RedRadar International adalah sebuah perniagaan yang terletak di 2 lokasi di Kota Damansara, Selangor, dan Pokok Sena, Kedah, dan diuruskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Faizal Bin Salleh.
Perniagaan ini memiliki fokus yang jelas dalam menyediakan bantuan kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam pengurusan pasukan mereka dengan menggunakan solusi “better Human Resource,” sama ada secara dalam talian atau luar talian. Dalam dunia yang semakin kompleks ini, keperluan untuk pengurusan sumber manusia yang cekap dan efisien semakin mendesak.
RedRadar memfokuskan perkhidmatannya dalam industri perkhidmatan, khususnya sebagai pembekal perkhidmatan HR. Mereka telah beroperasi sejak tahun 2012 dan semasa itu, Mohd Faizal telah melihat potensi besar dalam bidang HR, yang masih belum digarap oleh banyak individu.
Kelebihan RedRadar adalah keupayaannya untuk memberikan solusi yang tepat kepada cabaran dan masalah yang dihadapi oleh syarikat klien mereka. Mereka juga mempunyai pasukan khas yang hanya memberi tumpuan kepada interaksi dengan pelanggan. Pendekatan profesional, sistematik, dan solusi yang cekap adalah faktor-faktor yang menyebabkan pelanggan seringkali memilih perkhidmatan RedRadar.
Selain itu, RedRadar International kini mempunyai team yang terdiri daripada 30 individu yang komited dan berbakat. Kejayaan dan kecekapan perniagaan ini telah diiktiraf apabila mereka memenangi anugerah Recruitment Agency Of The Year pada tahun 2018 dan 2019. Ini membuktikan kualiti dan prestasi perniagaan mereka dalam industri HR yang kritikal ini. RedRadar International setakat Ogos 2023, telah mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 1.09 Juta
1.Mengembangkan kapasiti berfikir
“Saya belajar expand capacity mind which dari situ saya dapat bina keyakinan yang bisnes RedRadar ada peluang yang besar”
Kapasiti berfikir yang baik membolehkan seorang usahwan untuk menyelesaikan masalah dengan lebih efisien. Ia membantu mereka dalam mengenal pasti pelbagai pendekatan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi dalam perniagaan dan kehidupan seharian.
Ia juga merangsang kreativiti dan membuka pintu kepada pemikiran inovatif dan membantu individu untuk berfikir di luar kotak, menghasilkan idea-idea segar yang dapat membawa kepada perubahan positif.
Mohd Faizal, yang minat akan bidang HR, mempunyai matlamat untuk dicapai dalam perniagaan beliau tetapi tidak tahu strategi betul yang perlu dilaksanakan. Setelah beliau membuka hati untuk mempelajari pengembangan cara berfikir, beliau melaksanakan pelbagai strategi seperti kepimpinan, cara pengurusan wang dan pelbagai aspek lagi dalam perniagaan.
2.Penyusunan jadual yang awal
“Saya cuba susun jadual sekurang-kurangnya seminggu lebih awal dengan ada jadual harian.”
Pentingnya penyusunan jadual pemasaran dalam perniagaan adalah kerana efisiensi, kesan, dan visibiliti. Susunan jadual yang baik membolehkan perniagaan merancang, melaksanakan, dan mengawal aktiviti pemasaran dengan lebih berkesan.
Pertama, susunan jadual pemasaran membantu dalam memberikan impak maksima sumber daya. Dengan merancang aktiviti pemasaran pada masa yang sesuai, perniagaan dapat memastikan penggunaan wang, tenaga, dan sumber daya yang paling efisien dan teratur. Ini membantu dalam mengelak pembaziran sumber dan memaksimumkan hasil.
Mohd Faizal, menggunakan jadual sebagai strategi beliau untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam perniagaan, mula lihat perubahan produktiviti yang beliau sebelum ini tidak nampak pada diri dan juga staf. Susunan jadual pemasaran bukan sahaja penting dalam menguruskan pemasaran dengan bijak malah memaksimumkan hasil sambil mengurangkan pembaziran dan membantu perniagaan mencapai matlamatnya dengan lebih berkesan.
3.Perbaiki perkhidmatan sedia ada
“Pertama, saya perbaiki package servis saya dengan pakej yang bersesuaian, kedua, saya wujudkan SOP & process dalam setiap department dan ketiga saya kuatkan sistem refferal & client engagement”
Meningkatkan perkhidmatan yang sedia ada dalam perniagaan kepada sesuatu yang baru dan lebih bersesuaian adalah suatu langkah yang dapat memenuhi keperluan pelanggan yang berubah.
Pertama, perubahan dalam keperluan pelanggan. Dunia perniagaan sentiasa berubah, dan pelanggan semakin menuntut perkhidmatan yang lebih baik, pantas, dan efisien. Dengan menyesuaikan perkhidmatan kepada perubahan ini, perniagaan dapat menjaga kepuasan pelanggan, menjalin hubungan yang kukuh, dan mengekalkan kesetiaan.
Pembukaan peluang baru juga berlaku dengan mengubah perkhidmatan kepada bentuk yang lebih bersesuaian. Inovasi dalam perkhidmatan dapat membawa kepada peningkatan pendapatan, pertumbuhan pasaran, dan memperluas pelanggan sasaran.
Perkara betul yang dibuat oleh Mohd Faisal adalah dengan memperbaiki penawaran yang ada tanpa perlu mengubah secara keseluruhan kerana beliau menggunakan kekuatan perkhidmatan dan tidak hanya melihatkan kekurangan sistem perniagaan beliau.
Biografi Mohd Faizal Bin Salleh
Mohd Faizal adalah seorang individu yang dibesarkan dalam keluarga sederhana, di mana ayahnya bekerja sebagai penoreh getah dan ibunya sebagai pembuat kuih. Sebelum memulakan RedRadar International, Mohd Faizal menghabiskan 6 tahun kerjaya dalam bidang Sumber Manusia di Maybank Berhad HQ.
Sebelum itu, beliau telah memulakan kerjaya dalam bidang yang sama di salah sebuah hotel di Klang Valley. Pendidikannya dimulai dengan Diploma dalam Pengurusan Hotel sebelum melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda dalam Sumber Manusia. Kehendaknya untuk sentiasa meningkatkan ilmu membawanya untuk mengejar Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan Eksekutif.
Keputusan untuk mula berniaga merupakan tindakan yang diambil untuk mencapai keseimbangan antara kerjaya dan keluarga. Keinginannya untuk memiliki masa yang lebih fleksibel, terutamanya untuk menghabiskan masa bersama anak yang baru lahir pada ketika itu, telah menjadi pemacu utama dalam perubahan ini.
Walaupun keputusan ini awalnya menimbulkan kebimbangan keluarganya, kerana beliau sebelum ini mempunyai pekerjaan yang stabil di bank, namun Mohd Faizal telah membuat persediaan yang kukuh sebelum memulakan perniagaan.
Keputusannya untuk mencari keseimbangan antara kerjaya dan keluarga serta keinginannya untuk terus belajar dan berkembang telah membawanya ke perjalanan perniagaan yang mencorakkan kejayaannya.
“Carilah ilmu dan upgrade circle dan cari jalan expand mind capacity untuk think big”.
Tingkatkan kapasiti minda adalah kepercayaan Mohd Faizal kepada diri dan juga saranan beliau terhadap setiap usahawan yang menjalankan perniagaan. Tanpa perkembangan minda yang telah beliau lalui, tiadalah RedRedar International yang semakin dikenali dan mempunyai permintaan ramai dalam perkhidmatan mereka.