77 Nutrition Store, sebuah perniagaan yang membekalkan supplement gym di Batu Pahat, Johor diusahakan oleh Pengarah, Aiman Sadiq Jantan sejak tahun 2020. Produk utama bisnes beliau, Whey Protein Powder adalah untuk membantu mereka yang ingin mempercepatkan proses bina badan idaman.
Aiman mula melahirkan rasa minat terhadap produk kesihatan kerana bapa saudara beliau yang selalu membawa beliau ke gym sejak kecil setiap hari. Kini, beliau telah mempunyai beberapa platform digital termasuk e-commerce dan website tersendiri.
Pada tahun 2021, perniagaan beliau mencecah jualan RM1 juta pertama dan kekal dalam lingkungan tersebut pada tahun 2022 dengan hasil jualan RM 1.4 Juta. Setakat Julai 2023, 77 Nutrition store telah mencapai hasil jualan sebanyak RM800 ribu.
1.Belajar daripada kesilapan
“Sebelum ni saya buat di rumah. Macam sebelum ni saya buat RM500 ribu, saya buat di rumah, di mana stor saya packaging saya, budak staf saya berada di rumah. Okay, sejak bila kita dah faham, kita dah tahu konsep bisnes apa semua, kita takut nak buka kedai tapi lepas kita belajar, kita berani. Pemikiran kita lebih besar. Kita ada kadar yang besar, kita ada staf yang ramai, kita ada stor. Jadi itu adalah kesilapan yang besar yang tiba-tiba kita boleh mengadakan diri untuk buka kedai.”
Sungguhpun mempunyai jualan yang melambung, ada kalanya kita masih stuck untuk pergi lebih jauh dengan bisnes yang mempunyai potensi tinggi. Akibat kekhuatiran dalam diri, terjadinya halangan untuk bergerak ke arah kejayaan.
Betapa impaknya ilmu dalam hal ini adalah ia membuat kita berfikir dan memberi kesedaran bahawa kita sebenarnya mampu untuk melakukan lebih daripada apa yang kita tahu. Seperti Tuan Aiman yang pada mulanya takut untuk menerjuni fasa pembukaan kedai. Setelah beliau faham akan konsep bisnes dan mendapat perspektif baru, beliau mengaplikasikan konsep tersebut ke dalam bisnes 77 Nutrition Store dan dari situlah bermulanya jualan beliau yang melonjak sehingga mencapai RM1 juta pertama.
Perasaan ragu-ragu adalah perkara biasa yang dihadapi oleh usahawan sebelum membuat keputusan namun ia bukanlah sesuatu yang tidak boleh diatasi. Apabila kita belajar daripada kesilapan dan mengambil keputusan untuk berubah, perkara-perkara lebih baik akan berlaku.
Dalam aspek bisnes, banyak perkara dari segi servis pelanggan, pemasaran, operasi dan sebagainya akan bertambah baik sekaligus menaikkan jualan kerana mempunyai pengurusan yang baik. Sebagai seorang usahawan, sudahkah anda mengenal pasti kesilapan yang pernah anda buat dalam bisnes dan memperbaiki apa yang perlu? Apakah impak yang dapat anda lihat setelah mengaplikasikan ilmu yang betul dalam bisnes?
2. Berani mengambil peluang
“Pertama sebelum ini saya tak buat apa-apa. Harapkan sales atau marketing yang biasa-biasa. Tapi bila kita duduk dalam RichWorks, direction yang dia bagi tu lebih jelas. Ada platform-platform daripada e-commerce, website dan sebagainya so benda tu sangat luas. Jadi semua benda kita akan fokus dan sangat memberi impak.”
Ada kala, usahawan yang baru mula berniaga akan mempunyai pemikiran bahawa mereka hanya perlu fokus kepada penjualan dan pemasaran semata-mata tanpa memberi tumpuan kepada aspek lain. Mereka rasa buntu dan cepat mengalah apabila tidak mencapai jualan yang disasarkan.
Berbeza dengan Aiman Sadiq yang mengambil peluang untuk belajar tentang bisnes dan terus fokus akan aspek-aspek yang beliau perlu untuk menaikkan jualan bisnes. Sebagai contoh, beliau mula mengenali platform-platform yang wujud dalam alam maya dan memberi fokus kepada setiap platform bersesuaian agar orang ramai lebih nampak akan perniagaan beliau. Hasil daripada penumpuan ini, ia menjadi salah satu faktor jualan beliau meningkat tinggi.
Meskipun beliau bermula dengan pemikiran yang tidak cukup pengetahuan tentang bisnes, Aiman menggali sebanyak mungkin ilmu yang perlu beliau tahu. Bagaimana dengan anda sebagai seorang usahawan baru? Adakah anda sudah bersedia untuk mendapatkan RM1 Juta pertama atau anda masih selesa dengan jualan semasa yang ada?
3. Berani berimpian besar
“Sama jugak dalam belajar, bila kita tidak tahu, kita stuck, tak tahu nak buat benda tu, belajar je. Sedangkan saya taknak belajar, saya bodoh dengan belajar, saya tak habis sekolah pun. Tapi bila kita nak satu impian yang besar, kita tahu sebenarnya kita nak cari siapa dan mana nak belajar.
“Sejak daripada 6 bulan saya dah rasa sangat jelas. Macam mana direction business yang akan datang pada 2024, 2025. Sangat jelas.
Walaupun berada di era di mana tertiary education sangat ditegaskan, ia juga bukanlah pengukur tahap kejayaan seseorang. Apa yang penting adalah ilmu yang dipelajari dan apa yang dilakukan dengan ilmu tersebut. Dengan ilmu yang ada, adakah kita mengambil sesuatu tindakan untuk menggunakannya ke arah kebaikan atau sebaliknya?
Aiman, walaupun belajar hanya pada tahap tingkatan 3, menunjukkan bahawa ilmu itu luas dan selagi masih ada keinginan untuk menimba ilmu, tiada apa yang boleh halang kita untuk berjaya. Impian yang besar juga adalah langkah pertama untuk mencapai sesuatu matlamat, jadi kita lebih tahu apa yang sepatutnya dicari untuk merealisasikan hal tersebut.
Adakah anda mempunyai impian untuk membina bisnes sendiri? Tidak mustahil untuk anda menjadikan impian tersebut menjadi kenyataan. Persoalannya, adakah anda berani menyahut cabaran diri dalam menjadi seorang usahawan berjaya?
Biografi Aiman Sadiq Jantan
Aiman Sadiq Jantan yang mula minat akan produk kesihatan kerana selalu ke gym pada waktu kecil lagi kerana dibawa oleh bapa saudara beliau, merupakan pelajar lepasan Tingkatan 3 yang terus bekerja di kedai makan Asam Pedas ayah beliau.
Pengalaman tersebut kemudian dibawa oleh beliau untuk pergi ke tahap yang lebih baik.
Beliau yang mempunyai keinginan tinggi dalam mempelajari ilmu bisnes untuk melonjakkan lagi jualan mula menimba ilmu bersama RichWorks International daripada program-program yang dianjurkan sebelum ini.
Aiman kemudian memutuskan untuk menyertai program mentorship Titanium pada bulan Disember tahun 2022. Selain memberi manfaat kepada orang lain, beliau berhasrat untuk menjadi usahawan berjaya yang semakin maju setiap tahun.