Memiliki latar belakang sebagai doktor perubatan bukan jaminan seseorang itu tidak akan menghidap penyakit kronik sehingga mengganggu pula kehidupan seharian termasuk urusan pekerjaan.
Situasi itu turut dilalui Dr. Siti Juariah Kusni atau mesra dengan panggilan Dr. Jue.
Beliau pernah berkhidmat di hospital kerajaan selama tujuh tahun sebelum membuka klinik sendiri pada 1993 iaitu Pusat Perubatan Keluarga yang kini dikenali sebagai Poliklinik
Penawar.
Kemunculan klinik-klinik baharu bagai cendawan tumbuh selepas hujan mengakibatkan pendapatan klinik Dr. Jue merudum.
“Saya masih ingat ketika itu, pendapatan klinik merudum sehingga tidak mempunyai modal untuk membeli ubat, apatah lagi menampung kos operasi dan hutang bank.