by | Nov 17, 2023

DULU KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG

Tak mudah untuk menggalas dua tanggungjawab berbeza pada waktu yang sama. Begitulah yang dirasai oleh Dr.Siti Nadzirah Zulkiffle yang merupakan pengasas kepada CT Vet Group Sdn.Bhd.

Membuka klinik haiwan sendiri bagi menanggung keluarga, beliau mulai rasa kesusahan untuk menguruskannya dek kerana hanya tahu merawat haiwan tetapi langsung tidak mempunyai ilmu tentang bisnes yang diusahakannya.

“Niat saya pada awalnya hanya untuk menanggung keluarga sahaja memandangkan saya merupakan anak sulung daripada tujuh beradik. Berbekalkan sedikit wang simpanan, saya mula membuka Klink Haiwan CT VET yang dinamakan sempena nama saya.

“Disebabkan tiada ilmu bisnes, sayalah yang buat semuanya sendiri. Saya yang jaga kucing, sayalah di kaunter reception dan saya juga yang bersihkan najis kucing. Semuanya saya yang buatlah. Saya kerja dari 6 pagi hingga ke 12 tengah malam. Begitulah rutin saya setiap hari.

“Dalam tempoh lima tahun klinik beroperasi, memang saya sangat struggle. Sukar untuk uruskan kewangan, staf dan sebagainya. Ada juga staf yang curi data pelanggan dan buat perniagaan sendiri di luar. Sememangnya saya sangat struggle untuk bina pasukan yang berkualiti.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL 54

BIL 54

Inai dengan masyarakat di Malaysia terutamanya kaum Melayu dan India bukanlah sesuatu yang asing lagi. Jika anda merupakan salah seorang...

BIL 53

BIL 53

JIKA DAH MINAT, PERKARAYANG MUSTAHIL PUN BOLEH DIUSAHAKAN SAMPAI JADI. SEGALANYA BERMULA PADA TAHUN 1999. SELEPAS TAMAT BELAJAR, SAMA SEPERTI ORANG...

BIL 52

BIL 52

“YA, BERMULA SECARA TAK SENGAJA,” JAWAB JASNIZA JAMAL KETIKA DITANYA BAGAIMANA BELIAU MULA JALANKAN BISNES. Siapa sangka, Jas Kristal Vision Sdn....

BIL 51

BIL 51

Prestige Medispa di bawah Drkay Aesthetics Sdn. Bhd. mempunyai tiga cawangan yang terletak di Johor Bahru (JB), Ampang dan Gombak.  Namun...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193