Dr Roket : Buat Bisnes Tanpa Ilmu Yang Diperlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Dr Roket : Buat Bisnes Tanpa Ilmu Yang Diperlukan

Dr Mardiana pernah buat seminar untung RM50 saja, itu pun daripada jual buku

Seorang bekas pensyarah Bahasa Arab, Co-Founder Dr Roket (Program Bimbingan Master & PHD), Dr Mardiana Mat Ishak telah bertindak dan ambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberikan tumpuan kepada bisnes.

Tindakan yang betul untuk fokus dalam bisnesnya namun Dr Mardiana mengalami cabaran dalam bisnesnya berikutan tak tahu macam mana nak urus dan bina team sebabkan ahli team keluar masuk serta tak bertahan.

Sebelum itu, beliau juga pernah terpaksa menggunakan gaji pensyarahnya untuk menampung bayar gaji staf sebab hasil yang dijana tidak seberapa. Bahkan satu masa seminar dilakukan hanya untung RM50, itu pun daripada jualan buku.

Selain itu, beliau pernah berdepan situasi membimbangkan bila duit simpanan syarikat semakin susut – tidak sampai RM30,000 untuk bertahan bayar gaji team seramai 4 orang dan kos-kos lain. 

Pada waktu kesusahan itu, bila dalam kebimbangan dengan keadaan bisnes yang tak menentu, beliau memohon kepada Allah SWT untuk tunjukkan seseorang yang dapat bantu bisnesnya.

“Rasa menyesal (bisnes) pun ada juga. Kalau dalam keadaan macam ini baik aku makan gaji saja. Tapi bila fikirkan balik daripada fikirkan – ‘why me’ kenapa Allah pilih aku, tukar kepada cakap ‘why not me’- kenapa bukan aku Allah pilih. Inilah turning point bagi beliau.

“Dari situ saya mula cari siapa boleh bantu dan alhamdulillah jumpa RichWorks. Selepas itu, saya istikharah lama juga dan bertindak sertai SPIRE,” jelasnya.

Pencapaian Dr Roket

Selepas Dr Mardiana menyertai Program Mentoring SPIRE pada Oktober 2019, perubahan demi perubahan dapati berlaku dengan dari pejabat yang kecil, berkongsi meja bagi staf pindah ke pejabat satu tingkat dengan ada bilik sendiri.

Alhamdulillah, bisnes diusahakan beliau semakin berkembang dengan berpindah ke pejabat lebih luas malah dapat memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dengan team menjadi 17 orang dan nak tambah lagi berbanding 3 orang pada peringkat awal.

Jualan beliau pada tahun lalu sudah mencapai RM1.6 juta berbanding hanya RM312,000 pada 2019. Dr Roket mencapai jualan RM1 juta pertama pada September 2020.

Sebelum sertai SPIRE pula, sales beliau hanya RM238,609 pada 2018. Malah program yang diadakan dulunya hanya sekitar 50 orang dan sudah boleh kumpul hingga lebih 1,000 orang dalam satu dewan sebelum PKP.

Beliau juga dapat bantu kepada ibu bapa secara konsisten berbanding ketika bekerja sebagai pensyarah walau ada duit tapi tidak konsisten. 

Sementara itu, Dr Mardiana saran kepada mereka di luar sana bahawa dalam journey bisnes kita perlunya trust the process. Malah kejayaan tidak boleh seorang diri, perlunya teamwork dan mindset yang betul.

Founder tiada apa-apa tanpa team, dan team juga tiada apa-apa tanpa Founder. Keduanya saling memerlukan satu sama lain dengan peranan mereka.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

7 Tips Hasilkan eBook

7 Tips Hasilkan eBook

Mesti anda tertanya-tanya apabila anda buka Blog atau page seseorang di laman web, akan keluar ‘pop up’ yang meminta anda mengisi maklumat seperti nama dan

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

Seronok berniaga secara online? Senang dan mudah untuk dilakukan terutama bagi mereka yang baru berniaga. Tapi tahukah anda ada beberapa kesilapan yang selalu peniaga lakukan