by | Aug 11, 2023

MULA BISNES SECARA TAK SENGAJA

JIKA DAH MINAT, PERKARA
YANG MUSTAHIL PUN BOLEH DIUSAHAKAN SAMPAI JADI. SEGALANYA BERMULA PADA TAHUN 1999. SELEPAS TAMAT BELAJAR, SAMA SEPERTI ORANG LAIN NORLINDA DAUD MENCARI PELUANG PEKERJAAN DI LUAR. 

“Masa tu kita tak ada banyak pilihan pekerjaan, namun alhamdulillah masa tunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat mengajar tuisyen,” jelas pengasas Bright Hill Care Center, Norlinda Daud memulakan perkongsian. 

RUMAH PEMBERIAN AYAH 

Selepas tamat belajar, ayah Norlinda ada membelikan beliau sebuah rumah lot tepi. Dengan rumah itulah beliau cuba untuk buat bisnes secara kecil-kecilan dengan mengajar anak-anak di kawasan kejiranan. 

Kebetulan suaminya ketika itu bekerja di syarikat penerbangan, jadi beliau mempunyai banyak masa yang terluang. 

“Mula-mula saya ada 15 orang pelajar, tahun kedua saya dah ada 30 ke 40 orang pelajar. Tahun ketiga pula naik kepada 60 orang. 

“Perniagaan ini berkembang dari mulut ke mulut, daripada ibu bapa pelajar kepada kawan- kawan mereka,” katanya. 

Jumlah pelajar yang semakin meningkat membuatkan beliau gembira. Pendapatan semakin meningkat tapi masih mempunyai masa untuk diri dan keluarga. Ia semakin berkembang apabila kelas tuisyennya tersebar ke taman-taman yang lain. 

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL 55

BIL 55

Merawat haiwan dan mengusahakan perniagaan adalah dua perkara yang jauh berbeza. Dua bidang ini mempunyai cabarannya yang tersendiri dan pastinya ia...

BIL 54

BIL 54

Inai dengan masyarakat di Malaysia terutamanya kaum Melayu dan India bukanlah sesuatu yang asing lagi. Jika anda merupakan salah seorang...

BIL 52

BIL 52

“YA, BERMULA SECARA TAK SENGAJA,” JAWAB JASNIZA JAMAL KETIKA DITANYA BAGAIMANA BELIAU MULA JALANKAN BISNES. Siapa sangka, Jas Kristal Vision Sdn....

BIL 51

BIL 51

Prestige Medispa di bawah Drkay Aesthetics Sdn. Bhd. mempunyai tiga cawangan yang terletak di Johor Bahru (JB), Ampang dan Gombak.  Namun...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193