by | Jul 31, 2023

MULA BISNES SECARA TAK SENGAJA

“YA, BERMULA SECARA TAK SENGAJA,” JAWAB JASNIZA JAMAL KETIKA DITANYA BAGAIMANA BELIAU MULA JALANKAN BISNES.

Siapa sangka, Jas Kristal Vision Sdn. Bhd. yang dijalankan di kawasan ‘kampung’ di Baling, Kedah juga boleh berjaya hingga ke tahap sekarang ini. 

Jasniza memberitahu, beliau pada mulanya tak ada pun cita-cita nak jadi usahawan selepas tamat pengajian di peringkat ijazah. 

Beliau pilih untuk berniaga apabila seronok tengok gaya hidup usahawan muda yang dikenali. 

“Saya bantu uruskan kedai cermin mata kakak sulung dan dipendekkan cerita saya meneruskan kedai berkenaan. 

“Kalau nak dikirakan sekitar 15 tahun lalu, bila mana saya ditawarkan untuk uruskan kedai cermin mata itu sampai jadi hak milik. Saya sahut cabaran dan rasa ia merupakan tawaran yang baik,” katanya lagi. 

Tambahnya, ketika itu baru berusia 24 tahun dengan duduk di Baling malah perbelanjaan pun tak tinggi sangat. 

Bagaimanapun, Jasniza terpaksa membayar denda berlipat kali ganda berikutan tidak mahu mengambil pekerjaan yang ditawarkan selepas tamat pengajian melalui biasiswa kerajaan. 

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL57

BIL57

Dunia hari ini segalanya boleh diakses di hujung jari. Kalau dulu nak beli barang basah kena pergi ke pasaraya. Sekarang, tidak lagi. Anda kini...

BIL 56

BIL 56

Biarpun pernah dipandang rendah sewaktu bekerja sebagai kelindan lori, namun Muhammad Nur Aiman Md Amran (Aiman) tilak pernah berkecil hati atau...

BIL 55

BIL 55

Merawat haiwan dan mengusahakan perniagaan adalah dua perkara yang jauh berbeza. Dua bidang ini mempunyai cabarannya yang tersendiri dan pastinya ia...

BIL 54

BIL 54

Inai dengan masyarakat di Malaysia terutamanya kaum Melayu dan India bukanlah sesuatu yang asing lagi. Jika anda merupakan salah seorang...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193