Pulau Meranti terkenal sebagai salah sebuah tempat menarik di Selangor.
Sempena nama tersebut, syarikat pengeluar perabot ini dinamakan, Meranti Furniture Sdn. Bhd. pada 1989.
Meranti Furniture memiliki ruang pameran serta kilang di Bandar Baru Bangi dan Olak Lempit. Syarikat ini bukan hanya memasarkan perabot sahaja malah menyediakan perkhidmatan reka bentuk hiasan dalaman untuk memenuhi permintaan dan keperluan pengguna.
BERMULA SEBAGAI AKAUNTAN SYARIKAT
Pengurus Besar Meranti Furniture Sdn. Bhd., Umar Md. Pishal memulakan kerjaya di syarikat milik ibu bapanya sebagai akauntan dengan gaji RM1,500. “My parents, memang sangat tekankan bermula dari bawah supaya saya faham erti membangunkan sebuah syarikat.