by | Mar 1, 2023

Berniaga Dari Kecil

Mula berniaga seawal usia sembilan tahun, Haridah Sahri telah membantu Ayahnya menjual air balang.

“Adik-beradik pun sama, tolong menjual sejak kecil lagi. Ayah jual air seperti  tebu dan soya. Walaupun kami duduk asrama, balik memang kena pergi berniaga,” kongsi Haridah mengimbau masa kecil.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Haridah bertugas sebagai pembantu penyelidik. Pada masa sama, Haridah aktif menyertai kumpulan usrah dan bertanggungjawab menguruskan unit ekonomi.

KILANG COKLAT

Sebelum memperkenalkan produk bayi, Haridah dan suami pernah mengusahakan kilang coklat yang beroperasi di Tambun, Ipoh pada 2008.

“Kami antara usahawan coklat terawal di Malaysia, di bawah Lembaga Koko dan mendapat tajaan RM20,000 dari Jabatan Pertanian.

“Ketika itu, kami aktif menyertai pameran seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) hingga mampu mencapai jualan puluhan ribu ringgit,” katanya. Namun apabila pasaran online semakin popular, jualan coklat secara fizikal semakin merudum dan akhirnya mereka menutup bisnes coklat pada 2014.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

Bil 63

Bil 63

Dalam dunia perniagaan yang sentiasa berubah, perjalanan seorang usahawan sering kali tidak dapat dijangkakan dengan mudah. Bagi Siti Nuurhayyu...

Bil 62

Bil 62

Dalam dunia bisnes, semestinya hanya yang benar-benar komited dan kental saja yang dapat bertahan hingga ke akhirnya. Bagi pengasas Ideas Master...

BIL 61

BIL 61

“Saya akur dengan kehendaknya. Waktu itu ayah saya sudah tidak masuk ke pejabat dari tahun 2000. Jadi, bila saya masuk pada tahun 2008, saya dapati...

BIL 60

BIL 60

“Kalau tiada siapa yang nak uruskan, apa kata kita tutup saja bisnes ini!” Begitulah ayat yang dilontarkan oleh Haji Salleh yang menusuk hati...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193