Tidak menamatkan persekolahan bukan bermakna itu adalah pengakhiran dalam kerjaya seseorang. Selagi ada kemahuan di situ ada jalan.
Begitu juga dengan anak kelahiran Terengganu, Siti Hajar Elyana Muda yang mesra dengan panggilan Jaja.
Pengasas Jajja Chinta Sdn. Bhd. (Jajja Chinta) ini mula berkecimpung dalam dunia perniagaan ketika berusia 18 tahun.
MODAL PINJAM SUAMI
Menamatkan zaman bujang seawal usia 17 tahun, beliau mula berkecimpung dalam dunia perniagaan apabila membuka salun rambutnya sendiri di Kuala Terengganu dengan bermodalkan RM600, wang yang dipinjamkan suaminya.
“Perniagaan itu hanya dibuka kerana saya hanya tahu asas menggunting rambut sahaja tetapi tiada kemahiran lain seperti pengoperasian perniagaan dan pengurusan wang,” jelasnya.
Pada masa sama, Siti Hajar juga masih mengekalkan konsep perniagaan tradisional dengan menunggu pelanggan datang berkunjung ke kedainya.