by | Apr 23, 2023

Kerani jatuh cinta pada dunia F&B

‘TAK KENAL MAKA TAK CINTA.’

Itulah frasa yang sesuai diungkapkan buat Alya Mona, pengasas kepada King Laksa Sarawak terhadap dunia keusahawanan yang diceburinya.

Berasal daripada latar belakang keluarga yang sederhana, niat beliau ceburi bidang bisnes pada awal hanyalah untuk membantu suami dalam menguruskan perniagaannya.

“Dulu saya bekerja sebagai kerani dan tanggapan saya terhadap industry food & beverage (F&B) tidak menyeronokkan.

“Namun, lama-kelamaan saya jatuh cinta pula dengannya. Suami saya memang berasal daripada keluarga yang berbisnes, cuma beliau tidak ada pengurusan yang teratur seperti cash flow dan simpanan wang yang betul untuk perniagaan.

“Saya berasa kasihan dan cuba membantu sebab dapat lihat bahawa dia ada jenama yang kuat cuma tiada strategi pemasaran yang betul.

“Apabila membantu suami, saya mula menghasilkan trademark dan mulakan pengurusan bisnes yang betul,” jelas wanita kelahiran Sarawak ini.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL 48

BIL 48

Bila buat bisnes, ingat sudah pandai namun yang jadinya RM350,000 pinjaman peribadi yang dibuat lebur dalam tempoh enam bulan saja pada 2016. Tidak...

BIL 47

BIL 47

Jika bercakap mengenai cinnamon roll, pasti semua menggemarinya, bukan? Enak untuk dinikmati tidak kira masa, ia juga boleh menjadi penyejuk hati...

BIL 45

BIL 45

KAEDAH HARAKI Haji Zakaria Din @ Nasirudin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zakaria berasal dari Tanjung Karang, Selangor. Beliau mendapat...

BIL 44

BIL 44

Gadis kecil molek berjiwa besar, Adibah Mazlan merupakan seorang ahli farmasi yang diperakui oleh Lembaga Farmasi dengan pengalaman dua tahun dalam...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193