by | Oct 27, 2023

TIADA PENYESALAN KORBANKAN ZAMAN REMAJA

Dunia hari ini segalanya boleh diakses di hujung jari. Kalau dulu nak beli barang basah kena pergi ke pasaraya. Sekarang, tidak lagi. Anda kini boleh saja membelinya menerusi aplikasi khas yang diperkenalkan oleh syarikat Mutiara Bersatu Wet Kitchen Sdn.Bhd. tanpa sebarang kerisauan.

Menariknya mengenai syarikat ini adalah pengasas bersamanya yang baru sahaja berusia 27 tahun iaitu Ainul Mardhiah yang bijak melakukan inovasi dalam bisnes setelah menuntut ilmu perniagaan.

“Sebenarnya, perniagaan ini dijalankan oleh abang saya secara walk in sahaja di Pasar Awam Taman Tun Sardon, Pulau Pinang pada awalnya. Dia menjual pelbagai jenis barang basah lagi segar seperti ikan, ketam dan sebagainya. 

“Pada tahun 2014 ketika saya sedang cuti semester, kebetulan waktu itu ibu pula jatuh sakit dan saya mengambil tanggungjawab untuk menjaganya.

“Bermula dari situ, abang saya pun mula menawarkan peluang untuk bekerja dengannya. Saya buat kerja akaun, kerani dan lain-lain lagi. Saya tolong sikit-sikit sampailah sekarang kami sudah menjadi rakan kongsi,” kata anak bongsu daripada 11 beradik ini.

Berkongsi bagaimana tercetusnya idea untuk membuat sistem penghantaran dalam bisnesnya, Ainul Mardhiah berkongsi bahawa ia memang datang daripada buah fikirannya sendiri setelah menghadiri program Millionaire Marketing Mastery (MMM) anjuran RichWorks pada tahun 2017.

“Saya teringat kata-kata Datuk Wira Dr. Azizan Osman pada waktu itu supaya onlinekan bisnes anda. Bermula dari situ saya rasa why not kalau saya cuba?

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL 54

BIL 54

Inai dengan masyarakat di Malaysia terutamanya kaum Melayu dan India bukanlah sesuatu yang asing lagi. Jika anda merupakan salah seorang...

BIL 53

BIL 53

JIKA DAH MINAT, PERKARAYANG MUSTAHIL PUN BOLEH DIUSAHAKAN SAMPAI JADI. SEGALANYA BERMULA PADA TAHUN 1999. SELEPAS TAMAT BELAJAR, SAMA SEPERTI ORANG...

BIL 52

BIL 52

“YA, BERMULA SECARA TAK SENGAJA,” JAWAB JASNIZA JAMAL KETIKA DITANYA BAGAIMANA BELIAU MULA JALANKAN BISNES. Siapa sangka, Jas Kristal Vision Sdn....

BIL 51

BIL 51

Prestige Medispa di bawah Drkay Aesthetics Sdn. Bhd. mempunyai tiga cawangan yang terletak di Johor Bahru (JB), Ampang dan Gombak.  Namun...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193