By Marlena, sebuah perniagaan industri fesyen sederhana daripada Singapore yang diuruskan oleh Nur Amalia Nazura memberi fokus utama kepada pakaian Abaya. Kepakaran mereka terletak dalam mereka bentuk koleksi pakaian sederhana yang meningkatkan keyakinan wanita dan berasa elegan dalam kehidupan seharian mereka. By Marlena berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian fesyen berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan pelbagai wanita, termasuk mereka yang mencari pakaian sederhana dan bergaya.
Jenama ini juga direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan dan sesuai untuk wanita dari semua jenis badan dan ketinggian. Salah satu ciri tersendiri abaya mereka yang sesuai dan cantik tanpa memerlukan sebarang perubahan, memastikan pengalaman yang tidak menyusahkan dan selesa.
Bukan shaja komited untuk memberi keyakinan kepada wanita melalui jenama By Marlena, tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan untuk wanita dan memupuk komuniti yang membantu sesama sendiri.
By Marlena kini telah membuka sebuah cawangan butik di Arab Street di Singapore. Pada awal permulaan, Nur Amalia telah menguruskan perniagaan ini bersendirian tetapi pada hari ini, beliau disokong oleh barisan staf yang merangkumi 15 orang. By Marlena juga telah berubah operasi dari Singapore ke Malaysia untuk meluaskan empayar perniagaan.
Pada tahun 2023, bisnes ini mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 8.06 Juta.
- Mengubah perspektif dalam perniagaan
“Saya mengalihkan perspektif saya daripada melihat perniagaan anda sebagai entiti kecil kepada melihatnya sebagai sebuah organisasi. Perubahan dalam pemikiran ini berkemungkinan membolehkan saya menetapkan matlamat yang lebih besar dan berfikir secara strategik tentang pertumbuhan perniagaan saya.”
Nur Amalia mengubah perspektif perniagaan yang melibatkan pemahaman beliau bahawa perniagaan bukan lagi hanya usaha beliau seorang tetapi telah berkembang menjadi entiti yang lebih besar dan kompleks. Dalam proses ini, perniagaan beliau telah mengambil kira aspek seperti struktur organisasi yang lebih formal, pentadbiran yang lebih teratur, dan perancangan strategik yang lebih matang.
Ia juga mencerminkan kematangan visi beliau dan hasrat untuk mencapai tahap kejayaan yang lebih besar dan dapat membuka pintu kepada pelbagai peluang baru, termasuk perluasan pasaran, kerjasama dengan rakan kongsi, dan pertumbuhan jumlah pekerja yang telah dicapai oleh beliau seperti mempunyai 15 staf pada hari ini.
Dengan pendekatan yang bijak dan strategi yang tepat, transformasi dari entiti kecil ke organisasi boleh menjadi tonggak penting dalam perjalanan kejayaan perniagaan.
2. Mempunyai visi dan penetapan matlamat
“Saya telah belajar dan masih dalam proses menguasai seni visualisasi dan membina hala tuju yang jelas untuk kehidupan dan perniagaan saya. Banyak perkara yang saya visualisasikan dengan Richworks telah menjadi kenyataan.”
Pembinaan dan pembangunan team dalam perniagaan adalah kunci untuk mencapai kejayaan yang selari dengan visi perniagaan. Nur Amalia sedar akan kepentingan untuk memastikan staf-staf memahami dan menyokong visi perniagaan, serta mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.
Ini melibatkan pelbagai usaha, termasuk pengambilan pekerja yang sesuai, latihan dan pembangunan kemahiran, serta membina budaya kerja yang menggalakkan kerjasama dan komunikasi yang efektif untuk memastikan mereka memahami bagaimana peranan mereka menyumbang kepada visi perniagaan, organisasi dapat berfungsi dengan lebih efisien dan berkesan.
Proses pembinaan dan pembangunan team adalah secara berterusan yang harus diberikan keutamaan dalam perniagaan. Dengan fokus yang kuat pada perkembangan pasukan, perniagaan juga dapat mencapai visi perniagaan dengan lebih berkesan dan berdaya tahan.
3. Kecemerlangan pemasaran
“Saya percaya bahawa pemasaran adalah penting untuk setiap perniagaan. Ia memastikan bahawa jenama anda bukan sahaja kelihatan tetapi juga menjadi pilihan. Dalam dunia yang dipengaruhi oleh perubahan laju dan tingkah laku pengguna yang berkembang, kita perlu kekal tangkas dan menerima strategi pemasaran terkini untuk mengelakkan daripada ketinggalan.”
Perniagaan perlu mengikuti perubahan dalam landskap pemasaran terkini yang dipengaruhi oleh kemajuan teknologi, perubahan dalam tingkah laku pengguna, dan evolusi dalam cara komunikasi bersama pelanggan. Perniagaan yang berjaya adalah yang berani dan mampu beradaptasi dengan perubahan ini.
By Marlena yang mengambil kira perubahan ini mengambil peluang untuk memanfaatkan platform digital untuk mencapai audiens yang lebih luas dan menyampaikan mesej yang lebih relevan dengan mewujudkan laman web sendiri dan media sosial seperti Instagram yang kini telah meraih sebanyak 55 ribu pengikut.
Pemahaman yang mendalam tentang perilaku pengguna dalam dunia maya juga penting untuk membangun hubungan yang kuat dengan pelanggan.
Penting untuk diingat bahawa perubahan dalam pemasaran adalah perkara biasa dalam era digital ini dan perniagaan yang bersedia mengambil risiko dan berinovasi adalah yang akan berkembang dan berjaya.
Biografi Nur Amalia
Nur Amalia dibesarkan dengan penuh duka dalam keluarga yang melalui perpisahan ibu dan ayah. Beliau tinggal bersama ayah yang sering sibuk dengan perjuangan untuk anak-anak dan memikul tanggungjawab menjaga adik perempuan beliau demi kesejahteraannya.
Membesar tanpa kehadiran seorang ibu kadangkala merupakan satu pengalaman yang sunyi dan beliau rindu akan sokongan ibu yang mungkin tidak dapat diberikan oleh seorang ayah sepenuhnya. Ketiadaan ini menyemarakkan keazaman beliau untuk berusaha demi masa depan yang lebih baik.
Pada usia 18 tahun, ibu beliau memberi peluang untuk memulakan perniagaan dan bermula dengan SGD3,000 sebagai modal. Selepas tamat pengajian, beliau menyertai Ernst & Young sebagai juruaudit selama 2 tahun sebelum meninggalkan profesion dan menumpukan kepada perniagaan sepenuh masa.
Selepas ibu dan ayah berpisah, ibu beliau berhijrah ke UAE yang menghabiskan masa sedekad di sana dan mula terbiasa memakai abaya, satu amalan yang tidak biasa di Singapura pada masa itu. Nur Amalia yang melawat ibunya di UAE, mula meminati abaya.
Dalam tempoh inilah beberapa ahli keluarga dan rakan-rakan mula meminta beliau membeli abaya untuk mereka, menyebabkan beliau mempertimbangkan untuk memperkenalkan abaya ke pasaran Singapura secara kecil-kecilan.
Nur Amalia mempunyai latar belakang pendidikan dalam Diploma Perakaunan. Setelah memulakan perniagaan, ia menjadi cabaran buat beliau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Walau bagaimanapun, beliau kini dalam usaha untuk mendapatkan ijazah dalam Pemasaran.
“Sama seperti kita tidak memandu ke lokasi baharu tanpa peta, jangan cuba mencapai perkara baharu dalam perniagaan secara membuta tuli. KIta memerlukan panduan untuk memberitahu anda sama ada mengikut cara yang betul atau salah.”
Nur Amalia, yakin dengan adanya bimbingan yang betul untuk berjaya dalam perniagaan. Tanpa jalan yang jelas, tidaklah sesuatu perniagaan itu dapat mencapai peningkatan seperti yang diimpikan.