“YA, BERMULA SECARA TAK SENGAJA,” JAWAB JASNIZA JAMAL KETIKA DITANYA BAGAIMANA BELIAU MULA JALANKAN BISNES.
Siapa sangka, Jas Kristal Vision Sdn. Bhd. yang dijalankan di kawasan ‘kampung’ di Baling, Kedah juga boleh berjaya hingga ke tahap sekarang ini.
Jasniza memberitahu, beliau pada mulanya tak ada pun cita-cita nak jadi usahawan selepas tamat pengajian di peringkat ijazah.
Beliau pilih untuk berniaga apabila seronok tengok gaya hidup usahawan muda yang dikenali.
“Saya bantu uruskan kedai cermin mata kakak sulung dan dipendekkan cerita saya meneruskan kedai berkenaan.
“Kalau nak dikirakan sekitar 15 tahun lalu, bila mana saya ditawarkan untuk uruskan kedai cermin mata itu sampai jadi hak milik. Saya sahut cabaran dan rasa ia merupakan tawaran yang baik,” katanya lagi.
Tambahnya, ketika itu baru berusia 24 tahun dengan duduk di Baling malah perbelanjaan pun tak tinggi sangat.
Bagaimanapun, Jasniza terpaksa membayar denda berlipat kali ganda berikutan tidak mahu mengambil pekerjaan yang ditawarkan selepas tamat pengajian melalui biasiswa kerajaan.