by | Jan 8, 2023

BERMULA DI RUMAH, KINI KRISHNAN & MADAM SUE MILIKI WISMA SYARIKAT 3 TINGKAT

Rasa penat berulang-alik dari tempat kerja ke rumah kediaman membuatkan pasangan suami, Sri Krishna Subramaniam dan Sudha Devi bertekad untuk mengusahakan perniagaan sendiri.

Sudah lima tahun beroperasi, jenama Kytee Herbals terus menawan hati pencinta dunia kecantikan dengan produk kosmetik dan penjagaan wajah yang selamat dan 100% semula jadi.

“Saya dan suami pada asalnya merupakan bekas pegawai bank. Saya mahu mulakan bisnes tapi mahukan perniagaan yang boleh bermula dari rumah agar mudah untuk menjaga anak-anak di samping menjana pendapatan.

“Kebetulan pula waktu itu sedang tular perniagaan dalam talian, jadi atas sebab itulah saya pilih bisnes ini,” ujar pengasas Kytee Herbals, Sudha Devi atau mesra dipanggil Madam Sue.

Tambahnya lagi, beliau memulakan bisnes pada 2016 dan melakukannya secara bersendirian kerana pada waktu itu suaminya masih bekerja di ibu kota.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

Bil 64

Bil 64

Pengasas dan Pengarah Urusan Zabsi Industrial Ventilation Sdn. Bhd. ini berasal dari kampung Binjai di Kemaman, Terengganu. Beliau dibesarkan dalam...

Bil 63

Bil 63

Dalam dunia perniagaan yang sentiasa berubah, perjalanan seorang usahawan sering kali tidak dapat dijangkakan dengan mudah. Bagi Siti Nuurhayyu...

Bil 62

Bil 62

Dalam dunia bisnes, semestinya hanya yang benar-benar komited dan kental saja yang dapat bertahan hingga ke akhirnya. Bagi pengasas Ideas Master...

BIL 61

BIL 61

“Saya akur dengan kehendaknya. Waktu itu ayah saya sudah tidak masuk ke pejabat dari tahun 2000. Jadi, bila saya masuk pada tahun 2008, saya dapati...

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193