Prestige Medispa di bawah Drkay Aesthetics Sdn. Bhd. mempunyai tiga cawangan yang terletak di Johor Bahru (JB), Ampang dan Gombak.
Namun begitu, perjalanan bagi membina bisnes ini bukanlah mudah. Banyak cabaran dan dugaan perlu ditempuh untuk pastikan dapat mencapai matlamatnya.
Pengasasnya, Dr. Kauthar Ismail berkata, menjalankan bisnes tersebut bukannya mudah, prestasi turun naik apatah lagi cabaran ketika mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilalui pada 2020.
“Bayangkan bisnes terpaksa tutup dua tahun, namun kami tukar bisnes nature dengan 100 peratus online.
“Saya perbanyakan perkongsian di media
sosial dan menjual produk untuk terus survive,” ceritanya kepada Team RichWorks baru-baru ini.
Dr. Kauthar dahulunya merupakan doktor perubatan yang berkhidmat di hospital kerajaan
dari 2013 hingga 2018 sebelum meletak jawatan dan berkhidmat di sektor swasta serta menjadi usahawan sepenuh masa pada Julai 2018.