by | Dec 24, 2023

AMBIL ALIH PERNIAGAAN BUKANLAH PERKARA YANG MUDAH

“Kalau tiada siapa yang nak uruskan, apa kata kita tutup saja bisnes ini!”

Begitulah ayat yang dilontarkan oleh Haji Salleh yang menusuk hati anaknya, Mohd
Fauzie, hingga membuatkannya tekad untuk meneruskan perusahaan keluarga yang
berasaskan industri pembuatan snek makanan ini biarpun sudah selesa dengan kerjayanya
sebagai seorang jurutera pada ketika itu.

Ujar Mohd Fauzie, beliau akur dengan kehendak bapanya yang mahukan anak lelakinya untuk
menyambung legasi bisnes ini memandangkan dirinya sudah sebati dengan dunia perniagaan
sejak dari kecil lagi.

“Saya memang lahir dalam keluarga bisnes dan sudah berjinak-jinak sebagai usahawan sejak di
bangku sekolah lagi di mana saya menjual kad kepada rakan-rakan sewaktu berada di sekolah
rendah.

“Naik sekolah menengah, saya sudah mula menjual kerepek dalam bungkusan besar yang dikongsikan kepada kawan-kawan untuk dijual di dalam asrama.

“Di universiti pula saya mulakan pelbagai bisnes seperti hartanah, perkhidmatan membaiki komputer riba, jual aksesori komputer dan lain-lain lagi.

“Apabila tiba hujung minggu dalam bulan Ramadan, saya akan pulang ke kampung dan bantu keluarga menguruskan perniagaan kerana Aidilfitri merupakan waktu kemuncak jualan.

“Walaupun rancak dengan bisnes, realitinya pada waktu itu keluarga saya tak nampak pun bisnes ini nak ke mana malah ibu saya sebenarnya mengharapkan saya menjadi seorang pendidik atau pensyarah yang bekerja di kerajaan seperti orang lain. Namun, semua itu berubah selepas beberapa tahun saya mengambil alih syarikat Salleh Food ini,” ujar pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
Salleh Food Industries Sdn.Bhd. ini.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL 61

BIL 61

“Saya akur dengan kehendaknya. Waktu itu ayah saya sudah tidak masuk ke pejabat dari tahun 2000. Jadi, bila saya masuk pada tahun 2008, saya dapati...

BIL 59

BIL 59

Kalau sebut saja tentang Zai Sri Gemilang, pasti anda akan mula terkenangkan keenakan hidangan yang disajikan sewaktu acara majlis perkahwinan yang...

BIL 58

BIL 58

Tak mudah untuk menggalas dua tanggungjawab berbeza pada waktu yang sama. Begitulah yang dirasai oleh Dr.Siti Nadzirah Zulkiffle yang merupakan...

BIL57

BIL57

Dunia hari ini segalanya boleh diakses di hujung jari. Kalau dulu nak beli barang basah kena pergi ke pasaraya. Sekarang, tidak lagi. Anda kini...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193