Sebut sahaja perkataan “bisnes” pasti akan membuatkan ramai orang di luar sana kagum. Bagi mereka, bisnes merupakan satu pekerjaan yang membawa pulangan besar.
Perkara tersebut tidak boleh dinafikan. Sesebuah bisnes itu akan berjaya membawa pulangan yang sangat besar jika betul tekniknya dan bermentorkan individu yang tepat.
Bisnes juga sinonim dengan orang Cina. Majoriti daripada bangsa mereka menguasai bidang ini termasuk di Malaysia. Mungkin anda tertanya-tanya apakah strategi bisnes orang Cina yang membuatkan mereka berjaya dan kaya raya.
Buat anda yang masih kabur dan tiada pilihan tetapi ingin mulakan bisnes, syabas! Anda berada di tempat yang betul.
Anda telah mulakan langkah pertama bagi mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih baik dengan memilih untuk menjadi seorang ahli perniagaan.
“A big business starts small ”- Richard Branson
Anda mungkin buntu memikirkan apakah bisnes yang sesuai dengan kemampuan anda. Disini kami akan rungkaikan kerisauan anda supaya terus maju dan dapat bina bisnes berjaya.
Untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang kekal bersama bisnesnya, terdapat beberapa perkara yang perli dipersiapkan.
Penting sekali, persiapkan diri anda kerana andalah yang akan memandu bisnes anda ke alamat yang ingin dituju. Pemandu yang berjaya tiba ke matlamat mereka adalah pemandu yang bijak serta kaya dengan ilmu.
Disini kami kongsikan untuk anda beberapa panduan yang boleh dipraktikkan bagi memulakan bisnes anda.
“Orang yang berjaya, mereka sentiasa bergerak dan bersedia mendahului masa. Orang gagal, masa sentiasa mendahului mereka” – Datuk Wira Dr Azizan Osman
Untuk memudahkan kefahaman anda terhadap bisnes, seperti yang anda dapat lihat di pasaran luar terdapat bermacam jenis perniagaan yang diusahakan.
Anda juga boleh jadi seperti mereka jika anda tahu tips nak mulakan bisnes yang betul.
Perniagaan-perniagaan tersebut dibahagikan kepada dua jenis iaitu perniagaan jenis perkhidmatan dan perniagaan jenis produk fizikal.
Perkhidmatan
Sudah tentu kedua-dua jenis perniagaan ini mempunyai perbezaan yang besar. Bagi anda yang pasang impian untuk menjalankan bisnes berkonsepkan perkhidmatan, anda perlu lebih bersedia dari banyak aspek.
Anda akan bersemuka dengan pelanggan dan perlu memberikan perkhidmatan terbaik. Antara contoh perniagaan berkonsepkan perkhidmatan adalah kedai makan, bengkel kereta, servis cleaner, servis percetakan dan bermacam lagi yang melibatkan penglibatan fizikal.
Perniagaan jenis perkhidmatan juga memerlukan lebih tenaga dan kemahiran yang tinggi kerana anda akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan.
Sudah tentu anda mahu pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Ia dapat memberikan imej positif buat perniagaan anda.
Oleh itu, persediaan yang mantap diperlukan dari segi keselesaan bangunan, tenaga kerja, barangan basah, peralatan serta lain-lain. Pada awalnya memang agak rumit, namun jika anda bijak menjalankan perniagaan jenis perkhidmatan, anda mampu mengembangkannya serta mendapat keuntungan berlipat kali ganda.
Produk Fizikal
Bagi perniagaan berkonsepkan produk fizikal pula dibahagikan kepada dua.
Pertama, menjadi founder kepada produk anda sendiri. Kedua, menjual produk orang lain. Perniagaan konsep sangat digemari oleh peniaga-peniaga di luar sana.
Seperti kita dapat lihat, saban hari pelbagai produk muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Ramai juga yang memilih untuk menjual produk orang lain selain daripada mengeluarkan produk sendiri.
Anda boleh cari produk yang popular dan menjadi buah mulut ramai agar dapat memudahkan kerja anda kerana produk tersebut sudah dikenali.
Justeru, peniaga perlu bijak dalam mengendalikan perniagaan jenis ini.
Lihat apa keistimewaan produk tersebut. Adakah produk tersebut mampu memberikan pulangan kepada anda?
Adakah produk tersebut mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna?
Itu antara aspek penting yang perlu diberi perhatian terhadap sesuatu produk. Nilai dan kualiti produk tersebut akan menentukan tahap perniagaan anda.
Sudah tentu kedua-dua jenis perniagaan ini memerlukan modal kewangan, sama ada kecil atau besar anda yang harus memilihnya. Buatlah keputusan yang bijak.
Bisnes Online
Bisnes online adalah pilihan terbaik kerana anda dapat menjimatkan kos sebagai pemilik perniagaan. Anda tidak wajib untuk ada bangunan atau kedai sendiri, cukup hanya beroperasi dari rumah.
Bisnes jenis ini tentunya banyak diceburi oleh anak muda. Disamping tidak terikat dengan lokasi kedai, anda juga fleksibel terhadap waktu kerja serta lokasi. Anda juga tidak perlu risau jika mahu pergi kemana-mana, kedai online anda boleh beroperasi sepanjang masa.
Baca: 5 Bisnes Online Boleh Anda Mula
Ramai peniaga online berlumba memasarkan perniagaan mereka di platform sendiri. Siapa yang bijak serta rajin, dia yang mendapat hasil. Anda cuma perlu menjaga kualiti produk, servis, pembungkusan dan kreatif.
Skill bisnes yang berkesan amat memanfaatkan peniaga. Namun anda perlu elakkan kesilapan bisnes online yang sering berlaku.
Maksimakan penggunaan media sosial jika anda mahu dapatkan keuntungan yang besar kerana anda mampu berhubung dengan pelanggan secara meluas.
Bisnes Offline
Untuk bisnes offline pula, anda beroperasi melalui premis perniagaan anda sendiri. Sama seperti dua jenis perniagaan yang diterangkan pada awal tadi. Bisnes jenis perkhidmatan dan produk fizikal kebanyakannya memerlukan premis untuk beroperasi.
Ada antaranya menyewa kedai dan bangunan, harga bulanannya tertakluk kepada lokasi yang dipilih.
Kos perbelanjaan yang tinggi diperlukan jika anda nak mulakan bisnes offline. Anda juga perlu mempertimbangkan untuk mengambil pekerja oleh kerana bisnes offline perlu beroperasi mengikut masa seperti yang ditetapkan.
Pelanggan anda juga terhad dari kawasan premis anda sahaja. Justeru, anda harus bijak dalam strategi memilih bisnes pertama agar dapat minimumkan risiko.
Disamping itu, anda juga perlu kenal pasti salah faham tentang bisnes yang sering hadir dan bermain di fikiran para peniaga agar anda dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan yang sama.
Terdapat banyak jenis bisnes yang boleh anda lakukan. Anda boleh pilih antara bisnes yang memerlukan modal kecil, besar, malah ada juga bisnes tanpa modal yang boleh anda cuba.
Disinilah permulaan anda, iaitu untuk memilih.
“Perniagaan yang terbaik adalah perniagaan yang kita suka dan seronok jalankan serta menguntungkan dunia akhirat.” – Datuk Wira Dr Azizan Osman
Adakah anda dapat hint dari kata-kata tersebut?
Kenali minat anda. Adakah anda mampu memberikan komitmen terhadap minat itu.
Anda mungkin ada hobi serta minat dalam masakan, solekan, membaik pulih, seni, kecantikan, kesihatan, automotif, teknologi serta bermacam-macam lagi.
Pilih salah satu hobi anda, dan mulakannya sebagai bisnes.
Mula dari satu bisnes sahaja, fokus dan buat sehabis baik.
Ramai di antara anda yang masih terpinga-pinga tidak tahu bagaimana cara untuk mulakan bisnes. Produk semua dah ada, tapi tak tahu bagaimana nak mulakan.
Jangan bertangguh lagi. Ikuti 3 langkah mudah ini:
1. Branding
Untuk mulakan sebuah bisnes, ia umpama melahirkan seorang anak. Sudah tentunya anak tersebut memerlukan nama. Begitu juga bisnes. Dalam konteks ini, ia dikenali sebagai branding. Cipta jenama ataupun brand perniagaan anda sendiri.
Pemilihan brand perlu dibuat dengan betul kerana brand bisnes anda akan digunakan untuk jangka masa yang panjang.
Sebagai contoh, Panasonic, Colgate, Adidas, KFC, Ariani, Jakel dan lain-lain brand yang kekal bertapak lama di dalam dunia perniagaan.
Nama brand mereka tidak terlalu panjang dan sukar, ringkas dan mudah diingati.
2. Logo
Next step adalah dengan mencipta logo brand anda sendiri. Perniagaa yang berjaya di luar sana kesemuanya mempunyai logo mereka sendiri. Jika kita pandang sekilas sahaja pada logo tersebut, kita sudah kenal brand mereka.
Begitu juga dengan brand anda, cipta logo yang bersesuai. Tidak perlu terlalu rumit.
Gunakan kreativiti anda. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh mengupah designer untuk membuat rekaan berdasarkan kemahuan anda.
3. Personal branding
Gunakan kemudahan yang terdapat pada media sosial untuk memasarkan produk anda pada masyarakat di luar sana. Untuk menarik perhatian pembeli, anda perlu pastikan orang kenal produk anda.
Jangan hanya fokus untuk menjual, itu akan membuatkan audience rimas dengan posting anda. Sebagai pemilik bisnes, anda perlu bijak memikirkan cara untuk memasarkan produk dengan lebih kreatif.
Anda masih stuck dan tidak tahu macam mana nak tingkatkan sale?
Pembeli akan tertarik untuk membeli apabila mereka berminat dengan journey atau manfaat produk tersebut yang dapat selesaikan masalah yang dihadapi.
Ramai orang di luar sana berjaya dalam bisnes sehingga mencipta rekod jualan jutaan ringgit.
Semua itu terhasil dengan adanya tunjuk ajar serta bimbingan dari MeThor.
Setiap bisnes ada risikonya yang tersendiri. Hanya mereka yang berani sahaja mampu menyahut cabaran untuk mengubah nasib demi mencapai kehidupan yang jauh lebih selesa.
Jika tidak mulakan dari sekarang, bila lagi?
Bina bisnes berjaya anda sekarang juga. Layari www.binabisnesberjaya.com untuk dapatkan perkongsian ilmu perniagaan yang terbukti berkesan secara percuma.