by | Aug 25, 2023

CETUS FENOMENA INAI DI MALAYSIA

Inai dengan masyarakat di Malaysia terutamanya kaum Melayu dan India bukanlah sesuatu yang asing lagi. Jika anda merupakan salah seorang penggemarnya, anda pastinya kenal dengan jenama Inai Republic, perintis inai kuku tersohor di Malaysia. 

Diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Syarifah Furaiha (Fara) selaku pengasas dan Ustaz Azam Azhary (Ustaz Azam) sebagai pengasas bersama, ia bermula selepas mereka ingin menyediakan alternatif yang lebih mudah buat kaum wanita untuk memakai inai kuku tanpa perlu membancuh lagi seperti dahulu. 

“Saya sebenarnya gemar memakai pewarna kuku tapi ia tidak begitu praktikal kerana perlu menanggalkannya apabila menunaikan ibadah. Jadi, alternatif lain adalah inai. 

“Namun begitu, inai yang ada di pasaran sekitar dua dan tiga tahun lepas kebanyakannya berwarna jingga dan tidak mempunyai pilihan warna. Semuanya jenis yang susah hendak dipakai kerana perlu ditumbuk, campur air, dibancuh dan sebagainya. Caranya begitu renyah dan sukar buat si pemakainya. 

“Jadi, kita pun nak hasilkan satu produk yang mana mudah untuk semua orang amalkan sunnah, mudah semua orang nak cantik-cantik ala-ala pewarna kuku. Inai Republic adalah inai moden ala-ala pewarna kuku, dengan lima pilihan warna tetapi boleh dibawa solat. 

“Kini bukan sahaja orang berusia, malah semua peringkat usia pun sudah boleh gunakannya 

sekarang tidak kira masa dan bukan hanya waktu kahwin semata-mata. Inai kini menjadi lebih modern and trendy. Begitulah kisah terciptanya Inai Republic ini,” kongsi Fara. 

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL 61

BIL 61

“Saya akur dengan kehendaknya. Waktu itu ayah saya sudah tidak masuk ke pejabat dari tahun 2000. Jadi, bila saya masuk pada tahun 2008, saya dapati...

BIL 60

BIL 60

“Kalau tiada siapa yang nak uruskan, apa kata kita tutup saja bisnes ini!” Begitulah ayat yang dilontarkan oleh Haji Salleh yang menusuk hati...

BIL 59

BIL 59

Kalau sebut saja tentang Zai Sri Gemilang, pasti anda akan mula terkenangkan keenakan hidangan yang disajikan sewaktu acara majlis perkahwinan yang...

BIL 58

BIL 58

Tak mudah untuk menggalas dua tanggungjawab berbeza pada waktu yang sama. Begitulah yang dirasai oleh Dr.Siti Nadzirah Zulkiffle yang merupakan...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193