by | Jan 8, 2023

BERMULA DI RUMAH, KINI KRISHNAN & MADAM SUE MILIKI WISMA SYARIKAT 3 TINGKAT

Rasa penat berulang-alik dari tempat kerja ke rumah kediaman membuatkan pasangan suami, Sri Krishna Subramaniam dan Sudha Devi bertekad untuk mengusahakan perniagaan sendiri.

Sudah lima tahun beroperasi, jenama Kytee Herbals terus menawan hati pencinta dunia kecantikan dengan produk kosmetik dan penjagaan wajah yang selamat dan 100% semula jadi.

“Saya dan suami pada asalnya merupakan bekas pegawai bank. Saya mahu mulakan bisnes tapi mahukan perniagaan yang boleh bermula dari rumah agar mudah untuk menjaga anak-anak di samping menjana pendapatan.

“Kebetulan pula waktu itu sedang tular perniagaan dalam talian, jadi atas sebab itulah saya pilih bisnes ini,” ujar pengasas Kytee Herbals, Sudha Devi atau mesra dipanggil Madam Sue.

Tambahnya lagi, beliau memulakan bisnes pada 2016 dan melakukannya secara bersendirian kerana pada waktu itu suaminya masih bekerja di ibu kota.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL 47

BIL 47

Jika bercakap mengenai cinnamon roll, pasti semua menggemarinya, bukan? Enak untuk dinikmati tidak kira masa, ia juga boleh menjadi penyejuk hati...

BIL 46

BIL 46

‘TAK KENAL MAKA TAK CINTA.’ Itulah frasa yang sesuai diungkapkan buat Alya Mona, pengasas kepada King Laksa Sarawak terhadap dunia keusahawanan yang...

BIL 45

BIL 45

KAEDAH HARAKI Haji Zakaria Din @ Nasirudin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Zakaria berasal dari Tanjung Karang, Selangor. Beliau mendapat...

BIL 44

BIL 44

Gadis kecil molek berjiwa besar, Adibah Mazlan merupakan seorang ahli farmasi yang diperakui oleh Lembaga Farmasi dengan pengalaman dua tahun dalam...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193