3 Perkara Penting Usahawan Boleh Belajar Daripada Pandemik & PKP Ketika Ini

Banyak benda yang usahawan boleh belajar daripada pandemik yang bukan saja melanda negara malah dunia. Apatah lagi mulai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ‘2.0’ mula dikuatkuasakan bagi 6 negeri dalam zon merah hari ini.

Sementara itu, PKP Bersyarat (PKPB) ke atas enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. PKP Pemulihan (PKPP) pula akan dilaksanakan di Perlis dan Sarawak.

Antara faktor kemelesetan ekonomi dunia berlaku disebabkan pandemik yang memberi kesan kepada ekonomi negara. Situasi yang tak pernah dihadapi kebanyakan kita sebelum ini dengan tidak boleh keluar rumah kecuali ada keperluan dan kecemasan, aktiviti perhimpunan dan keagamaan dihentikan atau dibenarkan bagi jumlah yang kecil saja, penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, kerja dari rumah dan lain-lain.

Sektor ekonomi ditutup kecuali yang essential dengan banyak bisnes tak dapat beroperasi dari pejabat sebaliknya membiasakan diri untuk bekerja dari rumah. Dari 18 Mac hingga Jun 2020, seluruh rakyat pesan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ‘just stay at home’.

Bagaimanapun, bisnes kemudian dibenarkan beroperasi secara berperingkat bagi rakyat dapat meneruskan kerja mereka namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan amalan norma baharu.

Berita pengeluaran vaksin membuatkan ramai daripada kita mula buat pasang impian, nak pergi melancong ke luar negara selepas mendapatkan suntikan vaksin kelak.

Malaysia akan mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal, Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini.

Menerusi perjanjian, Pfizer dijangka penghantaran sebanyak sejuta dos pada suku pertama 2021, disusuli 1.7 juta dos pada suku tahun kedua, 5.8 juta dos pada suku tahun ketiga dan seterusnya 4.3 juta dos pada suku tahun keempat.

Bagaimanapun, kes positif baru didapati meningkat sejak kebelakangan ini dengan kes harian tertinggi dengan 3,027 jangkitan baru COVID-19 direkodkan pada 7 Januari 2021.

Pada 10 Januari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam akaun Twitternya memberitahu, peningkatan kes kematian akibat COVID-19 dengan merekodkan 71 kes hanya berlaku dalam tempoh sembilan hari pada tahun ini amat membimbangkan.

Jelasnya, bukan mudah untuk petugas menguruskan jenazah pesakit Covid-19.

Mereka terpaksa memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap dengan bermandi peluh dalam keadaan panas terik sehingga liang lahad dan sehingga selesai segala urusan pengebumian kes ini.

3 Perkara Penting Usahawan Boleh Belajar Daripada Pandemik dan PKP :

  1. Fokus kepada apa yang dalam kawalan anda

Seperti peringatan diberikan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika pandemik pada tahun lalu bahawa untuk usahawan fokus kepada apa yang boleh lakukan dan dalam kawalan sendiri.

Kita fokus kepada apa kita boleh control & buat vs apa yang kita tak boleh control & buat”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Peningkatan kes baru positif di negara kita tak boleh kawal, namun kita boleh kawal diri sendiri dan keluarga untuk mengurangkan risiko dijangkiti dengan amalan norma baharu serta prosedur operasi standard (SOP) yang dipatuhi.

Keberadaan digital

Kita boleh tingkatkan engagement dan interaksi dengan pelanggan-pelanggan terutama sedia ada untuk bertanya kabar dan melihat sama ada produk atau servis yang disediakan dapat membantu mereka atau tidak.

Kita boleh berikan lebih value kepada mereka dengan memberikan tips, panduan dan informasi berkaitan yang dapat membantu. Kita boleh berikan lebih tumpuan dan sokongan kepada team, stokis, ejen atau dropshipper agar mereka dapat mencapai matlamat masing-masing dalam tempoh mencabar ini.

Bukankah ini semua dapat bantu untuk bisnes anda bertahan malah berkembang lagi?

  1. Kepentingan penggunaan teknologi dan online

Teknologi begitu membantu ketika pandemik apatah lagi apabila diminta untuk kekal berada di rumah kecuali kecemasan dan ada keperluan tertentu. Ramai daripada kita sudah mula menggunakan aplikasi tele-sidang seperti Zoom, Google Meet, WeBex dan bermacam lagi.

Bukan itu saja, sudah banyak penjaja di tepi jalan, di kawasan perumahan kita mula menghubungkan produk mereka kepada lebih ramai orang melalui perkhidmatan penghantaran melalui aplikasi seperti Grab Food, Food Panda, DahMakan dan lain-lain.

Langkah diambil itu, bukan hanya berikan pelanggan yang lebih kepada peniaga malah bantu pembeli atau pengguna mendapatkan makanan yang dimahukan tanpa perlu keluar dari rumah.

Bisnes mula dan telah memfokuskan dalam online terutama dalam platform media sosial seperti Facebook dan Instagram malah e-dagang. Keberadaan sesebuah bisnes dalam online sangat penting agar mereka tidak ketinggalan dan dapat mencapai pelanggan yang lebih luas lagi.

3. Adaptasi dan berubah dengan pantas mengikut situasi semasa

Perubahan bukannya mudah, namun sebagai usahawan, kita perlu bersedia untuk berubah mengikut keperluan dan situasi ketika itu. Seperti pada Mac tahun lalu, kalau usahawan yang sebelum ini hanya tumpukan kedai fizikal adakah mereka dapat bertahan apabila diarahkan untuk menutup pejabat dan berada di rumah?

Sesuatu perlu dilakukan dan penyesuaian dibuat untuk memastikan pengoperasian bisnes dapat diteruskan walaupun dari rumah agar dapat menjana pendapatan bukannya hanya untuk kelangsungan hidup bisnes malah juga team.

Lagi teruk, bagi bisnes terlibat dalam industri pelancongan, seperti agensi pelancongan, umrah, penginapan dan lain-lain. Mereka sudah tak dapat meneruskan bisnes core mereka disebabkan pintu sempadan yang ditutup, halangan rentas sempadan negeri dan tidak boleh keluar rumah kecuali ada keperluan atau kecemasan saja pada waktu itu.

Justeru itu, mereka terpaksa mengubah model bisnes untuk pastikan masih dapat bertahan dalam tempoh itu. Ada antara usahawan itu mula membuat produk makanan sendiri dan ada juga yang menyertai bisnes rakan usahawan sedia ada yang berpotensi untuk berkembang lagi.

Percayalah, bahawa dalam kesusahan pasti ada kesenangannya. Dalam krisis ada peluang bagi mereka yang tahu, jelas Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Sebab itu, anda boleh lihat kejayaan luar biasa yang diperolehi usahawan-usahawan bersama RichWorks dengan menghasilkan jualan luar biasa pada tahun lalu.

Lebih 2.1 bilion nilai jualan berjaya dihasilkan 777 usahawan ini pada tahun 2020. Bukti jelas menunjukkan mereka yang tahu dan ada ilmu, strategi daripada bimbingan MenThor dapat bantu mereka untuk lebih berjaya.

Jadi apa yang kita tunggu lagi? Tahun 2020 sudah berlalu, kini 2021 baru bermula dan perjuangan kita masih belum selesai lagi. Cabaran masih ada, kes sudah tinggi, 2 minggu bermula hari ini merupakan tempoh yang getir buat kita semua rakyat Malaysia bagi memutuskan penyebaran pandemik COVID-19 dan menurunkan kadar kebolehjangkitan di negara.

Sesuatu perlu dilakukan, anda kenalah bersedia daripada pelbagai segi. Tak tahu, pergilah belajar, banyak program-program di luar sana yang dapat membantu anda. Tapi anda juga kena berhati-hati dan melihat mana satu yang ada results dan dapat bantu bisnes.

Contohnya, RichWorks akan mengadakan program besar bagi permulaan tahun 2021 ini – Bina Bisnes Berjaya yang akan diadakan pada hujung Januari ini. Program ini bagi bangsa usahawan yang baru atau sudah lama yang dalam situasi sukar dan mahukan sesuatu yang dapat bantu mereka untuk bangkit kembali.

RichWorks bersama MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman nak bantu lebih ramai bangsa usahawan untuk membina bisnes yang berjaya, dapat kembangkan bisnes mereka seterusnya menyumbang bukan saja untuk diri dan keluarga malah orang lain melalui peluang pekerjaan.



Leave a Reply