kuat semangat dan tidak mudah goyang dengan cabaran dalam kehidupan dan bisnes khususnya.”

Setelah tamat persekolahan, Kak Lin memulakan kerjaya beliau dalam bidang perhotelan di beberapa hotel bertaraf 5 bintang. Selepas beliau berumah tangga, Kak Lin berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.


“Pada asalnya saya pernah bekerja suatu ketika dahulu di dalam bidang perhotelan selama 6 tahun. Selepas berkahwin saya telah menjadi suri rumah tangga hampir 5 tahun setelah berhenti bekerja pada tahun 2009.”

Ditinggal Suami Setelah Bersalin

Setelah berumah tangga, Kak Lin menjangkakan kehidupan beliau akan bertambah baik. Demi menjadi isteri yang lebih baik, Kak Lin berhenti dari pekerjaan beliau untuk lebih fokus kepada keluarga kecilnya. Namun, beliau diuji dengan ujian yang hebat di mana Kak Lin ditinggalkan oleh suami setelah beliau bersalinkan anak pertama.

“Saya berkahwin masa umur 30 tahun. Saya seorang ibu tunggal. Saya ditinggalkan suami selepas saya melahirkan anak. Anak saya keluar sahaja di atas muka bumi ini, saya ditinggalkan.”

“Ketika itu, saya masih lagi dalam keadaan bertenang sebab saya tahu keluarga saya masih ada. Mak dan adik saya sentiasa membantu dari segi perbelanjaan dan sedikit savings yang saya ada.”

AdDar Beauty Resources

Dengan keadaan hidup yang semakin mendesak, hari demi hari duit simpanan Kak Lin semakin sedikit. Tanpa apa-apa latar belakang dalam bidang perniagaan, Kak Lin memulakan perniagaan beliau dengan menjual kek secara kecil-kecilan.

“Dari tahun 2010 sampai 2013 tu saya mula berniaga kek. Tapi saya tak 100% fokus dalam berniaga, saya just buat kek suka suka untuk tambah duit je. Saya lebih fokus kepada anak sahaja. Sampai satu tahap tahun 2014 tu, saya tengok duit dalam akaun ni makin lama makin kurang. Waktu itu lah saya terdetik sebab saya dah kira tahun akan datang anak dah besar, perbelanjaan kita macam-mana, kehidupan kita macam mana?”

“Jadi saya ambil tindakan drastik, saya tak nak kehidupan yang susah. Saya tak suka meminta. Apa sekali jadi pun, kita kena usaha sebelum benda tu jadi teruk. Tengah ada sikitsikit ni, kita bertindak. Dan saya tanya, macam mana saya nak bagi yang terbaik untuk anak saya sebab saya tak bekerja. Saya tak ada income.”

Kemudian beliau mendapat ilham untuk mengeluarkan produk kecantikan wajah kerana Kak Lin sedar terdapat ramai orang di luar sana terutamanya wanita menghadapi masalah kulit wajah yang rosak akibat daripada penggunaan bahan merkuri yang merbahaya.

“Tercetusnya idea untuk mengeluarkan produk kecantikan pada ketika itu, pada awalnya adalah kerana hendak memberikan rawatan kulit wajah yang lengkap hanya dengan menggunakan 2 produk sahaja. Saya menyedari hakikat rupanya banyak produk kecantikan di pasaran yang tidak selamat serta tidak mengikut piawaian dari pihak berkuasa.”

“Perkara ini membuatkan saya rasa bertanggungjawab untuk membantu wanita yang mengalami masalah kulit akibat tersalahpakai produk. Pada ketika itu juga terlalu banyak berita yang dikongsi di media sosial berkenaan mangsa pemakaian produk terlarang.”

Jadi Kak Lin menghasilkan produk Sabun Magnetic. Satu sabun yang menggunakan teknologi magnet dari Brazil yang mampu menarik logam berat yang melekat atas kulit wajah. Khas buat mereka yang mengalami masalah kulit rosak akibat penyalahgunaan produk yang berkimikal tinggi dan terlarang.

“Status ibu tunggal pada ketika itu juga lebih menguatkan keazaman untuk mengubah nasib keluarga. Saya berazam agar kejayaan saya suatu hari nanti dapat memberi inspirasi kepada golongan ibu tunggal yang senasib dengan saya.”

Sehari Satu Parcel

Perniagaan yang disangkakan akan mengubah hidup Kak Lin, tidak menunjukkan apa-apa impak positif. Jualan produk sabun magnetik tersebut terlalu perlahan. Beliau hanya mampu menjual hanya satu parcel sahaja sehari. 20 kotak sabun sahaja yang mampu terjual dalam masa satu bulan.

“Sewaktu saya baru berniaga, jenama masih tidak dikenali. Saya berusaha menjual di kalangan sekeliling saya, orang terdekat saya, namun ada yang hanya ambil secara percuma sahaja sabun saya dalam amount yang banyak dengan alasan hendak menarik kawan-kawan untuk mencuba namun akhirnya dia tidak memberi apa-apa jualan dan saya menanggung kerugian. Ada juga rakan-rakan yang menjauhkan diri dan tidak respon kepada mesej saya bila saya bercakap berkenaan produk saya.”


“Bayangkan saya berniaga untuk mencari duit bagi menyara keluarga saya tetapi saya langsung tidak ada keuntungan dan malah terpaksa menanggung kerugian. Produk sudah menghampiri tarikh tamat tempoh dan situasi ini betul-betul mencabar mental dan emosi saya.”

“Cabaran paling teruk ialah saya tak tahu hala tuju bisnes yang saya buat. Produk keluaran saya hanya terjual 20 kotak saja sebulan. Saya tak tahu langsung apa itu pemasaran dan macam mana saya nak habiskan stok yang masa tu hanya 1000 kotak saja di awal saya berjinak dalam bisnes.”

“Saya juga pernah ditipu dengan individu yang kononnya hendak membantu perniagaan dengan menawarkan perkhidmatan pemasaran, tetapi langsung tidak mendatangkan hasil. Duit pula semakin habis dan tiada pulangan diperolehi, apatah lagi keuntungan. Keadaan semakin lama semakin mencabar.”

IMKK 2015

Buntu dengan situasi yang dihadapi dan tidak mahu perniagaan yang diusahakan gulung tikar beliau mengambil keputusan menyertai kelas anjuran RichWorks. Kak Lin mula mengenali RichWorks dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman melalui rakan beliau yang telah pun terlebih dahulu menyertai program di bawah anjuran RichWorks.

“Produk saya tak terjual, kononnya kalau saya buat produk akan terjual tapi tak terjual pun disebabkan kebodohan saya. Saya memang tak tahu marketing langsung.”

“Saya mula join program RichWorks pada bulan Oktober tahun 2015.Pada ketika itu saya menyertai program Intensive Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK). IMKK 2015 was very amazing! 4 hari pada waktu itu dan baru saya tahu kenapa saya tak boleh ubah hidup saya, sebab saya hidup dalam keadaan dendam, marah dan ketidakpuasan hati saya.”

“Saya membuang masa bertahun-tahun menanti benda yang tak pasti. Saya memarahi diri saya sendiri, saya tak nak majukan diri saya sendiri dan hidup dalam keadaan yang saya tak bergerak ke mana-mana. Jadi saya dapat rasakan waktu IMKK tu, saya menjerit sekuat hati.”

“Saya rasakan, ‘Ya Allah, this is enough. I must move forward. I tak boleh dah macam ni dan I tak boleh menanti orang yang tidak pasti akan datang. Saya dah buang masa menanti seorang lelaki yang meninggalkan saya selepas saya melahirkan anak saya. Dan saya cakap juga pada Allah, saya maafkan dia.”

MMM & SPIRE

Selepas tamat sahaja program IMKK selama 4 hari, Kak Lin membuat keputusan untuk menyertai program Millionaire Marketing Mastery (MMM), sebuah program yang berlangsung selama 3 hari yang menekankan tentang teknik-teknik pemasaran yang berkesan.

“Lepas itu saya beranikan diri lagi, dengan sisa-sisa duit yang saya ada, itulah ngam-ngam dalam akaun, saya daftar kelas MMM, petang sebelum kelas itu baru saya bayar. Saya memang tak ada duit lagi dah, saya siap tanya adakah something miracle will be happen tak, sebab saya betul-betul tak tahu apa yang perlu saya buat.”


“Setelah enam bulan mendapat tunjuk ajar daripada Dr. Azizan, jualan produk saya meningkat sedikit demi sedikit. Dapat antara RM30,000 hingga RM50,000 sebulan. Masa tu saya rasa, saya dah cukup hebat dah jadi saya tinggalkan RichWorks dalam masa tempoh dua tahun 2017 dan 2018.”

“Pada peringkat awal saya hanya bekerja berdua sahaja bersama rakan kongsi. Apabila team sudah semakin grow saya fikir mereka pekerja dan saya adalah boss jadi saya hanya perlu beri arahan sahaja. Ini membuatkan saya selalu marahmarah dan tidak membimbing mereka serta tidak berkongsi dengan mereka apa expectation saya.”

“Lama kelamaan ramai staf yang berhenti. Selepas saya dibimbing barulah saya tahu tugas seorang leader bukan hanya mengarah dan marah tetapi membimbing dan menunjuk jalan ke mana hala tuju syarikat. Leadership adalah ‘Lead the Ship’. Saya adalah ketua kapal. Jatuh atau bangun syarikat itu adalah kerana kepimpinan saya.”

Kemudian, Kak Lin tidak mahu perniagaannya hanya berakhir disitu sahaja. Beliau sedar khilaf yang ada pada diri sendiri. Beliau perlu berubah dan memimpin dengan lebih baik. Jadi, Kak Lin mula menyertai program pementoran SPIRE pada
tahun 2019.

“Sehinggalah saya kembali kepada RichWork pada tahun 2019 dan ingin mengubah rentak perniagaan saya yang bermasalah pada ketika itu. Big Why saya pada ketika itu adalah untuk menyara anak saya dan keluarga saya dan memandangkan pada ketika itu umur saya sudah meningkat jadi saya tidak mahu gagal dan saya perlu juga berusaha sehingga berjaya. Seperti yang Dr. Azizan selalu ingatkan, buat sampai jadi.”

AdDar Beauty’s Breakthrough

Tidak hanya berhenti disitu, selepas AdDar Beauty mencapai RM1,000,000 pertama dalam program pementeron SPIRE, Kak Lin mahu mendapat bimbingan dan pembelajaran lebih dekat bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman dengan menjadi ahli Titanium pada tahun 2020.

“Sebelum mengenali RichWorks saya hanya berniaga semborono. Saya tidak pasti keputusan yang saya buat sewaktu menguruskan perniagaan itu adalah tepat atau keputusan yang salah. Saya tiada hala tuju dan tiada perancangan yang sistematik. Yang saya tahu produk perlu terjual setiap hari.”


“Alhamdulillah sehingga kini jenama AdDar semakin kukuh di pasaran dan insyaAllah saya akan menyasarkan peluang untuk ke luar negara selaras dengan visi Syarikat untuk menembusi pasaran ke 56 negara OIC pada tahun 2050.”

Bermula dengan AdDar Beauty Resources, kini menjadi AdDar Beauty Global Sdn. Bhd. dan memiliki wisma sendiri yang bernilai hampir RM8,000,000 setelah mengikuti pementoran SPIRE dan TITANIUM RichWorks. Sebelum ini, Kak Lin hanya menyewa sahaja pejabat. Kak Lin juga sudah berjaya memiliki rumah banglo yang bernilai RM5,600,000 di Ukay Seraya, Ampang, Selangor.

Menurut Kak Lin, 3 key point yang beliau pegang sehingga kini ada beliau sangat konsisten mengaplikasikan strategi Magic Number, melipat gandakan perkara betul yang telah dibuat dan mengambil tahu apakah Winning dan Failure Factor apabila melakukan sesuatu perkara.

“Produk saya ada keunikannya yang tersendiri dan kita sentiasa memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan kerana kita hendak mereka menjadi loyal customer dan bukan hanya one time buyer. Saya juga melakukan pemasaran secara konsisten.”


“Uniknya produk AdDar adalah kami tidak hanya memfokuskan untuk kecantikan kulit wajah bahkan memberikan rawatan sepanjang pemakaian. AdDar adalah jenama untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kulit yang rosak akibat tersalah pakai produk akibat pemakaian produk yang mempunyai kemikal seperti mercury dan hydroquinone.”

Kak Lin sentiasa mengingat diri beliau bahawa jatuh dan bangun syarikat yang beliau jalankan adalah berdasarkan kepimpinan beliau sendiri. Sekiranya Kak Lin tidak menjaga emosi, sesuatu keputusan yang tidak dibuat dengan betul akan mengganggu prestasi kerja pekerja-pekerja beliau.

“Disebabkan itu saya akan memastikan saya sentiasa high energy, positive supaya ia disalurkan kepada team saya dan kami dapat bekerja sebagai satu pasukan dengan baik kerana akhirnya saya tidak mampu untuk mencapai kejayaan seorang diri dan memerlukan pasukan yang kuat untuk menyambut segala cabaran dan mengharungi bersama-sama saya.”

“Pada saya sebagai seorang yang mengetuai syarikat, jadual saya adalah berdasarkan keutamaan. Sentiasa upgrade ilmu adalah sangat penting untuk orang yang berbisnes kerana kita akan tahu apa cabaran akan datang untuk kita persiapkan diri kita dan team kita. Jadi saya sentiasa akan memberi keutamaan untuk menghadiri kelas dan jika tiada kelas baru lah saya akan bernetworking.”

KAK LIN DAN ADDAR BEAUTY

Dugaan demi dugaan yang dilalui oleh Kak Lin tidak membuatkan Kak Lin mengalah dalam mencapai impian beliau untuk memberikan yang terbaik kepada keluarga beliau terutamanya anaknya. Kak Lin tekad untuk mengubah hidup beliau menjadi luar biasa seperti sekarang.


Hari ini, Kak Lin merupakan salah seorang Gladiator RichWorks dengan angka jualan sebanyak RM11,400,000 pada tahun 2023. Selain daripada pencapaian beliau dalam perniagaan, sikap Kak Lin yang sentiasa ceria dan peramah menjadikan beliau inspirasi kepada ramai orang.

Artikel terbaru

Leave a Reply