BPE Engineering & Services Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 1994 oleh Pengarah Urusan, Datuk Dr. Ir. Ts. Mohd Isnari, yang kini diusahakan bersama anak beliau, Ketua Pegawai Operasi, Nur Atiqah Mohd Isnari, menjadikan syarikat ini sebagai legasi keluarga yang melibatkan kepercayaan dan keyakinan untuk membina bersama.
Sebuah syarikat penyelenggaraan dan penyelesaian kejuruteraan elektrik yang beraspirasi untuk bergerak ke arah tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui, BPE Engineering & Services Sdn Bhd berkomited untuk menjadi pembekal pilihan Malaysia yang sentiasa berada di langkah hadapan untuk memenuhi keperluan ramai.
BPE percaya bahawa pembelajaran yang berterusan dalam membolehkan kepakaran dalam memberi khidmat kepada industri Minyak & Gas adalah penting untuk kejayaan jangka panjang syarikat.
Pada tahun 2022, syarikat ini telah meraih hasil jualan sebanyak RM 13.2 Juta. Setakat Oktober 2023, syarikat ini telah mencatatkan hasil sebanyak RM 8.7 Juta.
1. Meneroka jalan baru
Di BPE, budaya yang dipraktikkan adalah dengan sentiasa cuba untuk meroka jalan baru yang boleh tambah nilai kepada bukan sahaja syarikat tetapi juga industri kejuruteraan demi ‘sustainability’ dan masa depan generasi baru. Hal in juga mengapa syarikat ini mengetengahkan pembaharuan tenaga yang dapat memberi khidmat kepada keperluan yang semakin berkembang.
Ini tidak hanya memberikan kelebihan dalam kecekapan operasi tetapi juga memberi kelebihan bersaing dengan perniagaan yang melibatkan tenaga bersih.
Selain itu, meneroka jalan baru dalam tenaga bersih boleh memberikan impak positif kepada alam sekitar. Perniagaan yang menjurus kepada kelestarian alam memainkan peranan penting dalam usaha global untuk mengurangkan impak negatif kegiatan perindustrian terhadap alam sekitar.
Pembaharuan tenaga bersih juga boleh membuka peluang perniagaan yang baru dan berkembang pesat. Dalam pasaran yang semakin peka terhadap isu-isu alam sekitar, permintaan terhadap teknologi dan produk yang mesra alam semakin meningkat. Oleh itu, perniagaan yang terlibat dalam pembaharuan tenaga bersih berpotensi mendapatkan sokongan dan permintaan yang tinggi.
Pentingnya meneroka jalan baru ini juga berkait rapat dengan tanggungjawab sosial perniagaan. Perniagaan yang menyumbang kepada pembangunan dan penggunaan tenaga bersih memberikan sumbangan positif kepada komuniti dan generasi akan datang, mencipta impak positif yang boleh dipertahankan dalam jangka panjang.
2. Melabur dalam pembangunan kemahiran
BPE percaya sebagai sebuah perniagaan mereka perlu memberi manfaat kepada komuniti dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan melabur dalam pembangunan kemahiran dalam syarikat.
Tenaga manusia yang berkemahiran dan bertambah pengetahuan dapat memberikan perkhidmatan atau hasil yang lebih berkualiti kepada pelanggan. Pemahaman yang mendalam terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan juga membolehkan pekerja memberikan solusi yang lebih efektif dan memenuhi keperluan mereka.
Melalui pelaburan dalam pembangunan individu, perniagaan juga dapat mengekalkan keunggulan kompetitif. Dalam pasaran yang sentiasa berubah, memastikan bahawa tenaga kerja mempunyai pengetahuan terkini dan kemahiran yang relevan membolehkan perniagaan beradaptasi dengan perubahan dan menawarkan produk atau perkhidmatan yang selaras dengan tren semasa.
Oleh itu, syarikat ini menggunakan pendekatan untuk berkolaborasi bersama universiti tempatan dalam menyediakan program latihan industri kepada pelajar-pelajar yang memerlukan dan memberikan ilmu dan pengalaman yang dapat meningkatkan kemahiran mereka.
Pentingnya melabur dalam tenaga manusia ini juga dapat dilihat dalam pembentukan hubungan yang kukuh dengan pelanggan. Pekerja yang berkemahiran tinggi dapat menyediakan sokongan yang lebih baik, menjelaskan produk atau perkhidmatan dengan jelas, dan merespon dengan efisien kepada keperluan pelanggan, menyumbang kepada kepuasan pelanggan jangka panjang.
3. Bergerak mengikut dunia dan zaman
Bergerak mengikut zaman sangat disarankan dalam perniagaan, terutamanya yang melibatkan pembaharuan tenaga bersih. Perkembangan teknologi dan kesedaran terhadap isu-isu alam sekitar secara berterusan menuntut perniagaan untuk memastikan ketangkasan mereka dalam mengadaptasi penemuan baru.
Dalam konteks pembaharuan tenaga bersih, perniagaan yang mengikuti perkembangan zaman dapat memanfaatkan peluang inovasi dan teknologi terkini dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih mesra alam. Ini bukan sahaja memperbaharui operasi perniagaan tetapi juga memberikan kelebihan bersaing dalam pasaran yang semakin peka terhadap isu-isu alam sekitar.
Pentingnya bergerak mengikut zaman juga melibatkan kemampuan untuk memahami dan memenuhi keperluan pasaran semasa. Pelanggan semakin cenderung untuk memberi sokongan kepada perniagaan yang mengamalkan inisiatif pembaharuan tenaga bersih, dan dengan bergerak mengikut zaman, perniagaan dapat menyesuaikan strategi mereka dengan kehendak dan nilai semasa pelanggan.
Selain itu, bergerak mengikut zaman membantu perniagaan untuk menjana imej yang progresif dan berinovasi. Pemilihan untuk memperbaharui tenaga kepada sumber yang lebih bersih dapat membuktikan komitmen terhadap tanggungjawab sosial dan kelestarian alam sekitar, yang memperkukuh reputasi perniagaan di mata pelanggan dan pemangku kepentingan.
Biografi Datuk Dr. Ir. Ts. Mohd Isnari
Datuk Dr. Ir. Ts. Mohd Isnari, pencetus kepada penubuhan syarikat ini merupakan anak kelahiran Pahang. Beliau yang bukan datang daripada keluarga senang dibesarkan oleh ayah beliau yang menampung keluarga dengan bekerja sebagai seorang penoreh getah dan penanam padi. Arwah ibu beliau pula merupakan seorang suri rumah yang meninggal dunia ketika beliau baru berumur 11 tahun.
Hasrat arwah ibu untuk melihat anak-anak melanjutkan pelajaran hingga berjaya ke menara gading membakar semangat beliau untuk merealisasikan impian tersebut, membuatkan beliau fokus kepada pelajaran sehingga mendapat tempat di Royal Military College (RMC), Malaysia dan seterusnya menyambung pelajaran dalam Bachelor’s Degree in Electrical Engineering di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Beliau kemudian memulakan langkah kerjaya di Petronas di mana segala ilmu yang dipelajari selama 10 tahun di situ memberikan beliau pengalaman yang cukup untuk menubuhkan syarikat sendiri, BPE Engineering & Services Sdn Bhd. Percaya akan pembelajaran berterusan, beliau menyambung pelajaran dengan mengambil jurusan Doctorate in Business Administration, (DBA), Artificial Intelligence (AI).
Pada Ogos 2023, beliau telah dianugerahkan Darjah Sangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk.