Suri Rumah, Jual Produk Orang Capai RM1 Juta Pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Suri Rumah, Jual Produk Orang Capai RM1 Juta Pertama

Suri rumah ini bermula sebagai dropship menjual tudung, kemudian duit keuntungan yang diperolehi digunakan bagi upgrade menjadi ejen.

Wanita ini memilih berniaga agar dapat mengikut masa sendiri dan ada masa untuk mengasuh anak-anak. Beliau mahu mempunyai duit sendiri bagi menyediakan keperluan anak-anaknya dengan lengkap dan sempurna.

Sebelum ini, Puan Nurul Atiqah Kamaruzaman menyertai karnival, pasar, booth dan event untuk berniaga. Kemudian beliau beranikan diri menyewa kedai kecil.

Dulu pelbagai produk dijual dan kini beliau sudah perlahan-lahan fokus kepada satu produk. Dulu berniaga semata-mata hanya untuk duit, tapi dengan ilmu yang ada untuk bantu lebih ramai orang.

Beliau kini merupakan stokis Tudung Fareha by Cikfa dan merupakan Pengarah Nurul Atiqah Holding Sdn Bhd. Kini ada 2 kedai dan 1 pejabat. Daripada 2 orang pekerja, kini sudah ada 15 orang pekerja.

Bermula dengan 1 group, sekarang beliau mempunyai lebih 1,000 orang dalam team.

Bisnes perlu mempunyai ilmu dan MenThor

Menurutnya, usahawan perlu mempunyai ilmu yang betul dan MenThor agar dapat membimbing untuk bina bisnes yang berjaya.

“Saya menyertai Spire pada bulan Mac 2020 dan kenapa memilih Spire adalah kerana ia impian saya pada 2018 lagi.”

“Saya dapat capai RM1 juta pertama dan perniagaan mula berkembang serta pekerja saya semakin ramai.”

Puan Nurul Atiqah

Meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau berjaya capai RM1 juta pertama walaupun hanya menjual produk orang lain pada bulan Mei tahun lalu.

Ia bersamaan hanya 1 bulan lebih selepas beliau menggunakan segala strategi dan kaedah yang diperolehi dalam SPIRE.

Berikut 3 perkara betul yang dilakukan untuk capai RM1 juta pertama dikongsikan Puan Nurul Atiqah :

  1. Fokus kepada ejen yang betul-betul hendak berjaya
  2. Mengunakan segala strategi pemasaran yang diajar ke dalam bisnes
  3. Mempunyai staf dan leader yang dapat menguruskan jabatan serta tugas masing-masing.

Hasilnya, jualan beliau yang dicapai sepanjang 2020 mencapai RM11.1 juta malah kini beliau sudah pun menyertai Program Mentoring Titanium.

Pesan beliau untuk usahawan nak bina bisnes yang berjaya, mereka perlu mempunyai komitmen dan bersedia melaburkan masa bagi bisnes yang dijalankan itu.

Terbukti walaupun hanya menjual produk orang lain, dengan ilmu, strategi yang betul dan bimbingan MenThor disusuli tindakan berterusan boleh menghasilkan kejayaan.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Anda mahir menggunakan Facebook untuk tujuan peribadi anda? Mengapa tidak buat duit dengan bisnes melalui Facebook? Anda boleh menggunakan Facebook sebagai alat pemasaran sepenuh masa