by | Nov 21, 2022

PEMASARAN TEPAT, PRODUK RAMBUT JAJJA CHINTA TERJUAL LEBIH SEJUTA BOTOL

Tidak menamatkan persekolahan bukan bermakna itu adalah pengakhiran dalam kerjaya seseorang. Selagi ada kemahuan di situ ada jalan.

Begitu juga dengan anak kelahiran Terengganu, Siti Hajar Elyana Muda yang mesra dengan panggilan Jaja.

Pengasas Jajja Chinta Sdn. Bhd. (Jajja Chinta) ini mula berkecimpung dalam dunia perniagaan ketika berusia 18 tahun.

MODAL PINJAM SUAMI

Menamatkan zaman bujang seawal usia 17 tahun, beliau mula berkecimpung dalam dunia perniagaan apabila membuka salun rambutnya sendiri di Kuala Terengganu dengan bermodalkan RM600, wang yang dipinjamkan suaminya.

“Perniagaan itu hanya dibuka kerana saya hanya tahu asas menggunting rambut sahaja tetapi tiada kemahiran lain seperti pengoperasian perniagaan dan pengurusan wang,” jelasnya.

Pada masa sama, Siti Hajar juga masih mengekalkan konsep perniagaan tradisional dengan menunggu pelanggan datang berkunjung ke kedainya.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL 35

BIL 35

Berhasrat mahu menyediakan bilik yang selesa kepada penyewa ekoran kecewa dengan keadaan ruang tamu diubah menjadi bilik yang pernah dihuni ketika...

BIL 33

BIL 33

Menggembirakan insan tersayang pasti memberi kepuasan dalam diri. Walau sebesar mana pemberian itu, tetapi apabila dapat membuatkan seseorang...

BIL 32

BIL 32

Ada modal bukan jaminan perniagaan anda akan berjalan lancar dan mengaut keuntungan jutaan ringgit, sebaliknya jika silap langkah akan gulung tikar...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193