by | Jan 8, 2023

BERMULA DI RUMAH, KINI KRISHNAN & MADAM SUE MILIKI WISMA SYARIKAT 3 TINGKAT

Rasa penat berulang-alik dari tempat kerja ke rumah kediaman membuatkan pasangan suami, Sri Krishna Subramaniam dan Sudha Devi bertekad untuk mengusahakan perniagaan sendiri.

Sudah lima tahun beroperasi, jenama Kytee Herbals terus menawan hati pencinta dunia kecantikan dengan produk kosmetik dan penjagaan wajah yang selamat dan 100% semula jadi.

“Saya dan suami pada asalnya merupakan bekas pegawai bank. Saya mahu mulakan bisnes tapi mahukan perniagaan yang boleh bermula dari rumah agar mudah untuk menjaga anak-anak di samping menjana pendapatan.

“Kebetulan pula waktu itu sedang tular perniagaan dalam talian, jadi atas sebab itulah saya pilih bisnes ini,” ujar pengasas Kytee Herbals, Sudha Devi atau mesra dipanggil Madam Sue.

Tambahnya lagi, beliau memulakan bisnes pada 2016 dan melakukannya secara bersendirian kerana pada waktu itu suaminya masih bekerja di ibu kota.

Baca selanjutnya di Flipbook atau muat turun PDF

Artikel Lain

BIL 55

BIL 55

Merawat haiwan dan mengusahakan perniagaan adalah dua perkara yang jauh berbeza. Dua bidang ini mempunyai cabarannya yang tersendiri dan pastinya ia...

BIL 54

BIL 54

Inai dengan masyarakat di Malaysia terutamanya kaum Melayu dan India bukanlah sesuatu yang asing lagi. Jika anda merupakan salah seorang...

BIL 53

BIL 53

JIKA DAH MINAT, PERKARAYANG MUSTAHIL PUN BOLEH DIUSAHAKAN SAMPAI JADI. SEGALANYA BERMULA PADA TAHUN 1999. SELEPAS TAMAT BELAJAR, SAMA SEPERTI ORANG...

BIL 52

BIL 52

“YA, BERMULA SECARA TAK SENGAJA,” JAWAB JASNIZA JAMAL KETIKA DITANYA BAGAIMANA BELIAU MULA JALANKAN BISNES. Siapa sangka, Jas Kristal Vision Sdn....

Polisi Privasi | © 2022 Richworks International Sdn Bhd 201001025185 (909099-W) | SST No : B16-1902-32000193