PTTI GROUP SDN. BHD. (Siti Farhana & Habibunajjar)

PTTI GROUP SDN. BHD. merupakan sebuah pusat peningkatan akademik yang memfokuskan untuk membantu pelajar SPM di seluruh Malaysia dari gagal kepada A. PTTI adalah platform pendidikan dalam talian terkemuka di Malaysia dengan formula dan teknik yang paling terbukti untuk membantu pelajar menjadikan pembelajaran mudah dan ringkas.


Diasaskan oleh Siti Farhana Abu Osman dan Muhd Habibunajjar Sazali sejak tahun 2014 lagi. Melalui PTTI, mereka membantu pelajar SPM melalui kelas pembelajaran dalam talian, bimbingan dalam talian, webinar dalam talian, dan bimbingan kumpulan kecil.

FANA & HABIB : SUATU MASA DAHULU


Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra dengan nama Fana, tidak dibesarkan dalam keluarga yang berada. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang sederhana sahaja. Sejak dari sekolah lagi, Fana mengambil aliran sains tulen dan ini membawa beliau menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah dalam bidang Sains dan Kimia.


“Saya kalau nak diikutkan, in terms of Bachelor Pendidikan itu tidak. Sebab saya Bachelor of Science and then saya sambung Master dalam Chemistry. Tapi saya memang minat mengajar. Maksudnya kalau orang tanya cita-cita nak jadi apa? Saya selalu cakaplah cita-cita saya nak jadi lecturer.”

“Saya dari kecil saya memang suka mengajar orang. Saya boleh bercakap dari pagi sampai malam, berdiri 10 jam, 12 jam mengajar. Saya tak rasa penat. Habis mengajar tu saya penat lah. Saya start mengajar, masa saya final year degree tahun 2009. Waktu tu saya mengajar 1 On 1 dengan student sekolah then saya juga mengajar dekat pusat tuisyen dan private tuisyen. Saya start mengajar in small group sahaja.”


Bagi Muhd Habibunajjar pula ataupun Habib beliau asalnya bukanlah seorang cikgu. Tidak pernah terlintas dalam fikiran beliau mula mengajar, apatah lagi menjadi seorang pendidik. Tetapi, menurut Habib beliau tertarik dalam bidang pendidikan apabila beliau mengenali Fana semasa mereka menghadiri sebuah Program yang dianjurkankan oleh kerajaan bagi usahawan SME untuk mendapatkan geran pinjaman.

“Saya pada awalnya cita-cita waktu kecil sampai sekolah menengah itu tak pernah langsung terfikir nak jadi cikgu. Tapi ada certain point in my life yang menyebabkan saya rasa saya suka belajar dan kongsikan kepada orang lain. Sebelum tu saya bekerja sendiri. Cuba buat bisnes, ada juga bekerja dengan orang dan barulah saya jadi cikgu lepas jumpa Fana.”

TERCETUSNYA PUSAT TUISYEN TERATAK ILMU


Menurut Fana, beliau sebenarnya secara tidak sengaja terlibat dalam dunia perniagaan. Cita-cita beliau adalah untuk menjadi seorang pensyarah di universiti, disebabkan itulah beliau menyambung pelajaran sehingga ke peringkat Ijazah. Namun, beliau terpaksa memilih untuk fokus kepada Pusat Tuisyen Teratak Ilmu dahulu sebelum beliau menyambung lagi pelajaran.


“Jadi saya ni secara tak sengaja terlibat dalam bisnes ni. Sebab intention saya kan pada asalnya nak menjadi lecturer, that’s why saya sambung Master. Tapi dalam ketika saya sambung Master tu saya banyak buat part time mengajar tuisyen dan sebagainya. Waktu tu 2014 hingga 2015 macam tu. Tahun 2015 tu, saya pun habis Master juga dan pada masa yang sama saya kena decide untuk continue ke PhD lah ikut planning asalnya.”


“Tapi pada ketika tu, kita punya center tu pun tengah struggle. Saya rasa saya tak boleh nak sambung dulu, saya kena fokus dekat apa yang kita tengah buat sekarang. We had some challenges lah. Saya kena bagi at least pusat tuisyen ni bernafas dulu lah, so that tak tutup. Disebabkan tu lah terjebak ke dalam industri perniagaan.” jelas Fana.

Dari sudut pandang Habib pula, beliau juga terjebak dalam perniagaan pusat tuisyen ini setelah bertemu dengan Fana. Dan pada waktu itu jugalah Habib mulakan kerjaya beliau sebagai seorang pendidik terutamanya dalam subjek Sains dan Biologi.


“Masa terwujudnya pusat tuisyen ni, kami belum kahwin lagi. Macam mana kami boleh berjumpa, kan saya ada buat bisnes sikit-sikit. So saya pergilah satu kursus. Macam sebuah program untuk dapatkan geran dari government untuk bantu SME. Program tu 2 minggu, so kami berjumpa dekat situ.” kata Habib.


“Since then, saya jumpa dengan Cikgu Fana ni, saya rasa macam best. Bila saya tengok dia mengajar student dan jadi satu kepuasan bila student tu faham. Jadi benda tu lah yang membuatkan saya tertarik nak jadi cikgu. Waktu awal-awal tu saya terjebak sebenarnya nak jadi cikgu sebab jumpa Cikgu Fana sahaja. Dan waktu itu pula ada cikgu yang perlu diganti. Saya je yang ada masa tu, so saya masuk kelas. Bila saya masuk kelas, baru saya dapat tahu perasaan seorang cikgu tu. Since then lah saya start untuk mengajar sampai hari ini. Tapi now di PTTI saya more to pengurusan.” jelas Habib lagi.

HANYA TAHU MENGAJAR


Fana menyangka dengan minat yang mendalam dan semangat beliau dalam mengajar, semuanya akan baik-baik sahaja untuk pusat tuisyen beliau. Sangkaan beliau tidak seperti yang diharapkan, perniagaan pusat tuisyen yang dijalankan hanya menghasilkan hutang dan menjadi beban untuk kehidupan harian mereka.


“What happened was, lepas saya habis Master tahun 2015 barulah nak fokus balik pada pusat tuisyen. Jadi 2016 tu, Pusat Tuisyen Teratak Ilmu masih dalam fasa yang baru lagi, jadi dengan saya yang tak ada ilmu bisnes yang totally zero. Saya hanya tahu mengajar lah.”


“In terms of management, cash flow and financial memang tak reti. And then pada ketika tu, kita tak realize pun lagi bisnes tengah sangat teruk tapi yang kita realize, kita struggle nak bayar duit gaji guru-guru. Of course every month kita akan dahulukan gaji orang lain dulu. Then bayar all the commitment, sewa dan sebagainya.”


“At the end kita punya gaji tu tak adalah. Tapi takkan kita nak ambil gaji kita dulu then tak bayar gaji orang. Tak boleh macam tu. Benda ni jadi sampai 1 tahun 3 bulan macam tu, every month mesti ada challenge untuk nak bayar gaji, nak bayar sewa dan sebagainya.”

KAIS “SEHARI” MAKAN “SEHARI”


Demi meneruskan kelangsungan hidup dan menampung komitmen mereka, Habib dan Fana membuat kerja sambilan seperti menjadi pemandu e-hailing Grab dan menjadi private tutor dari rumah ke rumah.


“Kita quite struggle on the business side. Kami kan dah ada pusat tuisyen, should be kita fokus dekat situlah tapi kita juga pergi mengajar dekat luar. Maksudnya mengajar dari rumah ke rumah jadi private tutor. And then, Habib juga buat Grab.” kata Fana.


“Waktu tu adalah early batch buat Grab. Petang sampai malam mengajar dulu. Lepas habis kelas saya akan hantar Fana balik. Then saya akan buat Grab sampailah pagi. Then esok paginya saya rehat kejap. Petang tu saya start balik rutin.” sambung Habib.


“Masa tu Grab baru, so driver pun tak ramai lagi. Yang tak bestnya tu, duit hasil Grab tu untuk survival day to day. Bukannya macam untuk seminggu. Tapi untuk beli makanan dan untuk isi minyak. Habis dekat situ je. Itu kalau dia bagi cash, kalau dibayar guna card, 2 hingga 3 hari baru clear. So masa tu memang kalau bawa Grab, saya akan prefer kalau customer bagi cash. Tapi masa tu saya rasa okay lah lagi sebab still dapat makan.”


Walaupun hampir setiap hari mereka bergelut, tetapi mereka masih ingin mempertahankan Pusat Tuisyen Teratak Ilmu tersebut dek kerana minat dan semangat seorang pendidik dalam mengajar.


“Struggle masa tu kami memang still nak pertahankan sebab minat mengajar tu. Kita nak ada tempat yang kita boleh contribute sesuatu. Kita boleh buat sesuatu yang kita suka dan kita tahu benda yang kita buat tu dia memberi impak kepada orang lain. Cikgu-cikgu dekat situ pun suka mengajar.” kata Fana.

TIKET PERCUMA AGEN KOSMETIK


Pada suatu hari, mereka sudah tidak boleh lagi bertahan dengan tahap kewangan dan situasi mereka yang lemas hampir setiap bulan. Titik perubahan berlaku apabila Fana membuat keputusan untuk melakukan perniagaan sampingan sebagai agen produk kosmetik.


“Turning point bulan April, 2017, saya rasa macam tak boleh dah kalau macam ni kan. And then saya decide pada ketika tu saya nak jadi agen. Agen kepada produk kosmetik. Mana tidaknya, duit poket setiap bulan sentiasa tak cukup nak bayar komitmen dan terpaksa hidup kais pagi makan pagi. Umur dah 29 tahun tapi masih tak boleh nak bantu diri sendiri apatah lagi keluarga. Saya pun contact lah stokis tu nak pergi ambil stok. Pada hari yang saya nak pergi ambil barang tu, dia cakap dekat saya. Fana, ada tiket free IMKK, nak pergi tak? Lagi 2 hari.”


“Saya terus cakap nak pergi. Tak sampai 3 saat, saya terus cakap nak pergi. Stokis tu pun macam pelik sebab kalau orang lain nak fikir dulu kan. Dari situlah saya pergi ke IMKK bulan April 2017, ulang-alik dari Bangi ke Shah Alam. Kan masa tu IMKK, 2 pagi tu baru kelas habis and boleh keluar. Sementara tu Habib bawa Grab dulu, lepas tu baru ambil saya balik. Lepas tu, sampai ke Bangi dalam 3 pagi macam tu, and then pukul 5 lebih tu kita dah keluar pergi ke Shah Alam semula, masuk kelas balik.”


“Saya ingat lagi waktu tu saya duduk belakang sekali, berbelas ribu lah juga orangnya. Saya berdiri atas kerusi, saya ingat lagi point Doc. Doc cakap fokus apa yang ada di tangan. Nak kira pada ketika tu saya memang tak ada duit. Saya berasal dari family yang bukannya ada duit. Duit simpanan memang tak ada. Yang ada hanyalah sedikit ilmu yang saya boleh mengajar. Words Doc tu dia bukan sekadar satu ayatlah bagi saya sebab itu turning point saya.”


PTTI GROUP SDN. BHD.


Sepulang sahaja dari Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan tersebut, Fana menceritakan pengalaman beliau kepada Habib. Beliau memberitahu Habib bahawa pusat tuisyen itu masih boleh diteruskan dan diselamatkan. Habib yang pada ketika itu hanya mendengar dan menyokong sahaja keputusan Fana.


“Kalau saya pula, sebab saya tak masuk ke dalam program tu. Tapi bila Fana keluar daripada IMKK tu dia cerita balik apa semua. Dia cakap “You kita kena fokus tuisyen ni. Boleh ni.” Lepas tu saya dah macam,“Eh haritu bukan datang sebab nak jadi agen kosmetik ke?” Saya dah membayangkan macam Fana jadi founderfounder kosmetik.”


“Tiba-tiba balik dia kata nak fokus tuisyen. Saya pun support lah sebab saya jatuh hati dengan Fana pun sebab dia punya perjuangan. Cikgu-cikgu dekat PTTI walaupun tempat yang kecil dan sempit tapi diorang punya passion nak mengajar tu memang best. Yang peliknya diorang ni dekat PTTI suka buat extra kelas tanpa any extra charges. Yang dahsyatnya bukan sejam tapi boleh jadi sehari. Bagi diorang ni mengajar ni lagi penting dari duit.”


Tidak hanya berhenti di IMKK, Fana membuat keputusan untuk mendapatkan ilmu perniagaan yang lebih lagi dalam Program Millionaire Marketing Mastery (MMM). Beliau juga membawa rakan niaga yang juga salah seorang guru di PTTI turut sama belajar di Program MMM.

“Selepas 3 hari belajar di IMKK, saya decided untuk belajar dalam MMM dan saya ajak partner Cikgu K untuk masuk belajar bersama. 4 hari belajar, ternyata bukan terlalu banyak benda yang saya belajar tapi rupanya saya memang zero ilmu perniagaan, zero ilmu marketing. Banyak sangat tak tahu sehingga kita tak sedar apa yang kita tak tahu.”


Hanya dengan belajar di Program MMM, angka jualan PTTI yang pada ketika itu yang hanya dalam capai RM50,000 hingga RM60,000 sebulan meningkat 2 kali ganda iaitu sebanyak RM120,000. Segala ilmu yang beliau peroleh dari program yang berjalan selama 4 hari itu mampu memberikan harapan dan sinar baharu kepada pusat tuisyen mereka.


“Pada September 2017, saya diterima menyertai Titanium dan dari situ segalanya berubah. Bagai magic, satu per satu Doc susun untuk perbaiki diri saya, leadership saya, cara saya berfikir, mindset saya, improve pusat tuisyen dan bina model baru dalam pusat tuisyen.”


Berada dalam Program Titanium, Fana dan Habib menggunakan masa mereka dengan baik dan mengikuti sahaja kelas yang sudah ditetapkan oleh RichWorks, mereka menggunakan masa tersebut dengan hermat dan sentiasa fokus untuk membina PTTI ke tahap berbeza. Pada waktu yang lain mereka menggunakannya untuk mengimplementasikan segala tips dan strategi yang diberikan oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman semasa Sesi 1 On 1.


“Kami follow je kelas yang dah ditetapkan oleh RichWorks dan masa yang lain kami fokus untuk membina people dan bisnes. Masa Sesi 1 On 1, Doc always nampak gap dan peluang yang kami ada untuk terus grow.Pernah kami fikir untuk grow kami perlu buat langkah A dan B tapi Doc advise untuk fokus langkah A dan buat 100 kali ganda lebih baik.”


“Doc juga pernah tegur kami tentang bagaimana cara yang terbaik dan tepat untuk membina Key Leaders dan Senior Leadership Team (SLT). Alhamdulillah sekarang kami mempunyai 3 SLT dan lebih 8 Key Leaders yang sangat komited dan mampu untuk merancang perjalanan kami untuk mencapai sasaran bisnes.”


Menurut Fana dan Habib kesemua formula dan strategi yang Datuk Wira Dr. Azizan Osman berikan kepada mereka memang sangat memberi impak besar kepada bisnes dan pembinaan karakter mereka berdua.


“Antara yang terbesar memberi impact kepada kami ialah advice untuk buat kelas secara online sejak 2018, jadi kami bersedia 2 tahun lebih awal sebelum PKP. Selain itu, advice untuk kempen marketing dan branding untuk membuatkan PTTI dapat capture market dengan cepat pada 2018. Doc juga suruh fokus kepada sasaran dan market niche SPM, alhamdulillah kami sekarang boleh kuasai almost 30% dari saiz pasaran.”


PTTI’S BREAKTHROUGH


Menurut Fana dan Habib, atas nasihat Datuk Wira Dr. Azizan Osman, mereka menukar nama Pusat Tuisyen Teratak Ilmu kepada PTTI Group Sdn. Bhd. Nama yang lebih better untuk dikomersialkan. Pada tahun 2018 pula, mereka mula membawa PTTI ke tahap yang lebih baik apabila mereka mula menganjurkan seminar secara LIVE.


“Pada 2018, saya start buat seminar secara live. First time berdiri di depan hampir 400 pelajar di Dewan UKM dan handle event sendiri. Itu adalah breakthrough saya. Dan ketika itu juga, time di ICM Intercon, tercetuslah permulaan untuk buat game berbeza daripada yang sedia ada iaitu online class. Dalam fikiran time tu, banyaknya perkara yang saya tak tahu dan perkara baru kena explore. Tapi itulah proses dalam Titan, dan bagaimana seorang guru, MenThor yang sentiasa percayakan potensi anak didiknya walaupun saya sendiri banyak limited belief yang ada dalam diri.”


“Pada 2018 juga PTTI start untuk launch program online iaitu Online Tutorial Class (OTC) dan semua start connected bila PKP pada Mac haritu. Syukur, perjalanan yang Allah aturkan untuk belajar dan sentiasa berada dalam Titanium.”


Menurut Fana, dahulu beliau hanyalah seorang cikgu tuisyen yang tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri. Tetapi hari ini, beliau sangat berbangga apabila beliau berjaya breakthrough banyak perkara. Pada tahun yang sama, beliau diberi peluang untuk berada di kaca televisyen dalam program Malaysia Hari Ini (MHI).

“Disember 2018, pertama kali appear di kaca TV dalam Malaysia Hari Ini (MHI). Perasaan nervous tu, Allah sahaja yang tahu. Tapi saya tahu Doc sentiasa ada untuk beri support kepada saya. Saya ingat lagi time tu, terlalu nervous, almost everyday saya message Doc untuk tanya pelbagai soalan. Skrip, apa yang nak launch, macam mana nak cakap dalam masa 6 minit tu.”


“Alhamdullillah selepas berjaya masuk ke Malaysia Hari Ini, next saya dah masuk ke Buletin Utama (3 kali), Selamat Pagi Malaysia, Radio IKIM, Koolfm, Metro Newspaper, New Straight Times. Semuanya asbab bermenthorkan Doc, guidance Doc dan Richworks.”


“Tahun 2020, tahun ketiga dalam Titanium dan Premier saya sangat bersyukur. Banyak yang saya dan PTTI dah achieve. Kami berjaya sponsor 6 ekor lembu untuk semua staf PTTI ketika Aidiladha, dapat beli kereta Mercedes, dapat stay di rumah 2 tingkat sebab sebelum ni kami tinggal dekat rumah flat sahaja, dapat bantu keluarga dan dapat bantu staf dan family mereka.”


Banyak perkara yang PTTI capai dan yang paling membanggakan adalah mereka berjaya membantu pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di mana PTTI diiktiraf Malaysia Book Of Records (MBOR) selepas berjaya mencatat jumlah pelajar mendapat semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022. Seramai 123 pelajar berjaya mendapat semua A pada SPM 2022, termasuk seorang pelajarnya yang mendapat 11 A+.

FANA, HABIB DAN PTTI


Perjalanan hidup seorang pendidik bukanlah hanya dengan pandai mengajar, buka pusat tuisyen boleh terus berjaya. Banyak liku-liku yang dihadapi oleh Fana dan Habib dalam mendirikan pusat tuisyen mereka.

Namun, semuanya berubah setelah mereka mula menuntut ilmu dalam perniagaan juga. Pencapaian PTTI Group Sdn. Bhd ini bukan sahaja satu pencapaian yang besar buat mereka tetapi sumbangan kepada negara dengan melahirkan pelajar yang cerdik pandai. Angka jualan PTTI sudah pun mencapai RM10,200,000 pada tahun 2023 yang secara tidak langsung menjadikan mereka Gladiator RichWorks.


Artikel terbaru