Pentingnya Branding Melalui Media Sosial

Sebelum adanya media sosial dan kemunculan Facebook, soal branding bagi sesebuah bisnes hanya menumpukan kepada platform media cetak, radio dan risalah serta papan iklan.

Bagaimanapun, semuanya mula berubah apabila media sosial dilihat sebagai salah satu ‘alat’ yang sangat ‘powerful’ bagi marketing. Bisnes-bisnes kini mempunyai cara lain selain platform yang ada sebelum ini bagi branding malah dapat menghubungkan mereka dengan bakal pelanggan ataupun pelanggan mereka.

Branding atau penjenamaan ini lebih daripada hanya mengenai soal logo atau gambar untuk diletakkan dalam marketing anda. Jenama ini sebenarnya bagaimana anda mahu membuatkan bagaimana pelanggan rasa dan ia dibina dengan pendekatan konsisten di setiap interaksi bersama mereka.

Kami gariskan beberapa panduan dapat membantu untuk pastikan jenama yang konsisten pada setiap jaringan media sosial anda.

1. Pastikan asas yang baik

Paling penting pastikan logo anda itu konsisten dari segi warna, perkataan dan sebagainya. Ia bagi memastikan orang ramai dapat mengenali logo berkenaan.

2. Gunakan website anda bagi cover photo

Bila nak letakkan bagi cover photo Facebook atau banner Twitter, anda boleh gunakan imej yang terdapat dalam website. Tujuan utama adalah untuk membuatkan orang jelas dan mengenali jenama anda.

3. Pastikan mempunyai gambar profil dan cover photo bagi setiap platform media sosial

Anda tak mahu melihat setiap platform media sosial bisnes anda berbeza antara satu sama lain. Jika anda mahu orang lain kenali anda, konsisten merupakan kunci yang sangat penting.

Soal visual yang konsisten sangat penting namun anda juga perlu pastika ia dapat menarik perhatian pelanggan. Visual merupakan perkara pertama yang akan dilihat pelanggan apabila mereka melayari ke laman media sosial anda.

Perkara paling buruk dilihat apabila anda menghantar mesej salah kepada audiens berkenaan. Sehubungan itu, pastikan branding anda ini jelas dan kalau boleh pastikan ia ‘simple’ seperti anda dapat dilihat pada kebanyak jenama besar di dunia.



Leave a Reply