Hayyan Consultancy merupakan sebuah agensi insurans di bawah AIA Group di mana Puan Siti Nuurhayyu Yatim adalah Director kepada agensi tersebut dan juga Life Planner dalam bidang kewangan. Agensi ini lebih fokus kepada business protection dan ditubuhkan sejak tahun 2020.
Pada tahun 2023, beliau berjaya meraih hasil jualan sebanyak RM 1.52 Juta.
- Mendorong diri dengan lebih jauh
“Okay first kita memang nak networking sebab kalau kita nak jadi somebody ataupun orang yang lebih berjaya, kita kena dikelilingi orang yang dah berjaya. Itu saya pegang. So circle sangat penting untuk mengetahui saya 5 tahun akan datang macam mana.
“Kita ni kadang2, bila kita dah banyak achievement ni, sombong tu keluar jugak. Of course kita kena akan ada rasa selesa dah sebab kita semua dah dapat. Tapi bila ada bimbingan, ada jugak rakan-rakan yang lebih berjaya, kita tahu,”oh aku bukan sampai sini, aku boleh pergi lagi jauh”.
Selain mempunyai kenalan untuk berkongsi ilmu dan belajar bersama, Puan Nuurhayyu juga merebut peluang dalam memperbaiki diri dengan bimbingan yang beliau dapat daripada mereka. Walaupun sudah tercapai apa yang beliau mahukan, Puan Nuurhayyu sedar bahawa beliau masih boleh buat lebih untuk diri, malah juga untuk orang lain dengan memberi manfaat kepada mereka dengan kejayaan yang telah dicapai.
Apabila kita dikelilingi ‘circle’ yang betul, akan terbuka perspektif yang baru dan visi kita juga akan pergi lebih jauh. Jadi, ‘circle’ juga merupakan faktor dalam mempengaruhi siapa kita pada masa hadapan.
Bayangkan 5 tahun yang akan datang, dengan ‘circle’ yang anda ada sekarang, adakah anda akan menjadi seorang yang anda impikan atau seorang yang kekal sama seperti sekarang?
- Memberi manfaat kepada orang lain
“Saya ada satu client ni, saya buat Takaful dulu, dia dengan husband dia, anak-anak dia, staf dia 40 orang, saya buat semua and then dia buat dengan saya Hibah saham syarikat. Bila saya dapat tahu client saya ni ada sakit, saya cakap saya kena terus buat saham syarikat dia. Sebab diorang berbisnes husband and wife. So dekat situ, bila anything happen dekat saya punya client ni, dia jatuhkan Faraid dah. Jadi apa yang saya bantu, saya Hibah kan dia.
“So saya memainkan peranan penting untuk bertanggungjawab dalam ni. Yang paling best sekali adalah dia memberi. Anything happen kepada dia, dia memberi some amount kepada saya tanda penghargaan kepada saya.”
“Tapi bagi saya bukan itu, client kita mesti la nak kena sihat tetapi kita tak tahu, cuma saya dah sehabis baik sebab saya menjual peace of mind. Sebab anak dia autism, siapa nak jaga anak dia anything happen dekat anak dia siapa nak jaga. So dekat situ saya susunkan untuk anak dia juga Alhamdulilah. Itu saya rasa satu WINS yang sangat besar, perlu lebih tolong ramai orang.”
Puan Nuurhayyu, sebagai seorang usahawan dan Life Planner, telah membantu ramai orang dengan servis yang diberikan serta memberi kesedaran kepada mereka tentang kepentingan memiliki Hibah.
Oleh kerana sikap beliau yang mengambil berat tentang client dan memastikan mereka faham tentang keperluan yang membantu masa depan mereka, hal tersebut membuat mereka rasa dihargai. Walaupun Puan Nuurhayyu adalah seorang usahawan yang menjual produk yang melibatkan insurans dengan komisyen sebagai pendapatan, bukan hanya itulah yang beliau mahukan.
Dalam sebuah bisnes, adakah kita hanya menjual sesuatu semata-mata atau kita meletakkan matlamat untuk membantu orang secara bersungguh-sungguh?
- Seorang penyelesai masalah
“Time pandemik tu mungkin ramai orang aware berkaitan dengan Takaful, betul? Sebab dia sakit semua kan. Walaupun saya tak menjual pun time tu medical card tetapi saya melibatkan kes tersebut untuk saya punya produk. Jadi bila selepas pandemik pun effect jugak sebab saya memang 100% client saya businessman dan businesswoman.”
“So diorang ada effect jugak di situ. So tempiasnya dia kepada saya so apa saya buat, saya lebihkan kepada awareness. Dan target market saya kena tepat. Kalau target market saya tak tepat dan saya pun confuse, saya rasa business saya pun akan effect jugak.”
“Jadi doc selalu cakap, you kalau dah ada model bisnes yang betul dan you focus,you clear dengan you punya market,you akan pergi jauh jugak. Walau apapun terjadi, you tetap dengan target market you, itu yang bolehkan kita kedepan lagi.”
Pada waktu pandemik covid-19 berlaku, hampir semua usahawan panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ramai terkesan akibat penutupan kedai dan tidak boleh menjalankan perniagaan seperti biasa. Namun, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Puan Nuurhayyu, ketika itu menggunakan strategi dimana beliau menyebarkan awareness terhadap target market yang tepat. Hal in menggalakkan lagi kejayaan Hayyan Consultancy kerana dapat mengenal pasti siapa yang memerlukan servis beliau.
Sungguhpun terjadinya lagi pandemik yang mendatangkan kesusahan kepada usahawan yang memiliki bisnes pada masa hadapan, ia bukanlah faktor yang menjadi penghalang buat Puan Nuurhayyu kerana mempunyai rancangan bisnes yang kukuh dengan model bisnes yang betul.
Biografi Siti Nuurhayyu Yatim
Puan Siti Nuurhayyu Yatim merupakan seorang Life Planner dalam Hayyan Consultancy di bawah AIA Group. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau telah melanjutkan pelajaran dalam Diploma in LCCI (The London Chamber of Commerce and Industry) dan seterusnya beralih kepada bidang perakaunan.
Beliau telah mempunyai sijil seperti The Certified Accounting Technician (CAT) dan juga Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). Beliau pernah mempunyai kerjaya sebagai seorang juruaudit tetapi membuat keputusan untuk menjadi seorang Life Planner.
Puan Nuurhayyu, dalam masa 2 bulan sahaja, telah berjaya memperoleh MDRT (Million Dollar Round Table) dalam bidang Takaful, satu kelayakan yang diberikan kepada Life Planner yang mencapai target dan pengiktirafan di peringkat dunia.
Beliau juga telah mencapai pengiktirafan COT (Court of The Table) selepas mencapai 3 kali sebagai MDRT. Selain itu, beliau juga telah mencapai Champion untuk Regional KL-Selangor bagi AIA Group.
Pada bulan Februari 2023, Puan Nuurhayyu telah menyertai program mentorship Richworks International sebagai ahli TITAN. Ia merupakan antara hasrat beliau untuk mendapatkan intensive coaching daripada Datuk Wira Dr.Azizan Osman.
Walaupun permohonan beliau pernah ditolak sebanyak 2 kali untuk menyertai program ini, ia mendorong beliau untuk berkembang lebih jauh bagi untuk merealisasikan juga impian beliau.