Seorang bekas guru sekolah dan suri rumah mengambil keputusan untuk meninggalkan karier demi memberikan perhatian buat keluarga dan bisnes.
Pasangan suami isteri ini iaitu Pengasas Hasnuri Sdn Bhd (Hasnuri), Hasbullah Awang dan isterinya, Nuriah Zakaria menceritakan sebelum mereka mendapat bimbingan RichWorks bahawa mindset mereka dahulu yang berniaga hanya bergantung kepada ‘nasib’.
“Kami mula berniaga pada 2014. Masa tu kami buka butik dan suami minta saya berhenti kerja, jaga butik pakaian dan jaga anak. Jadi sambil jaga anak, saya melayan customer.”
“Masa tu, dalam mindset saya, kalau ada rezeki atau keuntungan, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun tak apa asalkan dapat jaga suami dan anak,” kongsi Nuriah sambil disokong oleh suaminya.
Sebagai peniaga, banyak cabaran dan kesilapan lalu yang pernah mereka lakukan. Tapi ia tak mematahkan semangat mereka untuk terus menuntut ilmu dan mencari mentor yang boleh membimbing mereka.