by | Jun 9, 2022

BISNES BERSERAH PADA 'NASIB'

Seorang bekas guru sekolah dan suri rumah mengambil keputusan untuk meninggalkan karier demi memberikan perhatian buat keluarga dan bisnes.

Pasangan suami isteri ini iaitu Pengasas Hasnuri Sdn Bhd (Hasnuri), Hasbullah Awang dan isterinya, Nuriah Zakaria menceritakan sebelum mereka mendapat bimbingan RichWorks bahawa mindset mereka dahulu yang berniaga hanya bergantung kepada ‘nasib’.

“Kami mula berniaga pada 2014. Masa tu kami buka butik dan suami minta saya berhenti kerja, jaga butik pakaian dan jaga anak. Jadi sambil jaga anak, saya melayan customer.”

“Masa tu, dalam mindset saya, kalau ada rezeki atau keuntungan, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun tak apa asalkan dapat jaga suami dan anak,” kongsi Nuriah sambil disokong oleh suaminya.

Sebagai peniaga, banyak cabaran dan kesilapan lalu yang pernah mereka lakukan. Tapi ia tak mematahkan semangat mereka untuk terus menuntut ilmu dan mencari mentor yang boleh membimbing mereka.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL 61

BIL 61

“Saya akur dengan kehendaknya. Waktu itu ayah saya sudah tidak masuk ke pejabat dari tahun 2000. Jadi, bila saya masuk pada tahun 2008, saya dapati...

BIL 60

BIL 60

“Kalau tiada siapa yang nak uruskan, apa kata kita tutup saja bisnes ini!” Begitulah ayat yang dilontarkan oleh Haji Salleh yang menusuk hati...

BIL 59

BIL 59

Kalau sebut saja tentang Zai Sri Gemilang, pasti anda akan mula terkenangkan keenakan hidangan yang disajikan sewaktu acara majlis perkahwinan yang...

BIL 58

BIL 58

Tak mudah untuk menggalas dua tanggungjawab berbeza pada waktu yang sama. Begitulah yang dirasai oleh Dr.Siti Nadzirah Zulkiffle yang merupakan...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193