by | Oct 6, 2023

KELINDAN LORI KINI PEMILIK SYARIKAT

Biarpun pernah dipandang rendah sewaktu bekerja sebagai kelindan lori, namun Muhammad Nur Aiman Md Amran (Aiman) tilak pernah berkecil hati atau berputus asa malah berasa semakin bersemangat untuk mengejar cita-cita yang diimpikan.

Mengasaskan syarikat perkhidmatan pemindahan rumah dan pejabat (mover) iaitu Packers Malaysia secara bersendirian pada awalnya, beliau kini boleh berbangga apabila perniagaannya itu makin dikenali ramai pada hari ini.

“Bisnes yang saya jalankan ini bermula pada Disember 2021 dan sampailah sekarang yang hampir memasuki dua tahun. Saya Bermuda seorang diri pada waktu itu selepas tamat pengajian di universiti tempatan. 

“Sebagai seorang mahasiswa, memang waktu itu saya tidak mempunyai duit. Jadi, saya pun bekerja secara part time sebagai kelindan lori yang kena angkut dan pindahkan barang. “Ketika itu, saya nampak perkara ini sebagai satu peluang bagi meraih pendapatan dengan lebih banyak lagi. 

“Oleh itu, saya pun transformasikan perkhidmatan ini yang biasanya kelihatan ‘comot’ di mata orang kepada sesuatu yang lebih moden dengan penambahbaikan dari segi servis dan harga,” jelas jejaka berusia 29 tahun ini.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

Bil 63

Bil 63

Dalam dunia perniagaan yang sentiasa berubah, perjalanan seorang usahawan sering kali tidak dapat dijangkakan dengan mudah. Bagi Siti Nuurhayyu...

Bil 62

Bil 62

Dalam dunia bisnes, semestinya hanya yang benar-benar komited dan kental saja yang dapat bertahan hingga ke akhirnya. Bagi pengasas Ideas Master...

BIL 61

BIL 61

“Saya akur dengan kehendaknya. Waktu itu ayah saya sudah tidak masuk ke pejabat dari tahun 2000. Jadi, bila saya masuk pada tahun 2008, saya dapati...

BIL 60

BIL 60

“Kalau tiada siapa yang nak uruskan, apa kata kita tutup saja bisnes ini!” Begitulah ayat yang dilontarkan oleh Haji Salleh yang menusuk hati...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193