by | Jan 8, 2023

BERMULA DI RUMAH, KINI KRISHNAN & MADAM SUE MILIKI WISMA SYARIKAT 3 TINGKAT

Rasa penat berulang-alik dari tempat kerja ke rumah kediaman membuatkan pasangan suami, Sri Krishna Subramaniam dan Sudha Devi bertekad untuk mengusahakan perniagaan sendiri.

Sudah lima tahun beroperasi, jenama Kytee Herbals terus menawan hati pencinta dunia kecantikan dengan produk kosmetik dan penjagaan wajah yang selamat dan 100% semula jadi.

“Saya dan suami pada asalnya merupakan bekas pegawai bank. Saya mahu mulakan bisnes tapi mahukan perniagaan yang boleh bermula dari rumah agar mudah untuk menjaga anak-anak di samping menjana pendapatan.

“Kebetulan pula waktu itu sedang tular perniagaan dalam talian, jadi atas sebab itulah saya pilih bisnes ini,” ujar pengasas Kytee Herbals, Sudha Devi atau mesra dipanggil Madam Sue.

Tambahnya lagi, beliau memulakan bisnes pada 2016 dan melakukannya secara bersendirian kerana pada waktu itu suaminya masih bekerja di ibu kota.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL 51

BIL 51

Prestige Medispa di bawah Drkay Aesthetics Sdn. Bhd. mempunyai tiga cawangan yang terletak di Johor Bahru (JB), Ampang dan Gombak.  Namun...

BIL 50

BIL 50

Nama Noor Arfa itu sendiri diambil sempena nama ibu bapanya. Noor diambil daripada nama ibunya, Noor Hijrah dan Arfa gabungan nama bapanya Wan Mohd...

BIL 49

BIL 49

“Saya suka buat keputusan sendiri, ‘bebas’ membuat keputusan yang tidak dapat diperolehi bila bekerja kepada orang lain. “Saya tak nak hanya...

BIL 48

BIL 48

Bila buat bisnes, ingat sudah pandai namun yang jadinya RM350,000 pinjaman peribadi yang dibuat lebur dalam tempoh enam bulan saja pada 2016. Tidak...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193