Bagaimana Netflix Boleh Berjaya

Siapa tidak kenal dengan Netflix ketika ini? Platform langganan penstriman filem-filem begitu terkenal ketika ini.

Tapi tahukah anda bagaimana ia bermula hingga berjaya dan sebuah empayar bisnes terkemuka, Blockbuster pula gagal. Kajian kes ini menunjukkan Netflix berjaya adaptasi dengan perubahan manakala tidak bagi Blockbuster.

Terdahulu, Netflix dilancarkan pada 1997 manakala Blockbuster sudah berada di pasaran industri sewa video sekian lamanya. Blockbuster telah berkembang dari satu lokasi di Dallas, Amerika Syarikat (AS) kepada lebih 2,800 kedai di seluruh negara. Justeru itu, jika nak dibanding Netflix dengan Blockbuster ketika ini adalah umpama budak nak melawan orang dewasa.

Bagaimanapun, menerusi siri disruptif dan perubahan dalam industri hiburan semuanya berubah. Pada 1997, Pengasas Bersama dan CEO Netflix, Reed Hastongs melihat peluang bagi memperkenalkan perkhidmatan langganan DVD secara bulanan hanya menerusi surat tapi tiada caj lewat hantar dikenakan.

Pelanggan-pelanggan hanya perlu menghantar kembali DVD itu dengan memulangkannya bagi mendapatkan yang baru. Bagi Blockbuster mereka kekal dengan bisnes model buka kedai dan mengenakan caj bagi setiap sewa video termasuk caj lewat pemulangan.

Pada 2007, Netfix mula peralihan daripada menghanar DVD kepada penstriman online. Bukan itu saja, mereka mula menghasilkan program video sendiri. Netflis telah berbelanja $8 bilion setahu bagi program tv baru untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan terus kekal bersama mereka pada 2018.

Setahun kemudian, Netflix menerima 14 pencalonan anugerah Oscar dan menang 4 anugerah. Netflix sudah menjadi salah satu pemain utama dalam pembikinan filem dan rancangan bersiri.

Bagi Blockbuster pula, ia terus kekal cara lama dan terlepas peluang dalam online. Sebenarnya, Hasting bersama Netflix telah mencadangkan usahasama dengan Blockbuster ketika itu di mana mereka akan menjalankan jenama Blockbuster online dan Blockbuster akan promosikan Netflix di cawangan mereka.

Namun, raja industri sewa video itu telah menolak cadangan Netflix. Mereka melihat Netflix sebagai ancaman dan langkah cuba diambil Blockbuster sudah terlambat. Pada 2004, John Antiocoyang merupakan CEO ketika itu mencadangkan menghapuskan caj lewat pulang dan melancarkan Blockbuster online.

Dua langkah ini akan memakan kos sehingga $200 juta setiap satu namun lembaga pengarah hilang kepercayaan kepada Antioco. Antioco dipecat pada 2005 dan penggantinya tidak meneruskan dua langkah itu. Lima tahun kemudian iaitu pada 2010, Blockbuster memfailkan muflis.

3 perara boleh usahawan pelajari daripada Netflix & Blockbuster ini :

1 Jangan lupa apa yang anda jual

Blockbuster yang mendominasikan pasaran sewa video sudah hilang visi mereka bagi menumpukan menyediakan penghantaran hiburan kepada pelanggan-pelanggan. Bagaimanapun, mereka selesa dan tidak melakukan inovasi sedangkan teknologi berubah dari semasa ke semasa.

Mereka tak mencari jalan baru bagi menyampaikan visi mereka. Pengasas Netflix, Marc Randolph pula ambil langkah untuk ubah daripada perkhidmatan tempahan DVD secara kiraman kepada penstriman online.

2 Sanggup untuk berubah

Sebelum memfailkan muflis, Blockbuster sedara bahawa bisnes model Netflix merupakan cara kehadapan namun semuanya sudah terlambat.

Blockbuster tidak dapat merubah bisnesnya bagi menyaingi Netflix.

Sedangkan teknologi sentiasa ditambah baik dan industri berubah. Bagi bisnes berkembang, anda perlu sentiasa peka dan melihat perubahan keperluan pelanggan agar dapat ubah bisnes model anda.

3 Pendekatan berteraskan pelanggan selalu akan menang

Blockbuster tidak memahami apa bisnes mereka sebenarnya iaitu menyediakan hiburan dan tidak fleksibel bagi berubah. Selain itu, Blockbuster juga tidak sedia untuk meletakkan keutamaan pelanggan dulu. Syarikat itu bergantung hasil sebenarnya daripada caj lewat pemulangan.

Netfix pula mengutama pelanggan dengan memnberikan kemudahan untuk pelanggan melanggan secara bulanan dan dapat menonton melalui penstriman video yang lebih mudah dan pantas.

Kesimpulannya, bahawa perubahan itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Begitu juga apabila kita berdepan dengan pandemik sejak tahun lalu, perubahan terpaksa dilakukan bagi memastikan bisnes dapat bertahan malah berkembang lagi.

Justeru itu, jika anda berdepan masalah atau pilihan bahawa apa yang dilakukan ketika ini tidak akan berubah. Ingatlah kisah Blockbuster & Netflix ini yang mana seluruh industri tamat dalam masa beberapa tahun saja.



Leave a Reply