Tanpa Inovasi Boleh Mati. Contoh Inovasi Untuk Anda!

Contoh inovasi yang boleh anda lihat. Sebab tanpa inovasi bisnes boleh mati.

Ya, tanpa inovasi bisnes anda yang jalankan walau berpuluh tahun boleh mati. Sudah banyak contoh jenama besar dan syarikat besar yang menyaksikan bisnes mereka terpaksa ditutup disebabkan soal inovasi ini.

Contoh inovasi syarikat-syarikat itu gagal melakukannya hingga mengakibatkan mereka lingkup seperti Kodak, Nokia, Blockbuster dan banyak lagi bisnes besar dunia lain.

Sehubungan itu, inovasi ini sangat penting bagi sesebuah bisnes untuk terus berkembang dan kekal relevan kepada orang ramai.

Seperti ketika pandemik yang berlaku ketika ini, kebanyakan bisnes terkesan teruk terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada 18 Mac 2020.

Kesemua sektor ekonomi terpaksa ditutup kecuali sektor essential yang diperlukan bagi memastikan kehidupan orang ramai masih dapat diteruskan meskipun tidak boleh keluar rumah.

Justeru itu, bisnes-bisnes terpaksa berubah dan menyesuaikan dengan keadaan semasa itu. Inovasi perlu dilakukan bagi memastikan operasi bisnes masih dapat diteruskan seterusnya bisnes masih dapat bertahan dalam tempoh sukar itu.

Boleh kita katakan hikmah disebalik pandemik ketika ini yang mana mempercepatkan keperluan inovasi baru bagi memastikan proses dan operasi bukan saja bisnes malah pelbagai sektor.

Teknologi baru seperti cloud atau pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI), automasi robot dan Internet Pelbagai Perkara (IoT) yang dilihat ‘game changer’.

Ia dapat mengubah cara sesebuah bisnes beroperasi dan menambahkan nilai kepada pelanggan sekaligus tingkatkan kecekapan mereka.

Contoh Inovasi – Apakah yang dilakukan?

Banyak contoh inovasi dilakukan oleh bisnes-bisnes antaranya yang utama adalah penumpuan kepada online atau digitalisasi bisnes berkenaan.

Inovasi dalam bisnes juga boleh dilakukan dalam pelbagai cara melalui produk, servis, jenama, model bisnes dan pemasaran.

Mungkin sebelum ini, kebanyakan bisnes tidak begitu mengambil berat soal keberadaan mereka secara online namun berikutan kekangan berlaku mereka telah beralih kepada online dengan membuat website, pastikan media sosial bisnes yang lebih efektif, e-dagang dan sebagainya.

Malah hinggakan ada bisnes-bisnes yang terpaksa menukar model bisnes mereka sendiri. Suka atau tidak ia perlu dilakukan, inovasi dan perubahan kena dibuat agar mereka dapat terus bertahan dan mungkin berkembang lagi.

Contohnya, dalam kalangan anak didik Datuk Wira Dr. Azizan sendiri mereka lebih bersedia dan dapat bertindak dengan lebih pantas berbanding bisnes yang tiada bimbingan daripada MenThor dengan proven results ini.

Anda boleh baca kisah Mood Travel yang mana mereka sebelum ini terlibat dalam sektor pelancongan dan telah menukar model bisnes kepada pakaian. Hasil bimbangan diterima berserta tindakan yang dilakukan menyaksikan bisnes dijalankan telah menyaksikan peningkatan dan dapat bertahan ketika ini.

Selain itu, dari segi pengoperasian bisnes yang menyaksikan mula menggunakan teknologi-teknologi terkini yang berada dalam pasaran.

Sebahagian bisnes menyaksikan team mereka work from home (WFH), menggunakan aplikasi tele-sidang seperti Zoom, Google Meet dan banyak lagi agar dapat sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain.

Restoran dan peniaga-peniaga makanan juga sudah mempunyai alternatif bagi mendapatkan pelanggan melalui penghantaran makanan.

Penggunaan marketplace penghantaran makanan menggunakan aplikasi mobil memberikan kemudahan kepada pelanggan-pelanggan membuat pesanan dan mendapatkan makanan ditawarkan tanpa perlu keluar dari rumah.

Cuba lihat sebentar, adakah contoh inovasi di atas ini sedang digunakan dalam bisnes anda?

Inovasi bantu kekalkan bisnes anda’

Maka sebagai usahawan sangat penting untuk selalu semak bisnes anda lihat apa yang boleh ditambah baik lagi. Adakah teknologi-teknologi baru itu dapat bantu bisnes anda menjadi lebih baik lagi?

Jika tidak, bisnes anda ini boleh dirampas oleh pesaing-pesaing lain yang menggunakan inovasi. Inovasi ini berkaitan dengan soal operasi, jualan, kewangan dan sebagainya.

Selain inovasi ada perkara lain yang diperlukan untuk bisnes terus berkembang dan bergerak ke peringkat seterusnya. Anda boleh lihat brand besar yang masih kekal berkembang sehingga hari ini.

“Kemungkinan makan pagi kita dirampas oleh orang lain”

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Jelas MenThor, tanpa inovasi ini umpama membiarkan sarapan anda dimakan oleh orang lain. Pelanggan anda boleh ‘lari’ kepada pesaing-pesaing yang menawarkan sesuatu yang lebih baik lagi.

Sebab itu, kita perlu cepat bertindak dan melihat apa yang boleh ditambah baik lagi agar berbeza daripada orang lain iaitu pesaing anda. Jangan cepat selesa dan dari semasa ke semasa buat penambahbaikan.

Bisnes yang berpuluh tahun pun boleh tutup ekoran inovasi apatah lagi bisnes yang baru atau sedang kita jalankan ini?



4 Comments

Leave a Reply